Aku yang pendiam..

Kebanyakan orang lain akan mendapati aku ni seorang yang pendiam. Terutamanya, mereka yang baru nak mengenali diri ni..

Jadi melalui gambar (hadith) inilah penjelasan yang dapat aku berikan. Sampai hari ni, alhamdulillah aku masih pegang teguh pada hadith tersebut. Kalau nak ditulis semula tentang hadith;
Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam [HR Bukhari & Muslim]

Hadith yang ringkas tapi mempunyai mesej yang penting iaitu bahayanya lidah manusia ini dalam berkata-kata..


Selain itu, kita sedia maklum betapa bahayanya lidah ni dalam kehidupan seharian (ringkasnya tengok gambar berikut). Ada orang kata;
Although the tongue is a boneless structure, it still can even break one's heart (thus affecting his/ her life) >_<! 
Demikianlah perihalnya ^-^! betapa besar kesannya suatu kata-kata itu. Selain itu, perwatakan aku lebih kepada seorang 'pemerhati'; yang mana aku akan tengok dulu reaksi orang di sekeliling kalau dalam sesuatu situasi. Melihatkan reaksi semula jadi orang ramai, aku mula memikirkan kemungkinan hikmah/ rasionalnya di sebalik sesuatu perkara itu. Cukuplah mereka yang mengekspressikan perasaan semula jadi itu melalui kata-kata, sedangkan ada baiknya aku cuba fikirkan perkara tersirat di sebaliknya.

Namun, antara akibat (cons) yang perlu aku hadapi ialah orang ramai akan mendapati aku ni bukannya seorang yang lawak atau menarik sangat untuk diajak berbicara. Pada satu cara, ini juga salah satu cara aku menangani kata-kata pihak lain..
contohnya; orang ejek --> diam (no respon) --> tak best --> ejek tu berhenti.. (hubung ke post Jangan layan)
Insya-allah, aku akan muhasabah dan terus memperbaik amalan diri aku ni ^-^

Perkongsian menarik tentang nasihat yang berkaitan
Islamituindah.my - Lidah menentukan langkah ke syurga atau neraka

Some other stream of thought
Melalui sifat 'diam' ni la menjadikan aku sentiasa diperihalkan sebagai 'misteri' oleh kawan-kawan aku. Aku pasti ramai pernah dengar satu pepatah melayu "Diam seribu bahasa". Pepatah ni bermaksud benar. Berdiam diri membawa seribu makna bahasa. antaranya yang boleh aku sertakan..
Apabila kamu marah, hendaklah kamu diam...
Diam itu tanda setuju.. 
Kau ni apasal diam pulak ni? tak faham (tentang situasi yang berlaku) ke apa.?
Diam itu denial (tak dapat menerima hakikat / kebenaran)??
Terdapat beberapa pengelasan jenis diam berdasarkan islam, jom semak sini --> jenis-jenis diam

--- Sedikit diari hati ---

ميمڠ سوسه کالاو نق جومڤا اورڠ يڠ ماسيه منجاݢ کات٢ تۏاوتامڽ کتيک سدڠ ماره. نامون ڤارا ايبو باڤ جاڠن برڤوتوس اسا اونتوق منديديق انق٢ اݢر منجاݢ کات٢. سموݢ سواتو هاري ننتي لاهيرڽ ݢنراسي يڠ لبيه براخلاق موليا

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)