Bertukar ke akaun bank islamik
Kemaskini 22.1.2019
- tambahan maklumat untuk kenalpasti akaun bank sendiri itu perbankan konvensional atau islamik
Tiba-tiba sampai hidayah pula tentang hal ehwal perbankan.. Baca-baca blogspot orang lain (cari secara rawak jumpa (Blogspot) Mystery of Life~ - Akaun islamic vs akaun konvensional) serta ulasan dari Ustaz Haji Zaharuddin Bin Haji Abdul Rahman, (rujuk artikel ini Riba Dalam Bentuk Semasa Dalam Perbankan Konvensional)
Kenapa riba itu haram, secara ringkasnya (isi aku ambil dari sumber rujukan drzaharuddin.net):
#1 CIMB (dulu namanya Bank Bumiputra Commerce) (2002)
Daftar akaun baru kena deposit duit ke dalam akaun. Kebetulan aku nak keluar duit dividen ASB, jadi terus masuk dalam akaun baru ini la.. Lepas itu, kena tandatangan (secara digital di terminal) perjanjian.
#BSN (2006-2011) - dah tutup, sebab tak aktif
#Bank Islam (2007-2018) - dah tutup sebab tak aktif
3# Bank Rakyat (2014)
Jadi alhamdulillah, semua akaun bank aku adalah akaun perbankan islamik. Semoga duit simpanan aku tidak digunakan ke jalan maksiat. Akhir kata, ingin aku petik satu hadith Nabi s.a.w tentang kepentingan mengelak riba
Jadi jom berubah ke arah yang lebih baik. Ambil yang baik, tinggalkan yang haram. Selamatkan semua orang, insya-allah~
CIMB
Akaun konvensional dimulai 70xxxxxxxx
Akaun Islamik dimulai 76zzzzzzzz atau 80yyyyyyyyyy
Maybank - tiada pengkhususan nombor akaun. Hanya boleh semak melalui nama
Public Bank -
Akaun islamik - ada nombor 7 atau 8 atau 9 pada abjad yang kedua nombor akaun
Akaun Konvensional - selain dari itu
RHB
Akaun islamik dimulai 16- atau 10-
Akaun konvensional selain dari itu
- tambahan maklumat untuk kenalpasti akaun bank sendiri itu perbankan konvensional atau islamik
---------- [Blog - Mula!] ----------
Tiba-tiba sampai hidayah pula tentang hal ehwal perbankan.. Baca-baca blogspot orang lain (cari secara rawak jumpa (Blogspot) Mystery of Life~ - Akaun islamic vs akaun konvensional) serta ulasan dari Ustaz Haji Zaharuddin Bin Haji Abdul Rahman, (rujuk artikel ini Riba Dalam Bentuk Semasa Dalam Perbankan Konvensional)
Kenapa riba itu haram, secara ringkasnya (isi aku ambil dari sumber rujukan drzaharuddin.net):
- Eksploitasi kesusahan pelanggan - menekan pelanggan yang memerlukan dengan kadar faedah yang tinggi serta denda
- Meruntuh akhlak mulia & moral (pihak bank) membantu pelanggan - sebab bank lebih kejarkan keuntungan kesan dari faedah peminjaman + denda (jika ada).
- Membuatkan si kaya malas dan kurang dinamik
#1 CIMB (dulu namanya Bank Bumiputra Commerce) (2002)
اكأون اين اداله اكاون بنك يڠ ڤرتام اكو ميليكي سچارا رسمي, دبوك دڠن كهاديرن دان ڤڠتاهوان اكو. تاڤي كمو راس اݢق ليوت جوݢ اونتوق اكو اد اكأون بنك سنديري. ياءيت ڤد تاهون 2002 اتس بنتوان ارواه وان دولو (چريتاڽ ايه تولبيه باير يورن سكوله جد ڤيهق سكوله ڤولڠكن دالم بنتوق چيك. بينچڠ٢ اخيرڽ ݢونا چيف ايت اونتوق بوك اكاون سنديري) تاڤي اكأون اين تق اكتيف ساڠت.سكدر سيمڤنن سهاج
Akaun ini adalah akaun bank yang pertama aku miliki secara rasmi, dibuka dengan kehadiran dan pengetahuan aku. Tapi aku rasa agak lewat juga aku ada akaun bank sendiri, iaitu pada tahun 2002 atas bantuan arwah Wan dulu (ceritanya ayah terlebih bayar yuran sekolah, jadi pihak sekolah pulangkan semula dalam bentuk cek. Bincang-bincang akhirnya guna duit itu untuk buka akaun bank sendiri). Tapi akaun ini tak begitu aktif sangat. Sekadar simpanan sahaja..Baca dalam Blogspot Mystery of Life tu, katanya kena pergi bank yang sama semasa kita buka akaun dulu @_@ adoi, nak kena balik semenanjung ke baru dapat buat.. Tapi hari ini, semasa rehat tengah hari, sedangku berjalan-jalan. Terjumpa bank CIMB Islamic di bandar Kuching tengah takde orang.. Mungkin aku akan hadapi nasib yang sama dengan penulis blog tersebut, tapi takpelah - Malu bertanya, sesat jalan.
"Boleh tak nak tukar akaun bank konvensional menjadi akaun bank islamik?"
"Tapi boleh tukar. Tapi kalau nak buat akaun yang baru (itu) boleh, akaun lama boleh tutup nanti. Kejap saya tengok dalam sistem.... Oh dulu encik buat akaun ada buku simpanan rupanya.. Kalau ada buku simpanan, boleh tutup akaun di sini nanti.."
"Oh, ok.."Maka aku diberi satu slip borang isi maklumat peribadi ringkas (nama, emel, no telefon, kerjaya, status perkahwinan, nama ibu, serta nombor panggilan khas jika berlaku kecemasan). Kemudian aku dipanggil ke meja (kaunter) pendaftaran akaun baru.
Daftar akaun baru kena deposit duit ke dalam akaun. Kebetulan aku nak keluar duit dividen ASB, jadi terus masuk dalam akaun baru ini la.. Lepas itu, kena tandatangan (secara digital di terminal) perjanjian.
"Oh ya, sebab encik ada kad debit CIMB, jadi tak perlu tukar kad baru. Boleh saja guna yang sedia ada tu. Kami boleh pautkan (link) kad CIMB encik dengan akaun baru ini. Tapi kena buat di laman web CIMBClicks. Encik ada akaun log in kan? "
"Ada"
"Ok, nanti kami ajar macam mana. Guna komputer di kiosk sana tu.."Alhamdulillah. Dah berjaya buat akaun perbankan islamik di CIMB. Cuma langkah seterusnya..
- Pelan masa untuk tutup akaun lama (dan pindahkan semua baki ke akaun yang baru)
#2 Maybank (2010)
بنك اين اداله ينك يڠ ك-5 (ݢيليرن) اكو بوك اكأون ياءيت ڤد تاهون 2010, يڠ مان اكو تڠه بوات لاتيهن ايليكتيف ڤلاجر ڤروبتن د ترڠݢانو. ديك تؤڤڠاروه دڠن ڤڠݢيلن تيليفون, اكو ڤون بوك اكاون (تاڤي تق لاين لاݢي ڤڠݢيلن اورڠ تيليفون ترسبوت). كيني اكاون اين منجدي اكاون اوتام ممندڠكن باڽق اوروسنياݢ بوليه ݢونا بنك اين
Jadi buat akaun bank di Terengganu, rupanya memang aku buka akaun perbankan islamik rupanya. Patutnya takde dividen bulanan (sebaliknya semak penyata, ada hibah pada 6 bulan sekali). Yay, boleh langkau langkah pertukaran untuk Maybank..Bank ni adalah akaun bank yang ke-5 (giliran) aku buka pada tahun 2010, masa tu tengah buat latihan elektif pelajar perubatan di Terengganu. Dek terpengaruh dengan panggilan tele-marketing untuk buat akaun (tapi tak layan lagi dah panggilan orang tersebut). Kini akaun ini menjadi akaun utama memandangkan banyak urusniaga boleh guna bank ini.
#
#
3# Bank Rakyat (2014)
اكو بوك اكأون بنك اين سمڤنا ڤينجمن ڤريتبادي سماس توتيڤو دڠن دوݢأن م.ل.م دولو. جدي اكأون اين دݢوناكن اݢر اكو داڤت ممنتاو باكي ڤينجمن ملالوءي تاليان اينترنيت
Aku buka akaun bank ini sempena pinjaman peribadi aku tertipu dek dugaan MLM dulu. Jadi akaun ini dibuka agar aku dapat memantau baki pinjaman melalui talian internet...Aku periksa di laman web bank. Nampaknya alhamdulillah memang aku guna akaun perbankan islamik semasa pembukaan akaun dulu.
Jadi alhamdulillah, semua akaun bank aku adalah akaun perbankan islamik. Semoga duit simpanan aku tidak digunakan ke jalan maksiat. Akhir kata, ingin aku petik satu hadith Nabi s.a.w tentang kepentingan mengelak riba
Nabi SAW menyebut
الآخذ والمعطي سوآء
Ertinya : " Si pemberi (riba) dan si pengambil Riba adalah sama" (Riwayat Muslim)
Jadi jom berubah ke arah yang lebih baik. Ambil yang baik, tinggalkan yang haram. Selamatkan semua orang, insya-allah~
- Antara bacaan yang menarik lagi boleh dijumpai di alquranbahasa.blogspot.com
Dari pengalaman aku melalui tiga bank simpanan CIMB Maybank Bank Rakyat aku perasan persamaan ketiga-tiganya terdapat pada nama akaun bank tersebut imbuhan akhir '-i' (mungkin merujuk kepada istilah islamik)Jadi bila cari-cari di internet terdapat beberapa penjelasan lain untuk membezakan. Salin & tampal saja dari sumber asal (Laman web Diana Rashid adalah seperti berikut;

Ulasan