Azam tahun 2019

Bila rujuk semula entri dalam blog aku, rupanya setiap 3 tahun ada penulisan tentang azam tahun baru ^-^! Terdahulu ada Azam tahun 2013 dan juga Azam tahun 2016..

Takpe, tahun ini nak buat lagi. Setidaknya ada beberapa matlamat yang perlu dicapai sampai hujung tahun.. Jom, azam tahun ini lebih banyak kot ^-^

Fokus : Agama
  • Kali ini serius hafaz Al-Quran. Mulai dari yang mudah dulu. Tahun 2019, kita cuba habiskan hafaz Juz 30 dan 29. 
  • Hafaz semula surah terdahulu - AsSajjadah, Yasiin, Al-Jumu'ah, Al-Munafiqun (masa sekolah pernah hafaz, tapi dah hanyut oleh hal dunia)
  • Puasa sunat isnin/khamis
  • Berjemaah di masjid paling kurang sekali (selain solat jumaat) 
  • Qiamullail seminggu sekali
  • Surah Al-Kahfi setiap jumaat
  • Surah Yasiin setiap khamis 
  • Tadabbur Al-Quran 
  • Khatam Al-Quran 3 kali dalam setahun
    • Pertama : 9.5.2019 
    • Kedua : 14.6.2019
    • Ketiga : 20.11.2019
Fokus : Keluarga
  • Cuti berdua dengan isteri
  • Cuti bersama keluarga isteri
  • Cuti bersama keluarga sendiri
  • Teruskan Projek Salasilah lagi
Fokus : Masyarakat
Fokus : Peribadi (ni banyak hal keduniaan semata-mata ^-^!)
  • Capai indeks jisim badan yang optimum (sasaran berat 58kg)
  • Baca buku fizikal sebuah sebulan - lebih banyak lebih bagus
  • Studi yang berkaitan dengan kerjaya
  • Siapkan penutup komik Wanted! - selesai 24.4.2019
  • Belajar bahasa 
  • Martabatkan bahasa Melayu dan Tulisan Jawi
  • Simpan emas 1g sebulan
  • Renovate rumah baru 
    • bahagian 1 (lampu, kipas, siling, grill, aircond) : 13.3.2019 (selesai)
    • bahagian 2 (pintu dapur) : 10.5.2019 (selesai)
    • bahagian 3 (dapur) : 14.6.2019 (selesai)
  • Pindah semula ke semenanjung
    • dah hantar borang mohon pindah 7.10.2019 
  • Beli kereta sendiri?
Nampaknya banyak senarai azam tahun ini. Jom kita mengorak langkah ke arah perlaksanaan azam tersebut.. insya-Allah ada entri lagi hasil cetusan idea dari azam tahun ni ;)
ماچم بياس, ستياڤ كالي كيت اد عزم تاهون بارو سمستيڽ باڽق دوݢاءن دان چابرن يڠ چوبا ملمهكن اوسها كيت. جاڠن مڠاله!ا

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)