Menarik dari Nintendo..

Entri ni berkenaan game juga, spesifiknya dari konsol nintendo pula seperti Gameboy, DS, 3DS, Wii (tapi aku takde la Wii ni.. saja cakap). Ada beberapa game dari konsol ni yang menarik perhatian aku untuk terus mengikuti perkembangannya..

Game A - siri Pokemon
starter pokemon dari 5 generasi berbeza
"Game ni adalah dari genre RPG, berkisar tentang kehidupan seorang Pokemon trainer (pemain boleh pilih jantina sama ada lelaki/ perempuan, ikut keinginan masing-masing) yang akan memulakan pengembaraan untuk menjadi seorang Champion. Dimulai dengan salah satu starter pokemon dari unsur Water, Fire atau Grass, pemain akan membentuk pasukan berenam tersendiri. Bagi memburu gelaran champion, pemain perlu mendapatkan 8 lencana terlebih dahulu dari tempat tertentu melalui perlawanan antara pokemon, dan akhirnya bertanding di perlawanan akhir" 
Apa yang menarik perhatian aku berkenaan game ni ialah pertamanya game ni menguji strategi pemain masing-masing untuk membentuk pasukan terhebat yang tiada tandingan melalui kepelbagaian jenis pokemon yang ada.

Setakat ini, terdapat 5 siri utama game Pokemon dengan sejumlah 649 jenis Pokemon semuanya.
  • Gen 1 (Pokemon Red/Blue/Yellow) mencakupi sejumlah 151 jenis pokemon secara total. 
  • Gen 2 (Pokemon Gold/Silver/Crystal) mempunyai sehingga 251 jenis pokemon  
  • Gen 3 (Pokemon Ruby/Saphire/Emerald) mempunyai pokemon tempatan sehingga 200 jenis, namun bila dikumpulkan semua jenis kepelbagaian boleh mencecah 378 jenis
  • Gen 4 (Pokemon Diamond/Pearl/Platinum) secara tempatannya mempunyai 150 jenis pokemon (gabungan baru dan lama) tapi pada tahap national jumlah semuanya sudah mencecah 493
  • Gen 5 (Pokemon Black/White) pula menambah bilangan sehingga jumlah akhir (649) terkini
  • Ada ura-ura menyatakan bahawa Generasi ke-6 pokemon akan muncul.. sila tengok trailer berikut Pokemon X and Pokemon Y  
Dalam banyak-banyak siri utama ni, aku paling suka siri terbaru Generasi ke-5 (Black/White) disebabkan jalan cerita yang lebih di luar jangkaan, ditambah pula satu ciri Pokemon World Tournament yang mana pemain berpeluang mencabar semua jenis gym leader dari siri generasi lalu. Dan yang terbaik sekali, Champion dari generasi lalu juga turut serta untuk mencabar..
"Isn't it interesting; although gen 5 starts in a totally new region, but you can opt to challenge all the best gym leader & even champion to test out your strategy ^-^ ok, i'm all excited thinking all this.." 
 Game yang lain aku buat entri lain la ye..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)