"Cabaran10Tahun"?

Bismillah, dah lama tak tulis blog. Takde idea yang menarik untuk ditulis panjang-panjang..

Tapi terbaru ini, heboh di laman sosial Facebook akan satu budaya 'Cabaran 10 Tahun' (#10YearsChallenge) yang mana pengguna laman sosial dicabar agar memuat naik gambar sendiri tahun ini dan 10 tahun lalu secara bersebelahan. Kononnya untuk memperlihat kepada orang ramai tentang perubahan diri dalam masa 10 tahun ini..

Macam biasa, apabila ada budaya baru tular, ramainya orang seronok mengikut, terutamanya yang berjiwa muda..
Tapi Alhamdulillah aku tak terjebak dengan budaya rawak dari media sosial tersebut..
"ڤركارا ڤرتام يڠ ترلينتس دالم ميندا تتكالا اكو جومڤا بوداي اين اياله اڤاكه كلبيهن يڠ اكن دداڤتي ملالوءي ڤربنديڠن ݢمبر تبسيوت؟ دان كدواڽ, كناڤ اي دنامكن چابرن, بوكنڽ ڤمبسرن اتاوكنڠن اتاو سباݢايڽ يڠ لبيه ريليؤن؟"
Terdapat ideologi menarik yang dibahaskan di laman internet tentang hasil muatnaik gambar Cabaran10Tahun ini boleh digunakan secara dalaman untuk meningkatkan prestasi fungsi teknologi pengecaman muka berdasarkan umur dan (sebaliknya) pengecaman umur berdasarkan muka.

Bacaan menarik aku jumpa di laman web ini --> www.wired.com/facebook10yearchallenge
Antara hal yang diperbincangkan ialah;
  • Bagaimana pihak ketiga lebih mudah ambil data apabila pengguna dah siap-siap label gambar tahun ini serta tahun dulu (berbanding dengan kena korek habis-habis semua kumpulan gambar, tapi takde maklumat masa sebenar gambar tersebut) 
  • Secara tak langsung, pengguna memaparkan maklumat sebenar diri (kalau tak buat cabaran ini pengguna mungkin yang sekadar ambil gambar hiasan/gambar secara rawak saja dalam laman sosial sendiri)
Aku pasti ramainya secara sambil lewa dan senang hati membahaskan..
"Ala, saja la nak bagi orang tengok perbandingan rupa diri masa dulu dengan masa sekarang.. Relax lah"
Jadi, apa kelebihannya atau manfaatnya?? aku masih tak nampak.. Sebaliknya, gambar lama mungkin membongkari kisah (aib) lama yang mungkin ingin dilupai /tidak diketahui ramai. Terutamanya bagi perempuan (tapi lelaki pun ada juga kisah tersendiri) yang perlu peka agar aurat sendiri tidak didedahkan sewenang-wenangnya. Jadi dengan memaparkan gambar lama, orang lain akan sibuk mengambil tahu.. Lebih teruk lagi jika adanya golongan bawang yang mengambil kesempatan..

-- Ada hadith tentang pentingnya menutup aib sendiri (dipetik dari sumber (Blogspot) Mulia Dengan Sunnah --
عَنْ أَبَي هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Setiap umatku dimaafkan, kecuali al Mujahirin

وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْه

Dan sesungguhnya termasuk al mujaharah adalah seorang yang bermaksiat pada malam hari kemudian pada pagi harinya padahal Allah telah benar-benar menutupinya.

ِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Ia berkata : “Wahai fulan, aku telah melakukan hal ini dan hal itu.” Sungguh Allah telah menutup (aib)nya pada malam hari namun ia membukanya pada pagi harinya"

--- (Shahih Al Bukhari no. 6069) ---
Teringat satu panduan lagi tentang muat naik gambar di Facebook, walaupun nasihat lebih kepada perempuan tapi lagi dan lagi sukanya aku ambil perhatian dan pukul rata biar lelaki pun beringat..

sumber : www.tarbiahsentap.com/Niqabis yang Tertipu
Sampai bila-bila pun baca surah yang sama, lepas tu berharap syurga Allah??
Namun begitu, kalau nak diamati juga tentang cabaran10tahun ini, paling terbaik kita menilai diri (muhasabah) berkenaan amalan diri..

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” (Surah Adz-Dzaariyaat 51:56)
Kita sebagai manusia adalah hamba kepada Allah. Jadi seharusnya kita terus-menerus memperbaiki amalan ibadah kita kepada Allah.
سلارس دڠن عزم اكو تاهون إين, إن شاء الله اكو مولا چوبا حافظ جزء عماء 
Some other stream of thought
  • Tak lama sebelum Cabaran10Tahun, seingat aku pernah berlaku juga situasi cabaran bergambar dengan isteri semasa couple-tunang-kahwin. Jadi turut sama memberi persoalan yang sama..
  • Teringat aku akan satu garis panduan yang bernas sebelum kita melakukan sesuatu (dalam panduan tersebut, lebih kepada perbuatan berkata/meluah, tapi sukanya aku jadikan lebih umum iaitu sekitar apa saja perbuatan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)