Compensatory mechanism

Entri ni berkaitan dengan perbelanjaan wang, yang mana rupanya terdapat satu lagi fokus dalam menguruskan kewangan aku.  Sebelum itu, izinkan aku ringkaskan semula entri lain yang berkaitan:
siri 1 : Pengurusan kewangan - ni adalah algoritma pendapatan dan saluran pengagihan bagi kegunaan tertentu
siri 2 : Belanja sakan?! - berkenaan teori pembelian berbaloi
siri 3 : Dua pun dah memadai - berkaitan dengan kuantiti milikan sesuatu barangan

(siri 4) Fokus C - Compensatory mechanism
Ada masanya yang mana aku akan berbelanja lebih dengan menggunakan simpanan yang terkumpul untuk menggembirakan diri. Misalnya menyertai percutian keluarga, mengembara dan pembelian barangan kos tinggi (eg. game / laptop / motosikal dll).. Bagi tujuan tersebut, aku menggariskan satu lagi panduan ketika menghadapi situasi tersebut..
"Compensatory mechanism (<--ni istilah sendiri ^-^!) adalah satu mekanisme yang mana aku dibenarkan untuk berbelanja lebih pada satu masa, tapi perlu berjimat semula pada kemudian hari bagi menampung semula kos perbelanjaan yang telah dibiayai.."
Dapat faham? Jom fikirkan kaedah menabung biasa yang mana: kita akan menabung sehari-hari untuk mengumpul sejumlah wang bagi membeli sesuatu barangan.. (eg. nak beli laptop berharga RM2000, kalau dulu masa sekolah kita akan menabung sikit-sikit sampai la satu masa wang terkumpul mencecah nilai yang diinginkan)

Jadi compensatory mechanism ni mempraktikkan cara tersebut tapi secara terbalik iaitu kita membelanjakan terlebih dahulu RM2000 (dari simpanan yang dah terkumpul sejak suatu ketika dahulu), kemudian kita mengumpul semula wang agar simpanan baru mencapai nilai tersebut.. kira nak cover balik la wang simpanan yang telah digunakan..

Dah kata menabung, jadi dalam tempoh mengumpul semula wang tersebut, aku perlu berjimat-cermat dalam pelbagai urusniaga dan interaksi harian ^-^! antara kaedah yang aku gunakan:
  • i'm not really into eating (dari entri kalau makan luar..) --> aku kurangkan kos makanan harian ^-^! sama ada skip atau makan secara ringkas je.. Setidaknya, aku kurangkan kos minuman dengan membawa botol air sendiri je..
  • delay any non-urgent non-important interaction - pada kala ni, aku ada masanya tak proaktif dalam apa-apa hobi masa lapang aku (eg. beli game baru, tengok wayang dll).. kadang-kadang takpe je kot
Demikianlah, bila simpanan semasa dah mencapai nilai tampungan asal maka mekanisme ni dengan sendirinya diaktifkan..

Note - walaupun adanya garis panduan sebegini, tak bermakna aku ikut dengan skemanya.. :P bergantung pada situasi juga la.. ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)