Entri kali ni adalah berdasarkan artikel akhbar
turun harga kereta perlukan masa, dikhabarkan harga kereta import ni dijangkakan tidak akan mengalami perubahan untuk beberapa bulan akan datang dengan beralasan langkah tersebut boleh menjejaskan pasaran tempatan
(PROTON)..
"bila nak ada kereta ni..?"
(Nota - entri ni tidaklah berniat untuk memperkatakan hal politik, malah tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik pun)
Fokus - beli kereta (siri 2)
(nota - siri 1 adalah entri bertajuk giliran membeli kereta)
Setelah melakukan survey, maka akhirnya aku dapat menyenaraikan beberapa model kereta yang aku berkenan. Cuma aku masih perlukan lebih pertimbangan sebelum keputusan akhir dibuat
(^-^! aku ni susah skit nak buat keputusan, dari entri decisions, decisions.. ). Lagi-lagi harga kereta yang masih belum diturunkan telah melambatkan proses keputusan akhir..
Apa-apapun, setakat ni antara model kereta pilihan aku termasuklah..
|
Honda Jazz |
|
Toyota Prius C |
|
Peugeot 208 |
|
Ford Fiesta |
|
Suzuki Swift |
Kalau diperhatikan semua model kereta ni, persamaannya ialah setiap model tersebut adalah dari jenis kereta
Hatchback iaitu kereta yang mempunyai belakang yang berbentuk senteng sikit, dan pintu belakang
(bonet) yang buka ke atas.
(fakta tentang jenis kereta boleh didapati di wikipedia --> Hatchback)
"Oh aku suka jenis kereta yang sebegini rupanya ^-^! haha, penemuan baru tentang diri sendiri.."
Namun, dalam jangka terdekat ni mungkin aku masih lagi di peringkat
survey. Terima kasih atas artikel akhbar tersebut, memang nyata lambat lagilah untuk aku beli kereta ni. Satu lagi faktor, aku mewarisi kereta peninggalan arwah mak aku, maka adanya nilai kenangan sedikit..
"Nostalgia.."
Ulasan