Cuba-cuba tulis jawi (versi 2)
Baik, penulisan kali ini adalah sekadar-kadar cuba. Boleh dijadikan panduan untuk sendiri bagaimana nak taip jawi dalam blogger ini bagi penulisan akan datang..
Tajuk pos --> dinasihatkan agar tiada tulisan jawi dalam tajuk. Dulu ada buat entri bertajuk Cuba taip jawi (beserta tulisan jawi), tapi nanti tak dapat dikesan dalam carian (search)
#1 Berkenaan saiz tulisan paparan..
#3 Bold, ittalic, underline, strikethough
Jadi dengan itu, beberapa tips untuk menggalakkan jawi dalam blog aku ini..
Tajuk pos --> dinasihatkan agar tiada tulisan jawi dalam tajuk. Dulu ada buat entri bertajuk Cuba taip jawi (beserta tulisan jawi), tapi nanti tak dapat dikesan dalam carian (search)
Beberapa percubaan tulisan jawi mengikut ciri dalam blog..ولاوڤون اكو چاري سرتاكن توليسن رومي دالم تاجوق, تاڤي ماسيه تق دجومڤإي اڤابيلا نق چاري سمولا ننتي
#1 Berkenaan saiz tulisan paparan..
- paling kecil (smallest)
تتڤن توليسن يڠ ڤاليڠ كچيل
- kecil (small)
توليسن إين برسإيز كچيل
- normal (biasa)
توليسن اكن كلوار ماچم اين كالاو تق توكر اڤ٢
- besar (besar)
توليسن دڤربسركن سديكيت
- paling besar (largest)
ڤاليڠ بسر يڠ بوليه دتتڤكن دالم بلوݢ#2 Cuba jenis (font) tulisan yang berbeza pula
اريال, كوورير, ݢيورݢيا, حيلؤيتيكا, تيمس, تريبوچيت, ؤردانا[Nota - nampaknya takde beza kalau tukar jenis tulisan]
#3 Bold, ittalic, underline, strikethough
تبال, سيڠيت, دݢاريس باوه,#4 Kalau tambah kesan warna?ڤوتوڠ تڠه
توليسن دورناكن ميره
لاتر بلاكڠ يڠ دورناكن بيرو#5 kalau nak guna pernomboran / dot-dot
- إيسي يڠ ڤوتام
- دوت يڠ كدوا
#6 cuba-cuba dari segi susun atur (alignment) pula..
- دري كيري
- د تڠه٢
- دتوليس كانن
- كالاو سام راتا (كنا توليس ڤنجڠ سديكيت سوڤاي نمڤق كسن يڠ إيڠين دليهت) ڤولا بݢيني جاديڽ
تمبه سمڤڠ سنديري بارو بوليه -
چوبا لتق نومبور سينديري ڤون تق بوليه
#7 Gabungan rumi dan jawi dalam satu ayat?? Jom cuba..
- Tulisan rumi di akhir perkataan. Boleh buat, tapi struktur ayat akan sedikit kekok (namun masih dapat dibaca)
perkataanتوليسن رومي دأخير (siapkan tulisan jawi dulu, lepas tu baru tulis perkataan rumi)
- tulisan rumi di tengah-ayat ayat? - tidak digalakkan sebab struktur ayat tulisan jawi akan kacau-bilau dan susah nak dibaca
توليسن rumi د تڠه٢ اية؟
- tulisan rumi di awal ayat pula (juga tidak digalakkan. walaupun tak ganggu ayat jawi, tapi struktur keseluruhan jadi kekok)
رومي د اول اية ڤولا tulisan
#8 kalau guna telefon pintar untuk tulis (setakat ini cuba-cuba semua guna komputer). nanti cuba
- Jangan buat satu penulisan dalam jawi secara penuh - sebab aku tak yakin ramai orang berminat nak baca habis
- Hanya letak 2 atau 3 sahaja perenggan jawi dalam banyak-banyak perenggan. Kalau boleh, ayat yang menarik perhatian atau rahsia hati..
- Caption gambar boleh tulis jawi (sebab gambar boleh terangkan banyak benda, pembaca boleh fikir sendiri atau baca kalau nak)
Ulasan