Hutang

Catatan kemaskini
1.9.2020 - beberapa perkataan di'melayu'kan bagi memartabat bahasa melayu.

---- BLOG mula di sini! ----
Entri ni bersifat imbas semula.. Teringat aku akan satu mesej yang aku terima tempoh hari..
Tolong aku leh.ak nk pinjam kt ko RMxxxx (nilai dirahsiakan) skrg leh x?ak short in cash nie.gaji xpat lg.next two weeks ak bayar blik.pleaseee...klu leh bg skrg. ckp ngn ak ye.ak bg no akaun bank aku.tq.
Kalau kalian dalam situasi sedemikian, apakah respon yang akan diberikan? [Aktiviti: Pencetus tindakan secara langsung]
a) respon yang ingin membantu
b) respon yang menolak
c) buat tak tahu (don't know) serta senyap menyibukkan diri dengan aktiviti semasa

Aku rasa tiap-tiap orang akan memilih respon yang berbeza, bergantung kepada pengalaman sendiri serta hubungan baik dengan bakal penghutang.. Jadi mari kita teliti satu persatu:

fokus A - memberi hutang
isi fokus A adalah berdasarkan hadith ke-36 imam Nawawi
Secara ideal dan naifnya, tentulah langkah (a) memaparkan nilai murni yang patut dicontohi iaitu kita membantu insan yang memerlukan dan cuba merapatkan hubungan silaturrahim. Lagi pula, tindakan ini sesuai dengan firman Allah s.w.t:
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik" (Surah Al-Muzzammil :20)
Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak (surah Al-Baqarah 2:245)
(nota kejap - memberi pinjaman kepada Allah bukanlah bermaksud Allah itu memerlukan sesuatu dari hambaNya, bahkan Allah Maha Kaya dan tak memerlukan apa-apapun daripada sesiapa. Cuma dalam konteks ayat ni lebih selesa aku fahami sebagai kita menggunakan nikmat yang Allah dah beri, untuk membantu hamba Allah yang lain yang memerlukan. Ini juga salah satu ujian daripada Allah, iaitu Allah nak tengok betapa kita ni bersyukur atau tak)

Sambung, dalil ini lagi dikukuhkan melalui hadith nabi iaitu Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang memberi hutang kepada seorang muslim satu dirham sebanyak dua kali maka baginya pahala satu kali sedeqah (Riwayat Ibnu Hibban)
Ada hadith lain yang memerihalkan kebaikan memberi hutang berbanding dengan sedeqah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Pada malam ketika saya diisra'kan, saya melihat satu tulisan di pintu syurga '(pahala) sedeqah dilipat gandakan menjadi sepuluh (10) kali ganda sedangkan (pahala) pemberian hutang dilipat gandakan menjadi lapan belas (18) kali ganda' lalu saya bertanya: "Wahai Jibril, apa yang menyebabkan pemberian hutang lebih baik dari sedeqah?" Lalu Jibril menjawab;"kerana orang yang meminta (mendapat sedeqah) kadang-kadang memiliki (sesuatu yang diberi kepadanya) tetapi orang yang memberi pinjaman, pada dasarnya memberi sesuatu kerana benar-benar diperlukan" (Riwayat Ibnu Majah)
Jadi berdasarkan dalil-dalil yang diberi, umat islam amat digalakkan untuk membantu orang lain yang memerlukan. In Syaa-allah dapat merapatkan ukhwah islamiah juga ^-^

Fokus B/C - tidak memberi hutang..
Namun begitu, aku percaya ramai juga yang akan memilih untuk tidak memberi hutang (termasuk aku juga dalam kebanyakan situasi). Hal ini disebabkan masing-masing mempunyai sebab tertentu seperti:
  • Sendiri pun menanggung hutang (contoh beli kereta, rumah) yang perlu dibiayai. Jadi kalau nak beri hutang, macam mana nak tanggung untuk diri sendiri pula nanti? 
  • Perlu menyara keluarga serta kepentingan yang lain 
  • Mempunyai pengalaman 'tertipu' pada masa silam lalu bertekad agar tidak berulang 
Secara peribadinya, aku pernah juga mengalami situasi yang mana seorang kenalan yang kurang bertegur sapa, tiba-tiba mesej untuk meminjam sejumlah wang dan berjanji untuk membayar semula apabila ada rezeki. Dan apabila wang diberikan, serta-merta hilang tanpa berita semula.. --> rasa macam tertipu pula >_<!
  • Sesetengah golongan perasan akan bahaya hutang terhadap golongan penghutang (terutamanya jika si penghutang ni ada kebarangkalian untuk berniat hilang/ tidak ganti semula terhadap hutang tersebut) ni melalui hadith berikut:
Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)- Riwayat Muslim 
Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" (Riwayat Al-Bukhari) 
(sila rujuk link ini untuk perincian lanjut --> Ustaz Zaharuddin - Bahaya hutang menurut Islam)
Ringkasnya bagi fokus B/C ni, pastinya ada sebab tertentu kenapa sebilangan orang tak dapat membantu (memberi hutang) di saat memerlukan. Jadi diharap golongan meminta agar tidak begitu negatif dan menimbulkan provokasi..
"Kedekut! bukannya aku tak bayar balik.. Ada duit nanti aku bayar la..!" 
Update - terjumpa di laman sosial facebook tentang hutang ni..

maka di sini boleh nampak betapa adilnya Allah kepada mereka yang enggan membayar hutang (apatah lagi sengaja)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)