Maksud nama..

Sekali lagi aku mendapati bahawa maksud tersirat di sebalik nama aku terserlah ketika menjalani kehidupan seharian. Apa yang berlaku kali ni ialah aku menunggang skuter dengan lampu yang malap serta signal yang tak berfungsi. Jadi dah malam-malam ni kalau di jalan raya yang sibuk kena la super berhati-hati sikit >_<! Alhamdulillah, sebab aku selamat mengharunginya dan tulis entri ni..

Fokus - Nama itu suatu doa..

Untuk pengetahuan semua, Hazran itu adalah dari kata dasar Ha-dza-ro (حذر ) iaitu perkataan arab yang bererti "berhati-hati". Mungkin ada maksud yang lain, tapi setakat ini, aku diberitahu bahawa begitulah maksud nama aku. Sementara Syed pula adalah dari ejaan sin-ya'-dal (سيد) yang membawa maksud "tuan (ketua)". Jadi kalau frasa nama "Syed Hazran" bermakna "ketua+berhati-hati".

Sepanjang usia aku sampai sekarang, aku perasan betapa maksud nama aku ni begitu menyerlah. Pelbagai tindakan aku disertai dengan sifat hati-hati. Dan tentulah, aku juga hanya manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan, ada masanya aku berlaku cuai dalam tindakan aku v_v namun, aku boleh katakan bahawa aku lebih berhati-hati dalam kebanyakan aktiviti. Antaranya:

  • ketika berbicara - aku berhati-hati dengan perkataan aku sehingga menyebabkan diri aku lebih banyak berdiam diri (rujuk entri Aku yang pendiam..)
  • ketika menulis (eg. status facebook, topik blog) - banyak kali aku ulangkaji dan memikirkan kesan dan akibat bagi tulisan aku.. maka jadilah status facebook hanya 2 kali sehari je dan blog ni pun cuma sehari sekali (paling maksimum pun). Serta, insyaAllah, aku juga memberi perhatian kepada aspek ejaan dalam tulisan. 
  • ketika membuat keputusan - pun boleh kata antara perkara yang paling susah untuk aku lakukan (boleh kaitkan dengan entri Decisions, decisions..)
Sampai sekarang, aku yakin bahawa panggilan nama adalah satu bentuk doa kepada pemilik nama tersebut. Maka setiap kali nama kita dipanggil/disebut (dengan sempurnanya), maka masa tu la kita didoakan agar mendapati seperti maksud nama masing-masing. Seolah-olah kita diberikan hidden ability melalui doa tersebut. Menarik, kan? 
Wanted! (episod 1) pun ada sentuh nama
"Hazran is my name after all v_v at times, its meaning may slow attempts and progresses.. however, at the end i am truly grateful to be given this ability. Alhamdulillah ^-^ and thank you Mom and Dad for this wonderful name.. (name --> it's a doa whenever you say it --> specially enhances certain ability/characteristic depend on its meaning)" - status facebook pada 9 November 2012
Namun, persoalan misteri terlintas di fikiran aku: Sejak sekolah rendah lagi, kawan-kawan aku dah sebut nama aku Syed dengan salah (bunyi "shed", iaitu sama sekali tidak mengaktifkan maksud asal nama aku) sedangkan jarang sekali mereka memanggil aku dengan nama "Hazran" (nisbah 1:10). Maka misterinya kenapa sifat berhati-hati (حذر ) aku ni begitu menyerlah walaupun keadaan sedemikan? Mungkin ke nama ni tak terhad kepada panggilan sahaja, iaitu ia juga apply setiap kali kita tulis nama sendiri di buku tulis (ataupun guru kita baca nama kita dari senarai nama pelajar). Wallahu a'alam~ v_v

Apa-apa pun, berbincang tentang nama/ panggilan ini serta-merta membuatkan aku ingin berkongsi satu nasihat dari Kalam-ullah (Al-Quran):

"Wahai orang-orang yg beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yg lain, dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yg melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yg tidak bertaubat (dari perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim (surah Al-Hujurat 49:11)
Walaupun masa dulu-dulu aku jahil lagi tentang nasihat ni, tapi boleh kata itulah asasnya kenapa aku bebas dari budaya "mengejek nama bapa orang" di sekolah dulu
"Jangan dilayan ejek-ejekan mereka itu. Bila tak dilayan, mereka akan berhenti penat la nanti - entri baru jangan layan ^-^! (kemaskini 30.5.2018)
Sementara itu, jom panggil nama baik-baik ye kawan-kawan! Doakan yang baik-baik saja.. 
"Hampir semua kawan-kawan aku panggil mereka "legend"? mungkin ke tu sekadar hakikat atau suatu doa?  Wallahu a'lam- entri istilah "Legend" 
Some other stream of thought
Kalau diteliti, tiap-tiap sesuatu dijadikan secara berpasangan. Begitu juga sifat baik, pasti disertai dengan kesan negatif. Kalau ikutkan pengalaman aku, dari sifat berhati-hati kalau keterlaluan akan menyebabkan membazir masa untuk membuat keputusan, atau dalam sesetengah situasi akan membawa kepada tidak produktif  atau menyusahkan diri sendiri.

Allahu Akbar~


---------------------------------------

untuk Siri Nasihat yang lain dalam blog ni aku dah kemaskan semua dalam page (laman) -->  Nasihat. Semoga bermanfaat..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)