Azam tahun 2013
Bila masuk tahun baru, tentunya ramai membincangkan tentang azam masing-masing.. Dan aku juga turut menetapkan azam baru agar kehidupan sepanjang tahun 2013 setidaknya mempunyai matlamat untuk diusahakan..
Sebelum menetapkan azam tahun ni, eloknya aku meneliti semula tentang azam yang lalu. jom buka diari kejap... ^-^!
Diary volume 10 (2011)
Sebelum menetapkan azam tahun ni, eloknya aku meneliti semula tentang azam yang lalu. jom buka diari kejap... ^-^!
Diary volume 10 (2011)
- mewarisi nilai (arwah) Wan untuk menyatukan ahli keluarga sekadar yang mampu
- menghormati & membantu mereka yang memerlukan
- menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan
- banyak-banyakkan senyum
Diary volume 11 (2012) - memperbaik solat! in syaa-Allah pelbagai nilai baik akan menyusul sekali.
- baca bacaan solat betul-betul
- jaga toma'ninah
- doa properly selepas solat
- sebaiknya kena berjemaah banyak
Jadi apakah aku dah berjaya merealisasikan azam-azam yang lalu? Kalau muhasabah sendiri, aku nak kata takde la 100% tercapai tapi In Sya-Allah sedikit demi sedikit ada kemajuan.. Jadi azam tahun ni meliputi tiga kumpulan sasaran ;) jom tengok fokus~
Fokus A - (kepada Allah) memperbaik solat! (level 2)
Kalau muhasabah spesifik bab ni, aku ada lagi masa-masa lemah iman dan sering lalai. Takpe, perlahan-lahan ke arah kesempurnaan solat.. Tambahan usaha yang ingin dicuba tahun ni:
- sempurnakan wuduk (sapu air betul-betul)
- baca tazkirah skit 5 min sebelum solat (agar insaf sikit dan solat betul-betul)
- elakkan solat di luar waktu (iaitu qada' solat sebab terlupa/tertidur)
Fokus B - (kepada manusia) menjaga hubungan baik
- Khasnya kepada ahli keluarga aku sendiri, dah lamanya aku berpisah jauh dari rumah. Jadi aku perlu meluangkan masa bersama mereka.
- Sejak bekerja dalam bidang professional (eg. doktor), aku perlu peka betapa perlunya sikap rendah diri dan hormat kepada orang lain; sesama rakan sekerja, ketua, senior, klien dan keluarga mereka dan lain-lain..
- berhubung kembali dengan kawan-kawan sezaman (Rantau, Sejaya, Sepintar, KMpK, UNIMAS) dan mengambil tahu perkembangan mereka
Fokus C - (untuk diri sendiri) terus memperbaik diri
Ringkasnya, aku berharap agar diri aku terus dipengaruhi dengan nilai-nilai iman dalam diri (eg. Sabar, Berani, Berkata benar, Adil dan semua la yang baik-baik), serta dijauhkan dari pengaruh yang tidak baik..
Ulasan