Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Jangan layan

Imej
Baru-baru ni aku jumpa komik nasihat di laman facebook karya  (FB) MFR Studio Ibn Mukhtar "Komik-komik yang disiarkan oleh pengkarya ini bagi aku sangat jelas tidak bertapis, tapi memang ada mesejnya di situ. Mana yang baik dijadikankan teladan, mana yang buruk dijadikan sempadan.." Jadi karyanya kali ni adalah berkenaan (komik) Tips Terbaik Berhadapan Orang Bodoh , maka aku kongsikan beberapa halaman komik tersebut beserta isi nasihatnya.. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MO-ship cardiac (Daycare)

Imej
"Dalam banyak-banyak tempat bertugas (post), aku paling suka kerja di daycare.." Entri blog kali ni adalah sambungan siri kenangan aku bekerja di PJHUS. Kali ni berkenaan kerja di daycare pula.. Fokus : MO-ship cardiac (daycare) Daycare terjemahannya ialah (unit) rawatan harian. Pesakit akan datang dari awal pagi untuk menjalani prosedur elektif (elektif maksudnya 'secara terancang' / lawan bagi perkataan emergency iaitu secara tidak terancang) . Bagi hospital ini, prosedur yang dirancang ialah coronary angiogram. Prosedur coronary angiogram  (aka COROS) ialah satu prosedur diagnostik dan therapeutik bersifat invasif (iaitu melibatkan pendedahan struktur dalaman badan terhadap instrumen/peralatan) yang bertujuan untuk menilai struktur salur pembuluh darah (artery) jantung. Prosedur ini dilakukan melalui urat tangan (radial) atau urat kaki (femoral) dengan bius setempat, selama satu jam lebih kurang dengan penggunaan pewarna dye dan Xray..

MO-ship cardiac (DSCT & INR)

Assalam & bertemu kembali, entri ni adalah sambungan siri kenangan bekerja di PJHUS , sebelum ni aku dah ceritakan tentang peranan kerja sebagai MO iaitu; Oncall 1   Oncall 2 Passive Clinic Fokus : MO-ship cardiac (INR & DSCT) a) INR  Seperti sesi klinik, INR juga bertempat di klinik yang sama.  Cuma bezanya dari aspek masa, INR clinic adalah pada waktu petang (2pm - 5pm). masih pada hari Isnin, Rabu, Jumaat (nota : hari Selasa & Khamis tempat klinik ada slot klinik paediatrik.) Dari aspek giliran, kumpulan cardiac dan cardiothoracic telah bersetuju untuk berselang-seli untuk bertugas di INR clinic. Maksudnya kalau pada hari Isnin kami dah bertugas, maka slot seterusnya pada hari Rabu adalah tanggungjawab kumpulan cardiothoracic pula.. Dan begitulah seterusnya..

MO-ship cardiac (Clinic)

Imej
Sambung kenangan kerja di PJHUS.. Sebelum ni ada entri aku berkenaan peranan watak utama MO bagi sesuatu hari iaitu Oncall 1 , Oncall 2 , Passive .. Mereka inilah watak penggerak utama dalam sehari di PJHUS. Namun, masih ada watak/peranan MO yang lain yang turut menyumbang dalam kerja seharian di hospital ni.. Fokus : MO-ship Cardiac (Clinic) Cardiac clinic beroperasi pada sesi pagi setiap hari sebenarnya. Namun ada hari-hari tertentu khas untuk pesakit tertentu sahaja. Jadualnya adalah seperti berikut: General cardiac clinic : (pagi) Isnin, Rabu, Khamis PPM clinic : (pagi) Selasa & Khamis "PPM clinic adalah clinic pacemaker, khas untuk temujanji pesakit-pesakit yang bergantung pada device jantung (seperti PPM permanent pacemaker/  CRTD cardiac resynchronization therapy device / AICD automatic implantable cardiac defibrillator).. Biasanya clinic ni beroperasi di bawah penyeliaan pakar sebab melibatkan device check / calibration. Jadi MO tak berperanan ketika sesi

Burger O Myy (AkuRasa)

Imej
"Need to keep this blog going somehow.." Bismillah~ Jadi entri kali ni adalah percubaan pertama aku blog melibatkan makanan. Terbaru ni aku melawat kawasan Kota Samarahan untuk urusan perpindahan rumah. Oh ya, aku dah bertukar tempat bertugas, tidak lagi berkhidmat di PJHUS, tapi mencari pengalaman baru dalam suasana klinik pula.. Jadi, sedang-sedang mengemas barang-barang di rumah lama untuk berpindah, maka rasa lapar pula. Keadaan dapur rumah tidak lagi cook-able (boleh masak), jadi aku dan isteri pun keluar untuk mencari makan di luar.. "Jarang makan di luar sebab isteri sangat pandai memasak.. Banyak masakannya sedap.." Fokus : Burger O Myy (Samarindah) Pernah terbaca di laman sosial Facebook Burger O Myy suatu masa lalu tentang promosi kedai ni. Ada cuba datang sekali (lepas marghrib), tapi nampaknya salah timing sebab ramai orang!! Kedai ni beroperasi 4pm sampai 1am Isnin sampai Sabtu (Ahad cuti) Kali ni aku datang awal sikit. (Kebetulan pagi ta

MO-ship cardiac (Passive)

Imej
Bismillah, sebelum ni aku dah ceritakan tentang peranan utama cardiac MO oncall 1 dan oncall 2 , jadi selain watak utama ni ada seorang lagi watak penggerak kuat Cardiac MO dalam sesuatu hari bekerja MO-ship cardiac : Passive @ CRW2 Jadual kerja passive ialah 8am - 9pm (weekday), 8am-12pm (weekend) Aku diberitahu tugas utama passive ialah membuat senarai pesakit yang akan menjalani angiogram untuk esok hari. Jadi passive akan mengikut round bersama specialist dan kenal pasti pesakit yang berpotensi (stabil) untuk menjalani prosedure angiogram.. "Namun aku percaya bidang tugas passive lebih adalah dari membuat senarai pesakit. Aku perasan ada rakan sekerja aku hanya mementingkan membuat senarai sampai mengabaikan isu pesakit acute..  " Antara bidang tugas passive yang lain ialah Escort pesakit ke hospital umum (nota - oh ya PJHUS adalah hospital yang berasingan dari hospital umum SGH, jadi rujukan kes bukan cardiac misalnya kes orthopedic atau mata perlu diruj