Kisah Azazil

Catatan Kemaskini
27.8.2019 - dari buku [JomBaca] Oh begitu rupanya Kisah Nabi Adam a.s, kisah Azazil ini termasuk dalam kategori kisah isra'iliyat (kisah yang mungkin diubahsuai / ditokok tambah oleh Yahudi & tak dapat dipastikan kebenarannya melalui dalil hadith/ Al-Quran)
"Dalam situasi sebegini, kita tak menolak atau menerima "kisah israi'liyat" sebagai sumber yang kukuh. sebaiknya kembali kepada dalil Al-Qur'an & Al-Hadith untuk mengukuhkan iman.." 
--- Blog! Mula! ---

Bismillah.. Idea untuk post kali ni timbul kesan daripada bacaan Al-Quran serta sedikit arus fikiran yang terlintas bersama dengannya.. Jom baca status tersebut sekejap..

trigger untuk entri kali ni..
Bersempena dengan ayat di atas aku teringat akan satu kisah penting yang pernah terjadi sebelum permulaan waktu dunia lagi. Kisah ini mengandungi mesej nasihat yang penting yang patut diambil iktibar supaya tak manusia tidak mengulangi kesilapan besar ini.. Apa-apa pun, jom kita baca kisah Azazil dulu..

[nota - aku dah Google Search 'Kisah Azazil' lalu menjumpai beberapa laman blog yang turut mengongsikan kisah tersebut, antaranya
Jadi aku hanya sekadar salin tampal sahaja kisah tersebut dalam entri kali ini, Jom..

------------------------------<a story before time in the world>---------------------

Nama asal Iblis adalah Azazil. Dahulunya dia tinggal di bumi. Dia sangat taat dengan perintah Allah swt dan telah menyembah Allah selama 1,000 tahun lamanya. Oleh kerana itu, Allah s.w.t telah mengangkatnya ('naik darjat') ke langit pertama. Di situ juga dia telah menyembah Allah selama 1,000 tahun lagi lalu dia diangkat ('naik darjat') lagi ke langit ke-2. Dia terus beribadat tanpa rasa jemu bertahun-tahun lamanya dan dia terus diangkat ('naik darjat') dari langit ke langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua Malaikat.

  • Ibadatnya kepada Allah sangat banyak dan ada riwayat yang mengatakan bahawa Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah. 
Berdasarkan satu riwayat, pada suatu ketika Malaikat Israfil telah melihat akan satu perkara yang tersurat di Loh Mahfuz iaitu : 
"Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari kiamat." 
Maka, menangislah Israfil apabila melihat akan suratan tersebut kerana khuatir perkara itu merujuk kepada dirinya sendiri. Israfil terus menceritakannya kepada sekalian Malaikat lalu menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka. 

Mereka pun pergi bertemu dengan imam mereka iaitu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan untuk seluruh Malaikat. Azazil pun mendoakan mereka dengan doa ; 
"Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para Malaikat)." 
Namun malang buat Azazil kerana dia lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Lantas Azazil terus menuju ke Syurga dan di atas pintu Syurga dia terlihat suatu suratan yang menyatakan ; 
"Ada satu hamba daripada kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin (dekat/rapat) yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tetapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat." 
Selain daripada doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali sebagai Saiyidul (ketua/penghulu para) Malaikat dan Khazinul Jannah (bendaharawan Syurga). Semua lapisan langit dan para penghuninya menggelarkannya Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan dengan gelaran yang berbeza, di mana:
  • Di lapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid (yang merujuk kepada ahli ibadah yang mengabadikan diri secara luar biasa kepada Allah swt) 
  • Di langit kedua pula dia digelar Raki (iaitu ahli ruku' kepada Allah swt) 
  • Saajid (atau ahli sujud) pula gelarannya di lapisan langit ketiga , 
  • Khaasyi gelarannya di langit keempat (kerana kerana selalu merendah diri dan takut kepada Allah swt.)
  • Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit (Kerana ketaatannya kepada Allah)
  • Dilangit ke enam pula dia digelar Mujtahid (kerana kesungguhan ketika beribadah kepada Allah swt)
  • Dan dilangit ke tujuh dia diberi gelaran Zaahid (kerana kesederhanaannya dalam menjalani kehidupannya.)
Sampai suatu masa Azazil si penghulu para Malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120,000 tahun. sehingga tiba suatu di mana seluruh malaikat melalukan musyawarah besar atas undangan Allah swt. 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Surah Al-Baqarah 2:30)
Lalu Allah swt menciptakan khalifah pertama iaitu Adam a.s dan memerintahkan agar seluruh Malaikat untuk sujud kepada Adam as. Azazil yang menjadi imam kepada Para Malaikat sepatutnya sujud kepada Adam a.s namun kerana dia merasakan dirinya lebih baik daripada Adam a.s dia enggan sujud sementara itu para Malaikat terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Bukan sahaja enggan untuk sujud, malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah 
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?" (Surah Al-'Isra' 17:61)
Keengganannya untuk sujud kerana berpunca perasaan hasad dengki dan iri hatinya apabila Allah melantik Adam as sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan daripada api sedangkan manusia dijadikan daripada tanah yang busuk dan melekat. Akibat daripada keangkuhan dirinya itu, dia telah dihalau dari Syurga . Namanya telah diubah kepada Iblis dan Iblis berjanji untuk menyesatkan manusia serta keturunannya. 
Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)". (Surah Al-'Isra' 17:62)
Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (Surah Al-'Isra' 17:63)
Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatangi agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,"Ya Allah! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintahMu, sungguh aku ikut mengutuknya." Azazil lupa bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tidak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa sahaja termasuk dirinya. 

Lalu demi mendengar ketetapan Allah Iblis bertambah nekad seraya meminta kepada Allah agar diberikan penangguhan. Katanya,"Ya Allah , beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan." 
Allah bermurah hati dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu "masa hidup panjang" selama manusia masih hidup di muka bumi sebagai khalifah. 

Maka kata Allah,"Yang benar adalah sumpahKu dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan.Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jananam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu diantara mereka semuanya.

----------------------------kisah tamat----------------------------------
"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sekecil anak semut" [HR Muslim]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)