dari O&G

Entri kali ni pun kita mulai dengan dalil dari Al-Quran la ye.. v_v
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Aku jua tempat kembali untuk menerima balasan" (Surah Luqman 31:14)
Memang tak dapat dinafikan lagi betapa benarnya dalil naqli yang disebutkan itu. Ketika bekerja di hospital bersalin baru ni, berkali-kali aku diingatkan betapa susah payahnya para ibu mengandungkan anak. Apatah lagi ketika active phase of labour, kerap sangat aku mendengar ibu-ibu ni mengerang kesakitan ketika bersalin.

Aku difahamkan perasaan sakit ketika bersalin ini adalah antara rasa sakit yang teramat sangat jika nak dibandingkan dengan semua jenis kesakitan di dunia ni. Dan hanya golongan ibu sahaja yang akan menanggung rasa sakit ni..

Pelbagai analgesic (maksudnya 'painkiller') seperti Entonox (N-O gas), Pethidine+phenergen, Nuvaine, dan Epidural Anaesthetic yang akan ditawarkan mengikut situasi dan kriteria tertentu, dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan si ibu-ibu ni.. Ada yang berkesan dan ada juga yang tidak berkesan..

Jadi, melihatkan suasana si ibu mengerang kesakitan bersalin tu, aku memang selalu menangis dalam diam. Betapa seksanya masing-masing menanggung derita tersebut >_<!
"Mungkin, macam ni la (arwah) Wan dulu ketika melahirkan aku pada 19 Mei 1988 dulu.." 
Namun, yang paling mengharukan si ibu ni secara automatiknya lupa langsung tentang kesakitan bersalin tersebut apabila mendengar tangisan si anak yang baru lahir. Apatah lagi bila mereka melihat si anak yang telah dilahirkan itu dengan penuh kasih sayang. Betapa besarnya pengorbanan pertama si ibu terhadap si anak.. Namun, bila dimuhasabah semula dewasa ni;
"Apakah pengorbanan aku sebagai si anak terhadap emak selama ini? Adakah emak berasa terbalas terhadap segala jasanya yang telah lalu?"
Secara jujurnya, aku sendiri bukanlah anak yang baik. Pernah dan selalu melukakan hati (arwah) Wan pada suatu masa dahulu. Jadi pengalaman melihat situasi ni membuat aku terfikir dan mula muhasabah diri.. Walaupun (arwah) Wan dah pulang ke rahmatullah, aku tetap berasa adanya amalan yang boleh aku lakukan sebagai anak, seperti mana hadith berikut: 
"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputusnya segala amalannya di dunia kecuali 3 perkara: (1) ilmu yang bermanfaat yang diajarkannya, (2) sedeqah jariah yang dilakukannya ketika hidupnya dahulu dan (3) anak soleh yang sentiasa mendoakannya" (Riwayat Muslim)
Mungkin itulah yang boleh aku lakukan untuk arwah sekarang ni.. Al-Fatihah~

Some other stream of thought
  • Aku pernah dengar bahawa ibu yang mengandung dan bersalin akan diampunkan dosa-dosanya sepanjang dia menanggung kesusahan tersebut. Betapa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
  • Sentuhan pertama aku terhadap perkara ni adalah hasil pengaruh komik doraemon (rujuk entri Aku suka doraemon) namun, tentulah aku perlu pegang kepada Al-Quran untuk kesan yang lebih mendalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)