Klinik bergerak

"Syed, 21 Julai ni lapang tak?" - tanya bossku melalui whatsapp. "Sebab ada program klinik bergerak anjuran HIKMAH di kawasan Tebedu hari tu tapi saya tak dapat pergi. Kalau awak pergi dengan Dr Faiz (S) boleh tak?" sambungnya..
Fokus - klinik bergerak

Ini adalah program sukarelawan & kerja amal anjuran badan bukan kerajaan (kot) jadi tak termasuk dalam skop kerja asal aku. Dah kata kerja amal, maksudnya tak berbayar la. Takpe la, aku tak kisah pun. Lagi pun, aku anggap ini peluang untuk pergi ke salah satu kawasan Sarawak
"Pengalaman tu yang lebih berharga ^-^!"
Destinasi klinik bergerak kali ini ialah Tebedu. Tebedu ialah kawasan di sempadan negara Indonesia (tengok peta). Kawasan ni merupakan kawasan kampung yang agak jauh di pedalaman (tapi masih boleh sampai melalui jalan kereta).


Rombongan ni terdiri daripada 8 orang (termasuk 2 doktor, yang lain aku tak pasti), dan kami pergi dengan van besar. Jadi perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam (termasuk berhenti makan di Serian).

Ada beberapa kampung yang kami lawati dalam program klinik bergerak yang mana setiap satunya kami singgah buka klinik dalam sejam dua macam tu.

Sampai di kampung pertama (Kampung Insan Jaya), kami terus singgah di masjid untuk membuat persiapan (meja/ubat/poster dll). Penduduk kampung biasanya sudah diberitahu tentang kedatangan kami (samada melalui ketua kampung atau imam surau buat pengumuman). Jadi penduduk kampung sudah pun bersedia untuk menghadiri klinik kami pada masanya..

Nah gambar. Gambar di kampung yang pertama (Kampung Insan Jaya). Jadi khidmat klinik hanya sekadar penyakit ringan (demam selsema, batuk, sengal-sengal badan). Serta adanya saringan kesihatan sekadar asas, seperti Tinggi-Berat-BMI, BP, ujian glucose. Kalau ada kes yang serius dan perlu perhatian lebih, biasanya kami akan rujuk ke klinik kesihatan (pergi secara persendirian).




unit dispens ubat
Kemudiannya dah cukup masa yang dijangkakan. Berkemas-kemas dan pergi ke kampung kedua pula. Sekali lagi, kami singgah di masjid dan buka pusat operasi. Walaupun berpusat di masjid, namun kami tetap mengalu-alukan kedatangan orang bukan Islam ke sini..
"Teringat dulu zaman nabi, masjid tempat tumpuan untuk pelbagai aktiviti.."
Nah gambar..

meja pendaftaran 


Ada housecall! House call tu adalah melawat penduduk kampung di rumah (terutamanya jika mereka tak dapat berjalan ke klinik kami, mungkin kerana terlalu tua dan tak larat). Berjalan sikit. Tapi kalau ada rezeki, penduduk kampung akan bagi makan buah durian (kebetulan musim durian sekarang ni) ^-^

berjalan jugak dalam 500meter



tidur sini malam ni
Berkemas lagi dan pergi ke kampung ketiga (Kampung Darul Falah). Dah lewat petang (pukul 5 lebih macam tu), jadi destinasi ketiga ini adalah terakhir untuk hari ni. Jadi dah sampai dah ke masjid.
Oh ya, dalam minggu ni seluruh Sarawak mengalami kemarau (takde hujan) dan cuaca panas. Jadi di kawasan pedalaman macam semua kampung-kampung ni terjejas dari segi bekalan air (sebab kawasan mereka ni bergantung kepada air di pergunungan). Dan memang kebetulan rombongan kami ni bekalan air sangat terhad. Jadi kalau nak pergi tandas atau mandi, kena beragak sikit ^-^! Solat maghrib & isya' (kami solat jamak sebab jarak dah lebih 90km), kemudiannya sambung satu lagi sesi klinik..





Alhamdulillah, hujan pada sesi malam ni. Tapi makin ramai pula penduduk kampung yang datang ke klinik ni ^-^! takpe la.. Jemput-jemput semua.. Alhamdulillah ada penduduk kampung yang masakkan kami makanan (aku rasa pihak HIKMAH dah berurusan dengan mereka secara belakang-belakang sebelum program tentang penyediaan makanan dan tempat). Kemudiannya dalam 1030malam, kami tidur.

Bangun pagi alhamdulillah bekalan air dah kembali (sebab hujan kot semalam). Solat subuh berjemaah, tazkirah lepas subuh, bersiap-siap dan sarapan pagi. Kemudiannya kami pun bertolak ke kampung seterusnya untuk hari ini.

Oh ya, sedikit berbeza dengan tempat bekerja asal aku. Objektif klinik ni adalah bantu penduduk kampung seboleh yang mungkin. Difahamkan kebanyakan mereka adalah golongan miskin (mungkin tak mampu nak pergi ke klinik berhampiran atas sebab logistik). Jadi, klinik ini bantu untuk bekalkan ubat-ubat kepada mereka (setakat kes ringan sajalah, misalnya takde ubat batuk/panadol ke. Dan untuk pengetahuan, senarai ubat kami kebanyakannya adalah kategori senarai C dan sedikit sahaja senarai B, sementara jangan harap la nak ada ubat senarai A ^-^!).

Nah gambar lagi..




Dalam pukul 11 pagi, kami tutup klinik dan berkemas pulang ke Kuching. Jadi setakat 4 kampung yang kami pergi, sejumlah 136 penduduk kampung yang hadir ke klinik bergerak ini

  1. Kampung Insan Jaya (28 orang)
  2. Kampung Darul Huda (23 orang)
  3. Kampung Darul Falah (60 orang)
  4. Kampung Darul Iman (25 orang)

Memang satu pengalaman yang cukup menarik. Mungkin aku nak pergi lagi pada masa yang lain (tapi lambat & jauh sikit la interval masa sebab nak luangkan masa dengan keluarga serta aktiviti lain) ^-^!

Semoga bermanfaat..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)