Masjid tempat tumpuan
Menjelang lagi hari jumaat.. ^-^! agenda utama orang islam pada hari jumaat ialah khutbah+solat jumaat di masjid. Jom ulangkaji semula penjelasan hari Jumaat saiyidul ayyam (aku tak pasti la ni hadith atau pun tak):
Sejak tahun 2001 lagi (aku tingkatan 1) aku tinggal jauh dari kawasan rumah (iaitu asrama SEGAMBUT, SEPINTAR, MATRIK, UNIMAS) jadi kebanyakan sesi solat jumaat aku sertai masjid yang berhampiran di tempatku. Sejak pulang menetap semula di rumah aku sering mengikut ayah ke masjid Al-Azim, Pandan Indah (gambar).
Dan aku mendapati masjid tempat solat jumaat yang aku pergi ni menarik perhatian. Fungsinya tak terhad sebagai tempat ibadah semata-mata. Adanya kemudahan lain yang terdapat di perkarangan masjid tersebut:
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah s.w.t memerintahkan hamba-hambaNya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
masjid Al-Azim, pandan Indah |
Dan aku mendapati masjid tempat solat jumaat yang aku pergi ni menarik perhatian. Fungsinya tak terhad sebagai tempat ibadah semata-mata. Adanya kemudahan lain yang terdapat di perkarangan masjid tersebut:
- Adanya gerai-gerai makan untuk pengunjung masjid yang datang (aku diberitahu gerai-gerai ni dibuka sempena solat jumaat sahaja)
- Terdapat juga gerai jualan barangan kegunaan harian seperti selipar, jubah solat, baju melayu, kopiah, baju putih (biasanya untuk dibuat pakai kat dalam), pisau dapur dan barang-barang ringkas yang lain..
- Terdapat juga perkhidmatan mencuci kereta di kawasan masjid ni (^-^ macam menarik pula kalau suatu hari kita cakap "nak keluar cuci kereta.... di masjid")
- Dan tentulah, dalam bangunan masjid ada juga kelas-kelas agama dan bilik perbincangan
- Dan aku percaya, kawasan letak kereta itu tentunya ada aktiviti senaman / sukan yang dianjurkan..
Fokus - masjid tempat tumpuan masyarakat
(sumber ilmiah tentang masjid ni aku dapati dari laman Masjid Muhammadi Pencetus Semangat Islam)
Teringat dulu aku belajar pendidikan islam bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w masjid adalah pusat tumpuan masyarakat. Selain dijadikan tempat ibadah kepada Allah dan iktikaf, masjid juga merupakan:
- Pusat pendidikan utama
- Tempat perjumpaan & interaksi semua Muslimin di mana perayaan-perayaan, aktiviti riadah dan acara sukan diadakan
- Pengkalan untuk membuat persiapan bagi peperangan dan tempat merawat mujahid-mujahid yang cedera. Tawanan perang ditahan di kawasan bersebelahannya;
- Mahkamah dan tempat hukuman dilaksanakan;
- Pusat pentadbiran dan politik, serta juga merupakan tempat di mana perwakilan-perwakilan asing disambut dan dilayan;
- Pusat kebajikan bagi golongan miskin dan sebagai tempat berteduh bagi golongan yang tiada tempat tinggal;
- Tempat di mana beberapa urusan jual-beli atau ekonomi di jalankan.
Mengimbau kembali idea tersebut, aku merasakan betapa agama Islam ni sangat menarik (Subhanallah). Dari sejarah Rasulullah tersebut, aku dapat faham betapa baginda menghubung keseluruhan aktiviti kehidupan dengan ibadah. Banyak aktiviti dijalankan di masjid, meliputi pelbagai aspek (contohnya ekonomi, pendidikan, syariah dan perundangan, kebajikan dan sosial). Seolah-olah aktiviti tersebut dianggap sebagai sebahagian dari ibadat kepada Alla (*semua aktiviti adalah ibadah sekiranya kita niatkan kerana Allah. Kalau dah berada di perkarangan masjid tentulah kita lebih ingat Allah berbanding dengan tempat lain).
"Sememangnya Islam satu cara hidup yang sempurna kerana budaya hidup mereka tidak memisahkan kegiatan duniawi dengan ibadah.. Proud to be muslim ^-^ tapi aku juga kena belajar mencontohi budaya ni dalam kehidupan diri.."
Ulasan