Adik angkat...

Kalau berdasarkan entri lalu, mungkin ada yang dapat idea bahawa aku ni kira berkawan dengan budak-budak (dengan kata lainnya ada adik angkat). Perihal adik angkat ni aku ada sejarahnya yang sudah bertahun lamanya. Pada asalnya aku memang tak pernah jangka bahawa aku selesa berkawan dengan junior atau yang muda-muda ni. (note - istilah kawan dalam ayat tadi merujuk kepada orang luar, iaitu mereka yang tak pernah ada ikatan persaudaraan dengan kita secara langsung. Jadi maksudnya kalau saudara/ sepupu yang berbeza umur tu tak apply dalam pendirian ni) wujudnya perasaan seniority tu datang dalam diri aku bila adanya perbezaan umur. Dan yang tak bestnya, ni pun turut apply pada kawan-kawan yang lompat PTS (pernilaian tahap satu) juga.
"entah, pada suatu sudut aku berasa bahawa mereka ni budget hebat sebab menganggap kita macam kawan biasa (tak hormat). Tak suka betul aku bila fikirkan kemungkinan ni" - ego tahun 2002 
Namun, untuk pertama kalinya aku ada adik angkat ni. Kalau diimbau semula pertemuan kami;
  • Nazham, 2003 - ada satu sambutan di sekolah, masa tu dia belanja aku air Milo kantin bungkus (dia beli 2 bungkus la, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk aku), untuk dibawa makan tengah hari di dewan makan asrama (biasanya dewan makan ni bagi air kosong je masa lunch) . Namun, masa di dewan makan tu, dia terjatuh dan air milo dia pun tumpah. Tengok-tengok dia sedih tu, aku pun bagi la semula air milo yang dia belanja tadi. Maka sejak tu, hari-hari dia datang jumpa aku dan ikut je ke mana aku pergi ^-^! adoi~
Demikianlah kali pertama interaksi peribadi aku dan junior. Melalui peristiwa tersebut aku semakin mengerti dan secara beransur-ansur pendirian aku ni berubah. Aku pun tak dapat ingat apa puncanya, tapi itulah yang berlaku. Dan tanpa sedar, aku semakin selesa berkawan dengan junior. Dan, kehidupan di SBP semakin meluaskan skop bersahabat aku betul-betul melibatkan junior pula ^-^
  • Raja dan Faiq, 2004 - ni antara dua orang junior yang aku jumpa ketika mula-mula masuk SBP dulu. Mereka ni jiran sebelah dorm aku. Sebab mereka ni junior form 1 yang tak biasa dengan kehidupan asrama, maka kena la juga aku beri sokongan moral sikit (meluangkan masa di surau/ dorm, main sama-sama dll)
  • Najmuddin, 2005 - sama juga, mereka ni junior form 1 yang baru masuk. Sementara kawan-kawan batch aku asyik ragging semua junior, aku setidaknya berperanan supportive skit agar mereka gah meneruskan kehidupan di SBP
Jadi, tamatlah kehidupan berjunior di sekolah. Masa matrikulasi (KMpK) dah takde junior dah. Tapi sebabkan lokasi KMpK ada masjid, setiap kali solat jumaat pelajar iGop akan datang tumpang solat. Dan-dan tu juga aku kenal lagi seorang.
  • Banin, 2006 - masa duduk dengar khutbah, aku perasaan kat spot aku tu mesti ada sorang budak iGop ni. Dah jumpa banyak kali, aku tegur-tegur la juga. Dan akhirnya berkenalan la jugak..
Di universiti junior tetap ada, tapi kali ni junior dah pandai bawa diri. Aku tetap berkawan dengan semuanya tapi takde la sampai begitu prihatin seumpama adik. Tapi:  
  • Azizul, 2010 - entah macam mana, ketika aku melawat sekolah rendah lama di terengganu masa cuti antara Y3-Y4, aku diarah bagi motivasi pula kat murid. Lepas tu, dia ni la mula berhubung dengan aku untuk berkongsi pengalaman (ni muka pun aku tak tahu, sampai la bila tengok facebook dia)
  • Syahmie, 2012 - terbaru aku kerja part time jadi guru tuisyen budak darjah 3 ni. Entah pada satu tahap, kami jadi semakin rapat pula..
Jadi itulah dia antara 'adik angkat' aku setakat ni. Mereka ni bukan la di'angkat' secara rasmi, cuma aku lebih kepada tengok-tengokkan kalau mereka ada masalah semasa je. Malah interaksi kami hanya terhad kepada borak-borak berkongsi pengalaman, berhubung SMS/emel (untuk bertanya khabar), dan adakalanya teman bermain atau tengok cerita sama-sama.. takde yang lebih :P 
"I often look up to this young generation, hoping that they will grow to be good person later in the future. So i will try my best to help them in some way for that purpose. Once they are mature and able to manage on their own, then that will be the time i will leave them without worry"
Other stream of thought
  • Sementara itu, berkawan dengan generasi muda ni boleh mengingatkan aku semula tentang nilai-nilai baik dalam kehidupan. Naif, adil, berani, rajin dll... semua nilai tersebut biasanya dipelajari dan terus diamalkan oleh mereka tanpa bias.. mungkin, aku sangat perlukan peringatan sebegini agar tak hilangnya harapan terhadap dunia ^-^!
"every so often, they are good reminders to things that we may forgotten/ missed out.."
  • mungkin juga, dari satu sudut dalam hati ni, aku inginkan seorang adik kecil ^-^! i wonder.. 
Ada satu lagu yang lantas membuatku teringat / rindu pada mereka masing-masing..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)