komik "Ex"

(Entri ni sangat berkaitan dengan Hobi di meja tulis, jadi boleh rujuk balik untuk ingat semula)

Ex adalah komik bersiri yang aku lukis ketika tingkatan 5 (tahun 2005) sebagai hobi masa lapang (lantaran bersekolah asrama penuh, jadi hiburan sangat terhad maka aku pun melukislah).

watak utama siri Ex
Ceritanya berkenaan sekumpulan pelajar berlima (asalnya dari sekolah yang sama) kini menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh dengan peraturan dan disiplin yang lebih ketat.
"istilah Ex itu diambil dari perkataan 'ex-Segambut' iaitu merujuk kepada watak-watak utama ini adalah bekas pelajar Segambut (sekolah lama mereka)"
Siri komik ini telah dihasilkan sebanyak 25 episod kesemuanya (termasuk prologue dan intemeso). Tapi disebabkan sistem rekod/ penyimpanan yang tidak baik, maka karya ni telah hilang dan tak dapat dikesan lagi. Namun begitu, sekadar ringkasan tentang episod yang disampaikan oleh siri ni ialah:

  • Prologue : memperkenalkan semua watak Ex melalui program konsert nasyid dengan lagu tema Islam Hadhari oleh Fitrah Murni (nasyid sekolah) - vokalis utama Kash & Daus
  • Prologue (2) : pertemuan antara semua watak Ex selepas konsert nasyid
  • Episod 1 : peristiwa konflik Syed & Kash dalam perlawanan basketball, diakhiri dengan kemenangan Kash dan kecederaan Syed (spek pecah ^-^!)
  • Episod 2 : memperkenalkan watak Daus sebagai teman rapat Kash, melawat Syed di bilik sakit. masing-masing bercerita kisah di sekolah lama
  • Episod 3 : peristiwa konflik Syed & Akim dalam persaingan matematik. 
  • Episod 4 : Syed diberi kebenaran outing dari PK HEM untuk membuat cermin mata baru. Dan semua kawan lamanya ikut keluar sekali.
  • Episod 5 : Para watak utama melawat semula sekolah lama masing-masing. Background music In Team - Akrab Persahabatan  
  • Episod 6 - 10 : kisah bola budak-budak junior Form 1 Sepintar'2005 sebagai tanda penghargaan memberi sokongan moral dengan membaca dan mengikut hasil aku ni ^-^
  • Episod 11 - 12 : kisah bermula apabila Syed bermimpi ngeri diserang lembaga misteri. Kemudian, mereka dikejutkan dengan kelas mereka yang kacau bilau, serta tertulis pada papan tulis WANTED!! 
  • Episod 13 - 14 : kelas kacau bilau menimbulkan kekecohan, lagi-lagi apabila WANTED!! itu adalah satu-satunya trademark baju Syed (Daus tak pakai sebab tak bawa ke sekolah), maka Syed mula dipersalahkan. Tapi benarkah salah Syed?? 
  • Episod 15 - 16 : Disebabkan takde bukti lain, maka Syed 'terpaksa' menjadi pesalah dan dihukum gantung sekolah selama beberapa hari.. Dah la kena ikrar depan pelajar lagi (ni adalah sempena kes curi di sekolah --> kena ikrar). Maka Syed pulang la ke rumah, sementara tu malam Kash tumpang studi di meja Syed dan lalu tertidur sehingga larut malam, hinggalah datang satu lembaga..
  • Episod 17 - 18 : lembaga itu menyerang Kash! Kash pun bergelut melawan balik. Pertarungan hebat berlaku. Tapi saat-saat genting itu, Akim datang (nak kejut Kash) ke tempat kejadian. Maka perlawanan sengit pun berlaku! dan akhirnya lembaga itu pantas melarikan diri.
  • Episod 19 : Syed dah tamat tempoh gantung sekolah. Sejurus lepas kembali ke sekolah, kawan-kawannya menceritakan peristiwa serangan itu terhadap Syed. maka persoalan timbul sama ada pernah berlaku apa-apa sehingga membuatkan ada pihak yang ingin menyerang Syed..
  • Episod 20 : malam berikutnya, sekali lagi lembaga itu kembali berada di kelas Syed. Tapi kali ni, Syed dan kawan-kawan dah bersedia untuk ambush dan tangkap dia. Walaupun diserang berkali-kali, akhirnya lembaga itu dapat juga lari, tapi dengan meninggalkan satu nota "I'll be back"..  
Siri ni ditamatkan secara tergantung iaitu walaupun mereka tak tahu siapakah gerangannya orang tersebut dan apakah tujuannya "i'll be back" namun, kawan-kawan Syed menegaskan bahawa Syed tak keseorangan dan akan membantu di saat memerlukan.. 

Selain itu, siri Ex! Intemeso telah dihasilkan sebanyak 5 episod untuk menjelaskan tentang sebab peristiwa serangan itu. Berlatarkan masa prologue (konsert nasyid), cerita dipanjangkan lagi..
  • Episod 1 : sama je mcm prologue Ex, tapi lagu dipanjangkan sampai akhir episod
  • Episod 2 : Syed ke tandas sebentar sementara banyak lagi lagu nasyid didendangkan. Ketika di tandas, dia terdengar satu perbualan yang mencurigakan. Apakah itu?
  • Episod 3 : Ketika Syed ingin meneliti perbualan tersebut, dia terkantoi pula dengan orang tersebut, maka orang itu cuba menyerang untuk menutup mulut Syed. Pergelutan kecil berlaku.
  • Episod 4 : sehingga la Im datang menjenguk Syed (sebab lama sangat di tandas). Pergelutan terhenti dan orang itu lantas keluar menghilangkan diri ke khalayak ramai.
  • Episod 5 : sambung mcm prologue 2
trivia tentang komik Ex
Komik Ex ini boleh kata sebagai percubaan kepada siri Wanted! yang mana kebanyakan idea komik ini dicedok dan diperbaik semula dalam episod Wanted! misalnya: (ni kena rujuk koleksi komik aku kalau nak access ke semua episod wanted)
lembaga ingin serang
  • episod 1 (Ex) --> konflik Syed & Kash --> episod 27 (Wanted! 2nd wave)
  • episod 3 (Ex) --> tentang pertemuan Syed dan Akim (dan persaingan mereka) dikaji dan dikemas semula --> episod 21 (Wanted! 2nd wave)
  • episod 5 (Ex) --> menunjukkan Syed mempunyai kisah dengan kawan-kawan ketika di sekolah lamanya
  • episod 15 (Ex) --> babak lembaga ingin menyerang Kash yang sedang nyenyak tidur --> sebiji macam episod 74 (Wanted! season III)
  • episod 16 (Ex) --> Akim belajar seni mempertahankan diri ketika sesi KRS di sekolah lama dulu --> episod 33 (Wanted! 2nd wave)
Jadi, berdasarkan perkaitan sedemikian, boleh dikhabarkan bahawa siri Ex ni adalah sambungan bagi komik Wanted! apabila sampai masanya nanti. Kemungkinan adalah sangat tinggi. Namun, keputusan akhir masih belum ditetapkan lagi.. Apa-apapun, jom semak preview ni ^-^

Wanted! 4th edition dalam perancangan, mempunyai pengaruh siri Ex (maka adakah siri Ex akan remake semula).. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)