Derma darah

Hari (tarikh entri) ni aku off. Tapi aku masih datang ke hospital untuk uruskan permohonan cuti. Di kala mengejar para ketua-ketua untuk tandatangan sokongan, aku terhenti di lobi hospital. Kelihatan Pusat Darah Negara (yang bersebelahan HKL ni) sedang menganjurkan kempen menderma darah selama 3 hari (15-17 Januari 2013) di tempat tersebut. Jadi alang-alang aku sedang kelapangan, maka aku gunakannya untuk menderma sekejap. Jom??

Entri ni macam buat promosi pula ^-^! Aku ni bukannya seorang penderma kerap, lantaran hari ni adalah kali ke-6 aku menderma dalam 7 tahun (kali pertama tahun 2006, di matrikulasi perak) ni. Dan aku akui, pada saat aku nak menderma ni pun, (tiba-tiba) datangnya rasa takut pulak pada jarum.. adoi~
"Cara aku mengatasi rasa takut ni ialah tidak melihat babak jarum disuntik ke dalam vena, sementara mengalihkan perhatian minda terhadap sesuatu yang lain (misalnya fikirkan idea komik, kenang semula peristiwa tertentu). Jadi tak la terasa sangat, seperti yang disangka" ^-^
kalau pertama kali, pasti akan diberi buku ni. Simpan tau!
Jadi apa kelebihan kalau menderma darah ni? Kalau tak silap aku, dalam sijil (buku merah dalam gambar) yang diberi ada dinyatakan tentang keutamaan/ kelayakan penderma untuk mendapat rawatan di hospital.  Dan kelebihan ni semakin diperkukuh apabila kita semakin kerap menjadi penderma darah di hospital-hospital atau kempen yang diadakan.

Tapi keutamaan ini bukanlah tujuan aku. Aku kalau boleh berharap agar kekal sihat dan tak perlu masuk hospital, itu semestinya lebih baik. Sebaliknya menderma darah ni lebih kepada kepuasan diri sendiri. Dengan menderma darah ni, kita dapat membantu kepada golongan yang memerlukan (iaitu pesakit di hospital, khasnya yang anaemia, atau siapa-siapa saja yang mengalami massive bleeding dll). Perasaan dapat membantu itu bagi aku memang cukup seronok. Teringat aku tentang Firman Allah dalam Kitab AgungNya (Al-Quran):
"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami telah tetapkan atas Bani Israil, bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan (yang membolehkan bunuh) atau kerana melakukan kerosakan dimuka bumi, maka dia seolah-olah telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang, kemudian kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi." (Surah Al-Ma'idah 5:32)
Ayat ni sebenarnya (yang aku faham) bersifat umum, iaitu suruhan agar kita membantu manusia yang lain terutamanya ketika melibatkan keselamatan dan nyawa. Jadi rasa macam kena pula dengan situasi menderma darah ni.. ^-^ menarik, kan?

iklan di lobi hospital
Yang demikian tadi tu, hanyalah kelebihan terhadap diri sendiri yang bersifat *abstrak (iaitu dialami melalui perasaan sendirian semata-mata). Bagi sesetengah pihak, 'kepuasan diri' ini mungkin tak dapat diterima.

Oh ya, darah yang kita derma itu boleh jadi akan diekstrak kepada komponen berbeza, agar sesuai dengan pesakit dan keperluannya tersendiri. Antara komponennya (kalau tak nampak gambar kanan ni -->):
  • Packed red cell (Sel darah merah je) - sesuai untuk pesakit anaemia dan yang sekumpulan dengannya (thalassaemia) serta untuk transfusi darah dalam kebanyakan situasi pendarahan
  • Platelet - penting dalam kes demam denggi dan juga kes pendarahan teruk (DIVC = disseminated intravascular coagulopathy)
  • Plasma - biasanya digunakan untuk mangsa kebakaran / melecur, juga boleh digunakan dalam kes denggi berdarah (dengue hemorrhagic fever) serta DIVC
  • Cryoprecipitate - selalunya digunakan bagi kes DIVC juga
  • Cryosupernatant - digunakan bagi pesakit yang kekurangan vitamin K* (vitamin K penting untuk proses pem'beku'an darah dan juga liver failure (hati juga berperanan memproses vitamin K dari makanan)


Some other stream of thought
  • Bagi seorang pesakit kronik di hospital, transfusi darah adalah perlu dari semasa ke semasa, melibatkan bilangan pek darah yang banyak. Jadi rasa kasihan pula pada si pesakit ni, kerana memerlukan belas ihsan orang ramai (note - pek darah banyak ni tentunya bersumberkan daripada pelbagai  penderma). Terima kasih kepada yang sudi menderma ^-^ semoga Allah membalas kebaikan kalian
  • Ada 4 kumpulan darah utama iaitu A,B, AB dan O serta status Rhesus. Dikhabar setiap kumpulan darah ini mempunyai ciri personaliti tertentu bagi setiap individu empunya darah. Misalnya si empunya darah A didapati adalah seorang yang suka berkawan (ni contoh rawak.. in syaa-Allah kalau terjumpa tentang personaliti ni akan dikongsikan). Jadi apakah kumpulan darah kalian?
aku dari kumpulan darah B

Antara siri nasihat yang lain sila klik link ini --> Nasihat (page)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)