[Jom Baca] Oh Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam a.s - Cerita Sahih dari Langit

Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih baik. Tapi hanya terpakai kepada buku fizikal sahaja (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital)

Jadi buku pertama untuk tahun 2019 ialah..

Oh Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam a.s - Cerita Sahih Dari Langit

Penulis: Dr Salah Abdul Fattah Al-Khalidi
Penterjemah: Azrul Azlan & A. Hadi Abd Aziz
Markah (peribadi) : 5/5
 ساڠت باݢوس أونتوق دباچ اݢر تيدق ترڤيسوڠ دڠن ڤماهمن يڠ ساله أوليه قيصة٢ يڠ سريڠ ددڠري
Buku ini terbahagi kepada 51 bab, setiap satunya sangat pendek (dalam 3-7 halaman sahaja). Buku ini mengupas kisah sebenar dari;

  • Awal permulaan penciptaan dunia dan seluruh isinya
  • Penciptaan malaikat dan jin (iblis)
  • Penciptaan Nabi adam a.s dari tanah yang pelbagai serta peringkat-peringkat kejadian
  • Ujian terhadap Nabi Adam a.s. dan para malaikat
  • Penderhakaaan Iblis
  • Penciptaan Hawwa daripada Nabi Adam a.s
  • Tipu daya Iblis yang berjaya mengeluarkan Nabi Adam & Hawa dari syurga dan turun ke dunia
  • Kisah 2 orang anak Nabi Adam 
Di antara kisah utama, terdapat bab yang membincangkan kupasan serta ulasan tentang hikmah & pengajaran di sebalik peristiwa yang berlaku.

Yang menariknya tentang buku ini ialah kisah-kisah yang menjelaskan tentang mereka HANYA diambil dalil dari Al-Quran dan Hadith semata-mata, tidak ada sebarang kisah Isra'iliyyat (iaitu kisah rekaan oleh Yahudi sebagai tokok tambah yang tidak dapat disemak dan dipastikan kebenarannya dengan hadith atau al-Quran). Antara yang termasuk dalam kategori kisah Isra'iliyyat ialah;
  • Kisah Azazil yang merupakan ketua malaikat sebelum menjadi iblis
  • Kisah penciptaan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s
  • Bagaimana Adam diperdayakan oleh Iblis melalui Siti Hawa untuk memakan buah pokok terlarang 
  • Kisah Habil & Qabil yang dilahirkan dengan kembar masing-masing serta mereka yang diatur berkahwin dengan kembar yang lain.
كامي هاڽ مروجوق سومبر أوتام دالم أݢام إسلام يإيت ڤتيكن دري اية٢ القرءان دان جوݢ حديث٢ صحيح يڠ دروايتكن سچارا مرفوع درڤد نبي  محمد 
Kesimpulan (peribadi):
Aku rasa buku ini sangat menarik sebab
  1. Kisah ini diceritakan secara kronologi (dari permulaan) sehinggalah kisah anak Nabi Adam a.s di bumi. (Sedikit berbeza dengan Al-Quran yang mana, penyusunan ayat-ayat dalam kitab Al-Qur'an yang sedia ada adalah berdasarkan perkara tertentu (aku dah lupa bagaimana penyusunannya, tapi aku pasti ayat penceritaannya lompat-lompat.) Allah Maha Mengetahui & Maha Bijaksana, sedangkan aku tidak mengetahui dan tidak bijaksana.
  2. Juga terdapat penekanan tentang kisah Isra'iliyyat (ilmu baru bagi aku) yang mana kisah-kisah terdahulu terdapat perincian (tapi dalam Al-Qur'an/ hadith tidak dijelaskan sumber)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)