Multi-objective!

Entah sejak bila, sebelum aku tekad untuk melakukan sesuatu, aku akan pastikan adanya matlamat pelbagai (multiple objective) v_v jom teliti trigger untuk entri kali ni..

Trigger for this entry
Sejak tamat pengajian di UNIMAS pada Oktober 2012, aku perlu menunggu surat perlantikan jawatan doktor perubatan serta surat panggilan induksi untuk memulakan kerja rasmi doktor (tentulah, adanya beberapa borang yang perlu diisi dan perkara yang perlu diselesaikan). Diperihalkan surat ni tidak diketahui bila sampainya. Ada ura-ura menyatakan lebih kurang 2 bulan lebih sebelum langkah seterusnya. Jadi, sementara menunggu tu, aku memilih untuk bekerja sementara. Ada pihak yang berbahas;
"Kenapa susah-susah nak kerja? nanti bila dah start kerja doktor, kau dah tak ada masa relax lagi dah.." (antara isi/ idea yang cuba dibahaskan)
Maka, untuk menangkis idea bahasan ini aku perlu menyediakan beberapa matlamat yang diperlu dicapai dari pilihan aku tadi.. Antara matlamat aku kali ni;
  • Mencari pengalaman bekerja di bawah majikan (untuk mendapatkan sedikit sebanyak idea tentang suasana bekerja secara rasmi kelak, inSya Allah v_v iaitu berkaitan dengan tekanan, pembahagian masa dll) - lagipun, aku memang tak ada pengalaman bekerja langsung sebelum ni
  • Menjana pendapatan (sementara) sendiri - walaupun aku masih lagi di bawah jagaan & saraan bapa, namun aku berniat untuk cuba mencara wang sendiri. Aku percaya duit titik peluh dan kerja keras sendiri lebih menyedarkan kita agar lebih menghargai nilai wang dan tidak membazirkan sewenang-wenangnya..
  • Bantu jaga pemakanan - kalau ikutkan kehidupan "berehat saja di rumah", tentunya aku akan makan berlebihan serta kurang bersenam
Dan beberapa manfaat lain yang aku tak sangka datang sekali;
  • Dari aspek sosial, aku dapat melatih diri untuk berkomunikasi dengan orang lain. Pertamanya, dari segi bahasa (ada orang speaking english, sedangkan orang tua pula perlu kepada etika yang lebih sopan), keduanya pula adalah memahami kehendak/ situasi orang lain (kita mula bersifat empati) serta melihat ragam yang pelbagai dari pelbagai pihak..
  • Dan juga, dah lama tak memandu kereta ke tempat kerja lagi pula jalan dalam KL ni. Secara jujurnya, aku tak begitu berkeyakinan dalam memandu kereta. dalam episod kerja ni, setidaknya melatih keyakinan diri serta memperluas road-map di KL ^-^ satu latihan yang baik.
Namun, aku akui dan bersetuju pendapat/ bahasan pihak lain tentang betapa perlunya berehat dan membuat persediaan mental sebelum bekerja mutlak. InSya Allah, itu tak menjadi masalah, asalkan aku sendiri menyediakan masa rehat yang diperlukan sebelum bekerja nanti.. Semoga waktu rehat yg diperuntukkan nanti lebih dihargai dan dimanfaatkan..

-----------------------------------------<section closed>--------------------------------------------------

Demikianlah antara contoh yang dapat aku selitkan bagi entri kali ni. Melalui matlamat yang pelbagai ni, setidaknya kita takde la rasa kecewa sangat kalau-kalau satu objektif tunggal tak tercapai.. (dengan kata lain, amalan ni InSya Allah membantu kita agar lebih berfikiran terbuka untuk sesuatu aktiviti)..

Nasihat/ idea yang cuba disampaikan kepada pembaca ialah; "kalau boleh, set up beberapa matlamat yang perlu dicapai setiap kali hendak melakukan sesuatu aktiviti/ perbuatan. Walaupun matlamat mungkin nampak tak penting, tapi secara psikologinya membuatkan kita bersyukur dengan takdir yang berlaku kelak.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)