Hadiah terbaik

masihkah kau ingat buku ini?
Bersempena hari guru juga, aku teringat akan satu cerpen yang dipelajari 'tika tingkatan satu tahun *2001 dulu (*nota - aku melawat kedai buku baru ni, rupanya buku kajian sastera dah berubah mengikut zaman ^-^! ye la, takkan nak guna buku yang sama bertahun-tahun lamanya..). Cerpen tersebut adalah Hadiah Hari Guru nukilan Rejab F.I. Dari tajuk cerpen, aku pasti ramai boleh agak kisahnya tentang memberi hadiah sempena hari guru, apa-apa pun jom kita ikuti sepintas lalu sebelum meneliti fokus arus fikiran kali ni: (oh ya, sinopsis ni adalah copy paste sahaja. Mohon baca kisah asal kalau jumpa untuk penghayatan maksimum..)

Ramli, anak yatim yang hidup dalam keadaan kemiskinan. Ramli tinggal bersama dengan ibunya, Mak Sopiah dan dua orang adiknya. Sempena Hari Guru yang akan disambut di sekolahnya, Ramli berhajat untuk menghadiahkan sesuatu kepada gurunya, Cikgu Fatimah. Ibu Ramli berasa sedih kerana tidak dapat memenuhi hajat anaknya itu. Ramli telah mengambil keputusan untuk menghadiahkan ulam pucuk janggus kepada Cikgu Fatimah. Awal-awal lagi Ramli telah menyerahkan hadiahnya itu. Cikgu Fatimah berasa terharu apabila membaca nota yang ditulis oleh Ramli. Lantaran itu, Cikgu Fatimah mengambil keputusan untuk mengambil Ramli sebagai anak angkatnya. Pihak sekolah juga berjanji akan memberi bantuan kepada Ramli dan pelajar-pelajar miskin yang lain.

Dah dapat ingat ceritanya..? Ok, jom ke fokus:
Fokus - hadiah yang tulus itu..
Sebagai permulaan, aku nak pinjam semula skrip asal dari cerpen tersebut:
Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenungi hadiah tersebut. “Benar! Inilah hadiah yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah-hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka,” katanya, turut terharu apabila melihat hadiah tersebut."
Berdasarkan hadith ni, antara persoalan yang terbit dalam fikiran aku ialah berkenaan hadiah yang jujur dan ikhlas. Pernah terfikir tak (terutamanya dalam situasi berikut)?
"Apakah hadiah yang kau inginkan..?"  - soalan umum yang sering diajukan khasnya apabila menjelang hari lahir
Terkesan dari cerpen tersebut, aku dah mindset diri bahawa hadiah yang baik adalah berdasarkan usaha dan hati yang ikhlas dan jujur, dan bukanlah berdasarkan nilai / harganya. Dengan kata lain, aku lebih menyukai hadiah yang diberikan atas rasa ikhlas tak kiralah berapa nilainya sekalipun ^-^ asalkan aku dapat tahu, dia menaruh usaha dan perasaan yang ikhlas..
"Dah tu, sama juga.. mereka susah payah beli hadiah mahal-mahal untuk gembirakan kau.."
Maka di sini timbulnya satu persoalan: Kenapa mesti berusaha sedemikian? Adakah dengan merasakan nilai mahal --> aku menjadi lebih gembira? Aku tak pastilah orang lain bagaimana, namun bagi aku kesan sebaliknya akan berlaku iaitu:
  • aku akan berasa serba salah kerana mungkin telah menyusahkan orang tersebut dari aspek harta (kot-kot ada perbelanjaan yang lebih penting perlu diuruskan)
  • Antara pendirian aku berkenaan benda yang mahal-mahal ni, sebaiknya perlu aku usahakan sendiri agar aku lebih harga nilainya dan jaga baik-baik. Kalau senang dapat, maka senang juga la hilangnya nanti.. (sebab kita tak rasa 'nilai' sebenar barang tersebut maka kita cuma sambil lewa je)
v_v jadi entri ni hanyalah pendapat peribadi aku sahaja. Aku pasti tiap-tiap orang mempunyai keinginan dan pandangan tersendiri dalam hal ni. Terpulanglah kepada cara penerimaan masing-masing ^-^!

Some other stream of thought
namun, doa tetap hadiah yang terbaik ^-^ setuju?
Apakah yang lebih baik sekiranya kita memohon kepada Allah Tuhan sekalian alam terhadap seseorang..? Tiada yang lebih baik selain apa saja yang Allah takdirkan kepadanya, jadi kan baik kita mohon agar Allah berikan yang terbaik untuknya.. ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)