kalau makan luar (siri 4)

Ketika menjamah selera di luar, tiba-tiba datang la seekor kucing untuk meminta belas ihsan agar diberi makanan. Kalau kalian dalam situasi macam ni, apakah reaksi yang akan diberi? (Live-action trigger activate!)
a) bagi makan baki makanan yang tak habis tu
b) bukannya nak bagi, bahkan dihalaunya (dalam kes yang lebih teruk disepaknya) pergi jauh

fokus *7 - berkongsi makanan.. dengan makhluk lain (haiwan) ^-^!
(penomboran ini adalah sambungan dari semua entri kalau makan luar)
Secara idealnya mestilah pilihan (a) memaparkan nilai murni yang baik iaitu (yang aku nampak) 'berkongsi makanan dengan makhluk lain'. Tapi dari pemerhatian aku, ramai yang semakin lupa, malah mementingkan diri sendiri apabila berkaitan dengan makan;
"Tak payah fikirkan yang lain. Yang penting, perut sendiri ni mesti diisi dulu.."
"Ala, pandailah dia cari makanan sendiri. Bukannya dia tak boleh cari pun. Tuhan dah cipta dia mampu untuk hidup sendiri" 
"Sibuk je kucing ni!! Tau tak aku tengah lapar sekarang ni!? Pergi la main jauh-jauh!!" (ayat diubahsuai agar tak nampak terlalu kasar ^-^!)
Aku betul-betul setuju dengan Ustaz Azhar Idrus (seperti nasihat bergambar yang disertakan). Aku merasakan bahawa Allah nak uji kita sama ada kita sanggup tak berkongsi rezekinya dengan makhluk ciptaanNya yang lain. Setidaknya, adakah kita masih ihsan untuk memberikan sedikit makanan (walaupun sekadar tulang atau saki-baki makanan yang kita tak mahu)? Jom tengok ulasan Ustaz Azhar Idrus ni..



Jadi marilah kita sama-sama memupuk belas ihsan terhadap makhluk Allah tersebut. Semoga amal baik kita diberikan balasan baik dari Allah, baik di dunia mahupun di akhirat. Perbuatan baik ini juga disarankan dalam Islam seperti mana dalam satu hadith:
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad sabdanya: "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Antara hadith lain yang berkaitan:
“Sesungguhnya orang-orang yang baik hati dan bertimbang rasa kepada makhluk Allah, Allah memberi kebaikan dan kasih sayang-Nya kepada mereka dan berbuat baiklah kepada makhluk di muka bumi supaya Allah boleh berbuat baik kepada anda.” (Hadith Abu Dawud dan Tirmidhi)

---------------------------------------------<section closed>----------------------------------------------

Link untuk entri siri kalau makan luar yang lain:
kalau makan luar..
kalau makan luar (siri 2)
kalau makan luar (siri 3)

Bahan bacaan yang menarik perhatian:
Islam dan kucing

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)