Otsukaresama-desu!

(Nota - trigger ni hanya la sekadar copy paste semata-mata. Intipati dan ilmu yang disampai adalah bersumberkan dari link berikut --> Otsukaresama-desu)
"Otsukaresama-desu" 
menghargai usaha orang lain
Perkataan ni adalah dari bahasa Jepun yang diertikan sebagai "terima kasih atas kerja (yang bersungguh-sungguh) anda". Biasanya digunakan dalam beberapa situasi berikut:
  • pada akhir sebarang activiti bersama (contohnya main bola, kerja kumpulan dan lain-lain yang dilakukan bersama-sama dll) --> lebih kurang macam "jumpa lagi"
  • teguran ketika bertemu dengan rakan kerja yang sedang (atau baru habis) bertugas
  • menghargai usaha seseorang terhadap diri kita
Walau pada saat ini, ingin sekali aku ucapkan perkataan ni kepada rakan sekerja / boss aku yang bekerja kuat demi pesakit >_<! tapi, rasa semacam pula.. dah la bahasa Jepun (bukannya semua orang faham) satu kerja pula nak terangkan maksud kepada tiap-tiap orang nanti.. Ok, jom kita lihat fokus..

Fokus - berterima kasih
Dalam menempuhi kehidupan seharian, aku dapati sangat kurang dalam kalangan kita untuk menghargai usaha orang lain (setidaknya melalui ucapan terima kasih). Bahkan, kalau nak mencari kesalahan dan marah-marah pada kesalahan tersebut memang sangat mudah untuk dilakukan.
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah" (Hadtih Riwayat Tirmizi) 
Logik aqli dari hadith di atas ni adalah jika kita tidak berterima kasih kepada orang lain yang jelas nyata di hadapan mata, masakan pula kita akan berterima kasih terhadap Tuhan sekalian alam yang tidak jelas oleh mata (sebaliknya hanya iman di dada sahaja yang dapat mengakui kewujudan dan sifat-sifatNya)

Terdapat satu lagi hadith yang menggalakkan kita agar berterima kasih.
"Barang siapa yang dilakukan kepadanya kebaikan, maka katakanlah kepada pelaku tersebut 'Moga Allah memberikan kamu kebaikan' (جزاك الله خيرا) maka sesungguhnya dia telah memberikan pujian yang terbaik" (Hadith Riwayat Tirmizi)
Oleh itu, marilah kita berusaha menghargai usaha orang lain (tak kira la terhadap siapa sama ada diri sendiri atau orang lain). Aku dapat membayangkan apabila seseorang itu terasa dihargai (melalui ucapan terima kasih), pastinya dia akan galak untuk terus-menerus berbuat kebaikan tersebut. Bukankah itu perkara yang baik (iaitu kita membantu ke arah kebaikan)? seperti mana Firman Allah:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yg dekat, dan jiran tetangga yg jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yg terlantar, dan hamba yg kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg sombong takbur lagi membangga diri" (surah An-Nisa' 4:36)
Setidaknya ucapan tersebut menyenangkan hatinya setelah penat lelah usaha yang cuba ditunjukkan ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)