Jangan kalah kepada si kecil..

Hari ni ayah buat majlis doa selamat di rumah, maka diajaknya semula ahli keluarga nukleus (iaitu kami adik-beradik) agar berkumpul membawa keluarga masing-masing. Jadilah keluarga extended yang berkumpul pada malam ni. Dah lama tak jumpa semua sekali gus, banyak perkembangan berlaku terutamanya pada si anak buah aku ni..

Azalea dan Zikri berusia setahun
Fokus - walau si kecil pun, mereka juga sedang belajar..
Ketika mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ni, adakalanya pernah terlintas dalam fikiran untuk menyerah kalah dan inginkan kehidupan seperti bayi..
"Kan best kalau dapat kembali jadi baby. Kerjanya makan dan tidur je sepanjang hari.." - random thought
Tapi bila melihatkan anak buah aku yang kian membesar ni, aku dapati bahawa pemikiran tersebut dah salah. Rupanya realiti selalu tak seperti yang dijangka (Allahu Akbar)..

Pada mata orang dewasa, tentulah kita hanya nampak si kecil ni hanya makan dan tidur sedangkan kita yang dewasa ni terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ni. Kerja yang stress, masalah sosial/ kewangan lagi dll.. Namun akhirnya aku dah faham, sedang kita yang dewasa ni menjalani kehidupan, mereka ni juga terus berusaha untuk cepat belajar.. Ada yang cuba meneroka pelbagai tempat, cuba untuk berdiri/ panjat tangga, pendeknya mereka tak putus-putus untuk belajar agar dapat berdikari sendiri..
"Maka bukankah ini satu peringatan yang baik? Walaupun kita banyak kali jatuh, namun yang pentingnya kita perlu bangun dan terus belajar agar dapat memperbaik kehidupan kita ni. Sama la seperti si kecil ni, banyak kali jatuh ketika cuba berjalan (note - bagi si kecil yang tak pernah berjalan, berjalan ni adalah satu cabaran buatnya) namun tetap ingin supaya berjalan seperti orang dewasa.." (kalau tak suka contoh berjalan, kita boleh ubah kepada contoh lain eg. bercakap, naik basikal dll)
Menariknya ^-^ melalui budak ni pun terdapat pengajaran tersendiri. Allahu Akbar~
Jom sama-sama berusaha agar tidak kalah kepada si kecil..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)