Memori terawal

Akhirnya ibu bapa aku dah pulang ke rumah dari berziarah.. Tak lupa juga, adanya abang aku di rumah permulaan weekend (maksudnya malam jumaat lagi dah ada kat rumah). Jadi aku tidak lagi keseorangan.. Maka, ketika minum-minum petang, terjadilah dialog antara aku dan ayah;
"Pergi jalan-jalan mana kat Kelantan hari tu?"
"Oh, banyak.. Pantai Cahaya Bulan (blah blah blah).. kamu mesti dah lama tak *datang (ayah merujuk istilah * --> 'cuti bersama keluarga di') Kelantan kan? Seingat ayah tahun 1989 dulu kot, masa kamu kecik-kecik dulu.." (nota - pada tahun 1989, aku berumur satu tahun) 
"Ada datang kelantan eh? Tak ingat la..Ran cuma ingat masa dekat Miri dulu" 
Fokus - memori awal kehidupan
Ya, bila agaknya memori terawal umur aku yang masih aku ingat. Kalau berdasarkan trigger tadi, aku memang langsung tak ingat apa-apa memori dalam 2 tahun awal umur aku. Rasanya memori yang paling awal aku boleh ingat ialah aku tinggal di Miri, Sarawak masa kecilku. Sempat juga bersekolah taska (ke tabika ke tadika.. aku tak pasti la tentang istilah yang tepat) kat sana, itu pun aku tak ingat berapa lama..

di halaman ini juga aku adik-beradik main air hujan buatan dulu..
Some other stream of thought
Disebabkan memori terawal kehidupan aku adalah ketika berada di Miri 1991, maka suatu masa dahulu aku beranggapan bahawa aku dilahirkan di Bumi Sarawak. Walaupun ibu bapa dan abang aku menerangkan dengan penat lelahnya, tapi..
"kalau lahir kat KL, macam mana boleh tinggal kat sini (miri) pula, jauhnya (jarak KL-Miri ni).." - logik anak kecil
Tapi meningkat dewasa ni, akhirnya aku dah faham: aku lahir di Kuala Lumpur pada Mei 1988 --> pindah ke Miri pada Ogos 1990 --> pindah semula pada Dis 1992.. (sumber: ayah aku) ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)