Pengurusan kewangan

Alhamdulillah ^-^ yeah, buat kali pertamanya aku dapat gaji sejak bekerja (kali pertama juga) sepanjang aku hidup sampai sekarang. Walaupun jumlah gaji tak seberapa sangat la kalau nak dibandingkan dengan gaji kerja-kerja yang hebat, namun pengalaman 'dapat gaji' tu sudah cukup menarik bagi pendapat aku ^-^
"first experience is always intriguing..." - Syed (Wanted! episode 26)
Ok, jom tengok fokus untuk entri ni..

focus - rancangan pengurusan kewangan
carta aliran pengurusan kewangan
Sejak zaman universiti lagi aku dah membentuk satu sistem pengurusan kewangan agar tak terlalu boros sehingga habis duit untuk masa-masa genting nanti. Ringkasnya, jom tengok carta aliran yang disisipkan sekali..

Jadi sebarang bentuk pendapatan sama ada hasil titik peluh kerja atau pun daripada ibu bapa, aku telah menggariskan panduan menguruskan wang tersebut. Biasanya aku akan bahagikan kepada simpanan jangka panjang dan jangka pendek.

Untuk simpanan jangka panjang (sila rujuk gambar) pembahagian besarnya adalah 30-40% dari jumlah wang perolehan. Kemudian lagi dibahagikan kepada dua simpanan utama iaitu ASB dan Bank Islam+Tabung Haji. Seperti yang dirancang, kedua-dua kumpulan simpanan ni adalah untuk kegunaan pada masa akan datang (eg. beli kereta / rumah, pergi haji, rancangan berkahwin dll). Jadi in sya-Allah, aku tak nak kacau langsung duit yang dah disimpan ni.

Sementara simpanan jangka pendek adalah bakinya iaitu lebih kurang 60-70%. Keutamaan diberikan kepada penggunaan sebagai wang saku. Ini mencakupi duit makan, pengangkutan (minyak, servis atau pengangkutan awam seperti bas/tren), bayaran yuran/ bil dan tak lupa juga untuk hiburan (kalau tiba-tiba rasa nak tengok wayang / main boling dan lain-lain). Baki penggunaan wang saku tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan yang mana akhirnya disalurkan ke CIMB. Sementara kadar wang yang tak termasuk dalam 'wang saku' akan terus disalurkan ke Maybank. Setakat ni, mindset aku adalah:

  • CIMB - tabung elektronik (iaitu kalau nak keluar duit untuk beli apa-apa barang jangka terdekat)
  • Maybank - interaksi online (biasanya kalau nak beli tiket flight) dan kad debit
----------------------------------------------<section closed>---------------------------------------------
Sistem yang difikirkan ini hanyalah sebagai garis panduan saja. Tak semestinya aku pasti lakukan sepanjang masa (tentulah, adakalanya aku akan pejam sebelah mata dan buat apa saja ^-^! kena fleksibel sikit bergantung kepada situasi dan keperluan).

Namun, umumnya aku bersyukur kepada Allah kerana diberikan kehidupan yang mencukupi. Sure, aku tetap juga mempunyai keinginan hati untuk memilik pelbagai barangan, namun kebanyakan keinginan tersebut adalah sekadar kehendak yang masih boleh dikawal.

Other stream of thought
Ketika tulis entri ni, serta-merta aku diingatkan bahawa antara sifat semula jadi manusia ialah "tidak pernah merasa puas dengan harta". Seperti mana hadith berikut (ada banyak hadith tentang hal tersebut tapi aku ingin berkongsi salah satu darinya):
Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat.” (Riwayat Bukhari no. 6438) 
Ya Allah, aku memohon agar sentiasa tergolong dalam golongan yang zuhud v_v
Astaghfirullah, sekiranya terdetik dalam hatiku untuk bermegah-megah dengan harta yang ada..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)