Rendah diri

"Tak suka betul aku dengan seorang MO tu! Mentang-mentang la pandai sikit dah berlagak gila!! semua nak dia menang je" - antara intipati luahan seorang staf di HKL 
Luahan ni merujuk kepada seorang MO (medical officer) yang agak baru di HKL, berpengalaman dan berkebolehan dalam aspek klinikal tapi perangainya tak begitu menyenangkan ramai orang. Jururawat, rakan sekerja, dan junior HO seperti aku juga mempunyai peristiwa tersendiri dengannya (tapi in sya-Allah aku tak simpan dalam sangat). Cuma untuk kepentingan dan pengajaran bersama, jom tengok fokus kali ni..

Fokus - rasa rendah diri
Berkata tentang rasa rendah diri, teringat aku akan satu nasihat dari pepatah Melayu:
"Hendaklah kita mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk..."
Episod 77 Wanted juga berkenaan sifat ini
Pepatah ini nyata sekali mendidik aku agar sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kelebihan. Jadi sepanjang kehidupan aku, aku sentiasa berusaha agar tak berlagak dengan kawan-kawan sekolah, universiti, sesuai dengan kemampuan aku. Kalau ada yang minta tolong maka, in Syaa-Allah aku berusaha untuk tolong habis-habisan..

Nota - aku pernah kemukakan persoalan merendah diri dan membantu orang lain dalam komik (sendiri) Wanted melalui beberapa episod (episod 6,77, 84)

Dan yang penting aku sentiasa beringat agar jangan sekali-kali merendahkan kemampuan orang lain, siapa tahu orang tersebut lebih baik dari sangkaan kita, malah mungkin Allah akan takdirkan bahawa dia pula akan tolong kita pada suatu hari nanti.. Ha, ada juga dalil dari Al-Quran (ni ayat penuh, tapi dalam entri ni aku nak fokuskan isi hanya kepada tulisan merah sahaja):
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yg lain, (kerana) mungkin puak yg dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yg lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yg buruk.(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yg melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (dari perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim" (Surah Al-Hujurat 49:11)
Walaupun dalil yang merah ni suruh kita agar tidak ejek orang lain, aku nak expand arahan tersebut kepada skop yang lebih meluas, iaitu dari aspek:
  1. isi hati - aku takrifkan perasaan kita sendiri terhadap seseorang itu (eg. benci, meluat dll)
  2. perkataan - seperti yang sedia maklum, kita janganlah kata orang lain "bodoh" dan sebagainya hanya disebabkan dia tak tahu buat sesuatu
  3. perbuatan (fokus entri ni!) - (yang aku faham) ni merujuk kepada sifat sombong dan bongkak seseorang terhadap orang lain. Yang mana, apabila kita diberikan kelebihan berbanding dengan orang lain, apakah perbuatan kita terhadap orang lain yang tidak ada kelebihan tersebut.. Ambil contoh, kita diberikan kelebihan mudah faham ilmu, jadi bagaimanakah tindakan kita terhadap orang lain yang susah nak faham ilmu..? Marah-marah dia? Abaikan dia? Ajar dia baik-baik supaya faham? 
Jadi demikianlah, melihatkan situasi ni membuatkan aku sering muhasabah diri. Adakah aku sendiri dah rendah diri ketika membantu orang lain.. Kot-kot ada yang berkecil hati juga ke >_<! jadi pada kesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri sekiranya aku pernah ter-'berlagak' dengan semua.. 

Jadi nasihat untuk diri (dan semua) agar jangan terlalu bangga diri sehingga merendahkan orang lain. Sedangkan kelebihan tersebut adalah milik Allah.. Sebenarnya Allah saja-saja 'uji' kita dengan kelebihan tersebut, seperti mana dalil berikut:
"(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.." (Surah Al-Jin 72:17)
Nasihat (gambar) ni turut mengingatkan aku kata-kata akhir dalam kebanyakan majlis ilmu;
"...Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri"
Dan antara pendirian yang selalu aku pegang ialah: bila mana kita tunjuk lagak pada orang lain, masa itu juga Allah akan tunjukkan kekuasaanNya mengatasi keupayaan kita (eg. time exam, kita rasa overconfident --> time tu la Allah akan tunjukkan betapa kita ni lemah dan tak tahu) >_<! Jadi pendirian ni serta-merta membuatkan aku takut untuk berlagak..

Sedar tak sujud juga melatih diri agar rendah diri
Some other stream of thought
Isi-isi berkenaan tadi adalah dari satu sudut pandangan, mari cuba fikirkan dari sudut pandangan pihak defendan (empathy mode); iaitu kenapa boleh timbulnya niat berlagak ni sebenarnya. Cuba bayangkan kita yang dewasa ni cuba untuk mengajar anak kecl ilmu kira-kira (matematik)? Bagaimanakah perangai kita agaknya ya?
"Soalan senang pun tak tahu nak jawab?" 
Aku percaya ramai akan memberikan reaksi (tekanan) sedemikian kepada si anak kecil.. Tapi tentulah, niat kita sebenarnya bukanlah untuk merendahkan kebolehan mereka, cuma kita ingin menimbulkan sifat berusaha serta potensi dalaman (kot) dalam diri masing-masing.

Tapi, tentulah pendekatan sedemikian tak sesuai digunakan terhadap orang dewasa.. v_v hmm.. menangani manusia ni perlukan hikmah..

---------------------
Banyak lagi post nasihat yang semoga bermanfaat, sila klik pautan laman --> Nasihat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)