Hobi di meja tulis

comic in the making..
Bagi kawan-kawan yang mengenali diri ni, rasanya ramai sedia maklum bahawa aku suka melukis. Tapi takde la pandai melukis sangat, dan lagi pula lukisan aku lebih kepada bentuk kartun/komik (bukan lukisan potrait/ asal yang realistik)..

Aku menganggap melukis ni sebagai "hobi di meja tulis" je untuk mengisi masa lapang. Adakalanya aku melukis untuk menangani stress belajar / bekerja..
"Dan pada kala stres tu la banyak pula idea datang.." ^-^
Tapi, insya-allah aku akan jadikan melukis ni sebagai hobi terkawal, yang mana ada perkara-perkara penting dalam hidup ni yang akan diberikan lebih perhatian (maksudnya tak begitu obses sangat dengan asyik melukis je)..

Alang-alang dah selalu melukis, takkan la hanya lukis-lukis satu scene sahaja. Maka aku selalu tergerak untuk hubungkan lukisan-lukisan tersebut menjadi satu cerita maka terjadilah komik. Setakat  ni, memang banyak percubaan komik yang telah dilakukan, tapi semuanya tergantung gara-gara kurang ilmu pengetahuan.. Lagi pula, karya-karya tu semuanya hilang dan tak dapat dikesan lagi.. (sayangnya, sebab kalau baca balik boleh memberi idea & motivasi baru). Apa-apapun, antara karya/idea yang pernah aku cuba sampaikan ialah;
  • Sejaya Adventure (2003) - kisah ekspedisi ke pulau redang sempena kursus PMR, namun pelajar-pelajar dilanda musibah ketika perjalanan dan akhirnya mereka terdampar di satu dunia yang asing bagi mereka. Jadi masing-masing cuba untuk mencari jalan pulang..
  • Chrono Device (awal 2004) - Suatu ketika di masa hadapan, satu projek mesin masa sedang diuji. namun, makmal tersebut mengalami serangan organisasi jahat yang cuba merampas mesin masa.. dalam pergelutan itu, secara tak disengajakan mereka (orang baik) aktifkan mesin masa dan kembali ke zaman silam.. Jadi mcm mana nak pulang ni? (<-- ni memang idea dari siri Back to the Future)
  • Siri pendek Sepintarian (akhir 2004) - tentang kisah hantu (rekaan) di sekolah Sepintar 
  • Ex (2005) - 5 sekawan yang berpindah ke sekolah baru berasa agak sunyi sebab dah berpisah dengan kawan-kawan (sekolah lama). Mereka cuba menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru. 
Banyak percubaan tapi semuanya gagal >_<! Cuma komik siri Ex (2005) tu setidaknya aku berjaya menghentikan proses lukisan secara rasmi (iaitu dah siap sampai episod tertentu dan aku tulis nota henti). Oh ya, siri ni bertahan sebanyak 20 episod dengan tambahan 5 episod 'intermeso' (selingan)..

2013 adalah tahun ke-7 usaha komik ni..
Mutakhir ni, aku buat lagi komik Wanted! (2006 - 2019), buat masa ni, akan cuba diusahakan sampai habis.. Ringkasnya siri Wanted! ni mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang baru berpindah ke Kuala Lumpur, memulakan kehidupan remajanya di sekolah berasrama. Banyak peristiwa dan konflik berlaku melibatkan dia dan kawan-kawannya, dan kesannya dia lebih mempelajari erti kehidupan
"Siri komik ni adalah bersifat sentimental sikit sebab aku menyalurkan kenangan-kenangan silam yang pernah berlaku melibatkan diri dan kawan-kawan. Namun, perlu diingatkan bahawa kebanyakan aksi-aksi yang ada adalah lebih kepada rekaan semata-mata. Tak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati" - penulis/pelukis ^-^!
Dalam banyak-banyak percubaan, rasanya boleh dikatakan siri Wanted! ni adalah karya agung yang aku agak berpuas hati dengan pencapaian sebanyak 90 episod (4 muka surat setiap satunya) setakat ni.. dan kisahnya masih diteruskan, insya-Allah..

sisipan dalam Syifa'ul Qalbi isu34
Sementara itu, ada lagi komik side-quest yang aku buat secara kontrak je (maksudnya, apabila tamat tempoh masa maka aku berhenti) - sempena program komuniti dan juga terbitan surau.
  • Komik UPPS (2010/2011) - diterbitkan dalam setiap keluaran sejak isu 16-35 
  • CMPH (2010) - komik sempena kajian elektif tentang cardiovascular disease..
Alhamdulillah, sejak adanya teknologi internet ni, penyimpanan karya aku lebih berkesan & selamat. Jadi, bagi yang berminat nak baca, boleh la dapati karya aku ni di Koleksi karya aku (ni link ke photobucket)








alternatif lain ke karya aku adalah melalui blog ni juga (klik pada tab)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)