Jangan marah
1) Tekanan kerja
Aku tiba-tiba diberikan tugas untuk *menyiapkan (khasnya memasukkan nama pesakit baru ke dalam) senarai OT untuk esok hari kebetulan MO aku sedang sibuk melayan pesakit berjumlah 150 sesi pagi tersebut.. Memang sangat sibuk. Jadi aku pun tolong saja la, diberikan nama pesakit yang hendak dimasukkan dalam senarai.. Jauhnya pejabat ini..
"Ala, kau ikut je taip nama yang aku dah bagi ni.." - ulasnyaDipendekkan cerita aku pun ikut saja la apa yang dikehendaki tanpa mengubah apa-apa urutan. Namun, petang harinya aku pula dimarah kerana mengisi nama pesakit tanpa urutan giliran yang betul (mengikut tahap operation minor / major). Jadi aku terpaksa la menyunting semula senarai tersebut (masa ni dah terlambat sebab dah diedarkan ke wad dan bilik OT), jadi kena la pergi ke wad masing-masing..
2) Hujan lebat petang hari >_<!
Masa-masa nak balik je, hujan lebat pula.. Oh great! ni hari ke berapa aku kena menunggu / meredah hujan dah ni.. Dan yang lebih merunsingkan adalah apabila memikirkan bilik dinding bilik aku yang bocor, jadi apabila hujan berturut-turut akhirnya lantai bilik aku semakin basah, melibatkan karpet serta plug elektrik yang berhampiran..
3) Missed out poslaju
Baru-baru ni aku ada menempah satu barangan secara online, yang mana barangan tersebut dihantar akan dihantar poslaju ke rumah. Sedang-sedang aku berharap adanya orang di rumah mewakili aku menerima barangan tersebut, tiba-tiba takde orang pula.. Dan lagi, aku sudah hampir sampai ke rumah, tapi sangkut di jalan raya kerana sesak peak hour.. Sampai-sampai hanya ada notis 'gagal' hantar dan mohon ambil sendiri di kaunter penerimaan.. hm, dan itu takkan berlaku sehingga aku offday dari tugasku..
4) tugasan tambahan
ekoran dari situasi (1), aku perlu menghubungi pihak pakar bius tentang pertukaran giliran agar mereka tak terkeliru esok hari. Telefon-telefon kena marah pula..
5) rumah yang terbiar?? ^-^!
balik je ke rumah, tengok-tengok memang takde orang, dengan baju bertimbun tak basuh dan yang basuh tak berkemas, tiada makanan. Adoi, mana pergi semua orang ni?? rasa seolah-olah macam tinggal asrama pula semua kena urus sendiri..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
rekaan oleh credocrew ^-^ comel |
Fokus - Jangan marah
Teringat aku akan satu hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a: seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” (Riwayat Bukhari)
Kenapa adanya nasihat sedemikian? bukankah rasa marah itu sebahagian dari perasaan? Walaupun Rasulullah s.a.w sendiri pun ada masa marahnya dan Allah juga ada masa murkaNya. Hm, ketahuilah perasaan marah ini adalah antara pintu masuk syaitan untuk menguasai hati manusia (bahkan yang pertama, menurut Imam Ghazali). Kesannya, manusia akan hilang rasional maka terjadinya sifat-sifat mazmumah yang membawa mudarat kepada masyarakat. Jika diamati, kebanyakan kes yang berlaku di sekelilling kita seperti cerai, khianat, bunuh, dan pelbagai lagi hampirnya semuanya boleh dikaitkan dengan perasaan marah.
Terdapat satu lagi hadith berkenaan pentingnya mengawal rasa marah ni:
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) “Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah”. Justeru, kita perlulah berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila ianya menjelma." (Riwayat Bukhari no.6114 dan Muslim no.2609)
Menarikkan hadith ini? Seolah-olah ingin menyatakan isi tersirat bahawa nafsu amarah sendiri itu lebih susah dikalahkan berbanding musuh fizikal. Hanya sebilangan yang 'kuat' iman sahaja mampu menanganinya..
Alang-alang tersebut, aku ingin kongsikan satu kisah nasihat yang aku baru belajar (ketika sedang mencari nasihat tentang marah ni..). Nota - ini hanya sekadar copy paste dari sumber yang lain..
-------------------------------------------<story start!>----------------------------------------------------
KESAN PAKU PADA DINDING BATU
Said adalah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab ibunya.
Pada hari yang pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana Said langsung tidak marah, walaupun sekali.
Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.
Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal”
Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.
Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatammu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal”
----------------------------------------------<story ends>-------------------------------------------------
Some other stream of thought
Sungguhpun marah ini antara perasaan yang tercela, namun hendaklah difahamkan bahawa adanya situasi yang membolehkan marah dalam Islam, iaitu kemarahan yang timbul kerana menurut perintah Allah dan untuk membela Islam. Seperti mana firman Allah;
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" (Surah at-Taubah 9:14-15)
Tips menangani Kemarahan - Syaikh Wahiid Baali hafizhohulloh menyebutkan beberapa tips untuk menangani perasaan marah. Diantaranya ialah:
- Membaca ta’awudz yaitu, “A’udzubillahi minasy syaithanir rajiim”.
- Mengingat besarnya pahala orang yang bisa menahan luapan marahnya.
- Mengambil sikap diam, tidak berbicara.
- Duduk atau berbaring.
- Memikirkan betapa jelek penampilannya apabila sedang dalam keadaan marah.
- Mengingat agungnya balasan bagi orang yang mau memaafkan kesalahan orang yang bodoh.
- Meninggalkan berbagai bentuk celaan, makian, tuduhan, laknat dan cercaan karena itu semua termasuk perangai orang-orang bodoh.
“Sebaik-baik orang ialah yang keinginannya tunduk mengikuti ajaran Rasul s.a.w, yang menjadikan murka dan pembelaannya dilakukan demi mempertahankan kebenaran dari rongrongan kebatilan. Sedangkan sejelek-jelek orang ialah yang suka melampiaskan hawa nafsu dan kemarahannya. Laa haula wa laa quwwata illa billaah” (lihat Durrah Salafiyah)
Dari artikel 'Jangan Marah… — Muslim.Or.Id'
Ulasan