'Bahasa boleh pupus'
Bismillah..
Bulan lepas aku terjumpa satu video di laman media sosial berkenaan "Bahasa Melayu boleh Pupus" (tapi macam biasa, aku simpan dulu bila sampai masa aku kongsikan semula di sini..). Maka dah sampai masanya, jom tengok video ini dulu.. (video asal boleh tengok di pautan berikut --> (Facebook) Bahasa Boleh Pupus)
Jadi lepas aku tengok, memang terasa juga la. Sebab sedikit sebanyak memang dah terbiasa dalam kehidupan ini kita jadikan bahasa rojak dalam kehidupan. Namun, setelah menonton video tersebut aku mula sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan..
Aku pasti ramai yang membahaskan bahawa skrip drama/filem itu menggambarkan budaya / amalan yang memang terjadi di Malaysia. Dan betapa hakikat tersebut menyedihkan sebab rakyat malaysia sendiri tidak memartabatkan bahasa Melayu.
Aku juga pasti ramai yang ingin memupuk diri (atau anak-anak) agar lebih berani untuk bercakap bahasa Inggeris, Tapi secara jujurnya aku tak selesa pendekatan secara rojak atau ayat selang-seli.
Oh ya, aku tertarik pada laman web/ blog Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang mana beliau memartabatkan penggunaan bahasa Melayu melalui penerangannya dalam artikel beliau. Aku juga ingin mengikut jejak langkah beliau.. ^-^

كالاو ڤراسن, سجق اكو تونتون ۏيديو ترسبوت كباڽقن ڤنوليسن بارو اكو ده دتولبس دالم بهاس ملايو دڠن لبيه مڽلوروه. تياد لاݢي بهاس چمڤورن سلاݢي بوليهAku dah lama juga perhati dalam filem dan drama Melayu, juga di siaran radio tempatan. Dan apa yang aku perasan ialah; selain wujudnya bahasa rojak dalam majoriti ayat sebutan. terdapat juga bahasa Inggeris yang penuh satu ayat tapi saling berselang-seli pula dengan bahasa Melayu..
"Kejap-kejap cakap inggeris, kejap-kejap cakap Melayu.. kejap-kejap campur, menyampah pula tengok rentak acah-acah ni.."Berbeza dengan drama atau filem korea / jepun / cina - Setakat yang aku tengok drama sambil lalu, sangat jarang sekali aku dengan watak cerita berbahasa inggeris. Tentulah adanya situasi berkecuali seperti adegan jumpa orang asing dan bercakap inggeris. Ataupun, dialog perbincangan ilmiah yang melibatkan istilah khas atau teknikal (komputer / teknologi / perubatan dll) maka aku lepas pandang juga la (sebab aku nak terjemah sendiri pun pening kepala) . Tapi perkataan-perkataan umum aktiviti harian masih disebut dalam bahasa masing-masing.. Bahasa budaya bangsa~
Aku pasti ramai yang membahaskan bahawa skrip drama/filem itu menggambarkan budaya / amalan yang memang terjadi di Malaysia. Dan betapa hakikat tersebut menyedihkan sebab rakyat malaysia sendiri tidak memartabatkan bahasa Melayu.
Aku juga pasti ramai yang ingin memupuk diri (atau anak-anak) agar lebih berani untuk bercakap bahasa Inggeris, Tapi secara jujurnya aku tak selesa pendekatan secara rojak atau ayat selang-seli.
سڤرتي مان كيت بلاجر بهاس إيڠݢريس كتيك دبڠكو سكوله سچارا ڤندكتن ڤنوه 1 جم سهاري, اكو ڤرچاي موڠكين بوليه دأنجوركن سسي 1 جم بهاس إيڠݢريس د رومه, اتاو 1 هاري خاص بربهاس إيڠݢريس ڤنوه (بوكن اچه٢). امو ڤرچاي كسنڽ لبيه باءيق. سكدر چادڠن سهاجAku sentiasa mengagumi budaya Jepun yang sangat memartabatkan bahasa mereka. Sehingga tulisan pun mereka masih gah dengan pelbagai jenis tulisan (katakana, hiragana, kanji), sedangkan di Malaysia Melayu juga punya tulisan sendiri (Jawi) sebenarnya. Cuma tulisan Jawi diketepikan atas alasan untuk memupuk perpaduan..
"Sementara kaum lain masih bebas menyebarkan bahasa dan tulisan masing-masing.."Kita jangan kalah~ Jom memartabatkan bahasa bangsa kita. Kalau bukan kita, siapa lagi..

Ulasan