[Lagu] Pergi tak Kembali
Ketika bekerja shift malam di hospital, aku melihat seorang pesakit kanser yang bertahap kritikal dan tunggu masa je. Beliau dikerumuni oleh ahli keluarga dan sanak saudara pada saat-saat akhirnya. Dan akhirnya, beliau kembali ke rahmatullah pada Subuh hari esoknya..
Oleh itu, aku ingin ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu lagi lagu kegemaran aku. Lagu ni pada ketika pertama kalinya diperdengarkan kepada aku, aku menjadi takut akan mesej yang disampaikan. Namun, bila masa kian berlalu, aku semakin meminati lagu ni. Mempersembahkan lagu nasyid dari kumpulan Rabbani dengan lagunya "Pergi Tak Kembali".
Maaflah sebab lagu ni adalah dari genre nasyid (mungkin ada yang tak selesa ^-^!). Aku sertakan lirik sekali dalam ni untuk sama-sama dihayati. Juga disertakan lagu yang sama dalam versi arab sekali "Rabbani - Irtihal". Dua-dua pun sedap didengari ^-^ Semoga terhibur~
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
-------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------
Some other stream of thought
Pada suatu masa dahulu, aku sering menginginkan agar diri meninggal lebih awal daripada ibu bapaku, sebab aku sayang mereka jadi aku tak sanggup nak tengok mereka 'pergi dulu'. Namun, peristiwa arwah mak aku membuatkan aku berfikir dan berfikir bahawa pemergiannya yang lebih awal itu berhikmah. Antaranya:
..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,"Sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNyalah kami kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)Melihatkan situasi ni, betul-betul jog memori tentang situasi aku sendiri (ada aku tulis sikit dalam entri bertajuk sebelum induksi). Ditakdirkan aku sempat balik ke rumah pada malam nazak (arwah) mak aku. Dan akhirnya beliau juga kembali ke rahmatullah pada masa yang lebih kurang sama..
Oleh itu, aku ingin ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu lagi lagu kegemaran aku. Lagu ni pada ketika pertama kalinya diperdengarkan kepada aku, aku menjadi takut akan mesej yang disampaikan. Namun, bila masa kian berlalu, aku semakin meminati lagu ni. Mempersembahkan lagu nasyid dari kumpulan Rabbani dengan lagunya "Pergi Tak Kembali".
Maaflah sebab lagu ni adalah dari genre nasyid (mungkin ada yang tak selesa ^-^!). Aku sertakan lirik sekali dalam ni untuk sama-sama dihayati. Juga disertakan lagu yang sama dalam versi arab sekali "Rabbani - Irtihal". Dua-dua pun sedap didengari ^-^ Semoga terhibur~
Rabbani - Pergi tak kembali
Setiap insan pasti merasaSaat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
-------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------
Some other stream of thought
Pada suatu masa dahulu, aku sering menginginkan agar diri meninggal lebih awal daripada ibu bapaku, sebab aku sayang mereka jadi aku tak sanggup nak tengok mereka 'pergi dulu'. Namun, peristiwa arwah mak aku membuatkan aku berfikir dan berfikir bahawa pemergiannya yang lebih awal itu berhikmah. Antaranya:
- aku tak sampai ke satu tahap melihatnya menanggung seksa pada hari tuanya kerana mungkin sakit yang lebih serius (alhamdulillah situasi aku, semua ahli keluarga sempat pulang melihat saat-saat akhir)
- aku dan adik-beradik setidaknya dah 'bebas' dari melukakan hati arwah mak lantaran anak-anak semakin dewasa dan berkeluarga sendiri, mungkin mula mengabaikan ibu pula (na'uzubillah untuk kawan-kawan aku yang lain). Namun, aku perlu mendoakan kesejahteraannya di sana.
- Sebagai anak, aku rasa dah jadi satu tanggungjawab untuk terus hidup bagi pihaknya dan merealisasikan apa jua hasrat yang pernah diluahkan dahulu..
- Dan tentunya ibu bapa berasa sangat sedih jika anak yang dilahirkan dan dibesarkan dengan susah payahnya telah pergi lebih awal daripada mereka..
Ulasan