Sempena maulid Nabi..

Entri kali ni adalah bersempena peristiwa maulid Nabi, iaitu hari kelahiran Rasulullah s.a.w pada 12 Rabi'ul Awal..

Sambutan Maulidur Rasul ini amat digalakkan terhadap umat Islam bagi mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seterusnya melahirkan rasa cinta terhadap baginda.

Tentulah, dah lebih 1400 tahun sejak kewafatan baginda dan kita tak pernah pun berjumpa atau mengenali baginda.
"Bagaimana nak melahirkan rasa cinta terhadap Rasulullah kalau tak kenal baginda?"
Oleh itu, kita sebagai umat baginda sewajarnya mengambil tahu sirah baginda dalam menegakkan ajaran Islam. Terdapat banyak buku yang memerihalkan kehidupan dan perjuangan baginda dan sahabat. Selain itu, dalam pelajaran sejarah tingkatan 4 juga terdapat silabus mengenai perjuangan baginda.


aku rekomen buku ni. Mudah difahami!
Insya-Allah, pelbagai pengajaran yang nilai murni yang dapat dipelajari seperti mana firman Allah dalam kitabNya:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) orang yg mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Qiamat dan (orang) yg banyak mengingat Allah" (Surah Al-Ahzaab 33:21) (maksud ayat tersebut terdapat pada gambar pertama yang terserta dalam entri ni ^-^). 
Pada kesempatan ini, ingin aku kongsikan antara babak yang betul membuat aku terharu (lalu menangis walaupun baca banyak kali ayat yang sama) tentang peribadi mulia Nabi Muhammad s.a.w ni (Babak ini diambil dari buku Biografi Muhammad bin Abdullah seperti yang ditunjukkan di tepi ini):

-----<sedutan babak dari Biografi Muhammad>-----

Ketika awal dakwah baginda di kota Mekah, masyarakat Quraisy telah mencabar baginda agar mendatangkan mukjizat-mukjizat membuktikan kerasulan baginda, antaranya;
"Kami tidak akan beriman kecuali kami dapat melihat Tuhan dan Malaikat dengan mata kepala kami sendiri"
"Wahai Muhammad! Aku tidak akan beriman dengan kamu sehingga engkau dapat terbang di udara, itu pun tidak cukup, engkau mesti sampai ke langit di depan mata aku. Itu pun tidak cukup, engkau mesti bawa turun kepada aku kitab dari langit, kitab yang aku boleh pegang dengan tangan aku ini.."
Muhammad tidak menjawab persendaaan mereka kerana mereka bukan hendak beriman tetapi hanyalah hendak mempersendakan Muhammad dan Tuhan. Kerana rasul-rasul sebelum baginda juga telah dicabar untuk memperlihatkan mukjizat, tetapi akhirnya kaum kafir tetap tidak mahu beriman..

Ekoran dari perbualan tersebut, malaikat Jibril datang kepada Muhammad serta berkata;
"Wahai pesuruh Allah! Allah mengutuskan aku kepada kamu. Wahai pesuruh Allah, kalau engkau masih memberi tempoh kepada mereka, maka bersabarlah. Kalau kamu mahu datangkan segala yang mereka minta, (maka beritahulah dan) kami akan tunaikan. (Tetapi) kalau mereka tidak beriman sesudah itu, maka mereka akan dimusnahkan semuanya.. Pilihlah wahai pesuruh Allah"
Muhammad membalas;
"(aku akan bersabar) Bahkan aku mahu menangguhkan kepada mereka, semoga nanti Allah melahirkan daripada mereka (zuriat mereka) orang-orang yang beriman kepada Allah"  
--------<sedutan tamat>-------

Demikianlah betapa penyabarnya serta pemaafnya Rasulullah s.a.w terhadap kaum Quraisy tersebut, malah mendoakan yang terbaik buat mereka. Sementara kalau diamati kisah *rasul yang lain (eg. Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Syuaib dsb), pada satu tahap mereka hanya berserah kepada Allah lalu kaum kafir diazab. Tetapi tidak bagi Nabi Muhammad. Betapa mulia hatinya untuk menyelamatkan umat sekalian alam.

Tentulah, banyak lagi contoh teladan yang baik-baik, semuanya ada pada diri Rasulullah s.a.w. Tapi tak dapatlah aku kongsikan semua ^-^

Balik kepada topik asal, jadi apa yang perlu dilakukan sempena maulidur Rasul ni? Jom kita semak semula firman Allah yang berikut:
"Sesungguhnya Allah & MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan & kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya" (Surah Al-Ahzaab 33:56) - ni antara skrip khutbah ke-2 solat jumaat ^-^
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali sahaja nescaya Allah s.w.t. akan berselawat ke atas sepuluh kali" [HR Imam Muslim]

Antara perkara lain yang boleh dilakukan ialah menghidupkan sunnah Baginda. Terdapat banyak sunnah Nabi meliputi pelbagai aspek kehidupan yang boleh dicontohi.
 Katakanlah :”Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Al-'Imran 3:31)
"Barang siapa menghidupkan sunnahku maka ia telah mencintaiku, dan barang siapa mencintaiku maka ia akan bersamaku di syurga “ ( HR. Thabarani dari Anas ibnu Malik)
Jadi marilah kita bersama-sama melahirkan rasa cinta ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Bukan sekadar sempena Maulid Nabi sahaja, sebaik-baiknya sepanjang masa usia kita. Insya-Allah ^-^

-------------<section closed>---------------------

Perkongsian (link) lagu nasyid tentang Rasulullah (ada banyak tapi aku hanya menyenaraikan sebilangan sahaja:)
Link berikut pula adalah sekadar untuk lebih mengenali kehidupan baginda:
Ulasan terperinci tentang hukum sambutan Maulidur Rasul --> Hukum sambutan Maulidur Rasul 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)