MO-ship cardiac (Clinic)

Sambung kenangan kerja di PJHUS..

Sebelum ni ada entri aku berkenaan peranan watak utama MO bagi sesuatu hari iaitu Oncall 1, Oncall 2, Passive.. Mereka inilah watak penggerak utama dalam sehari di PJHUS. Namun, masih ada watak/peranan MO yang lain yang turut menyumbang dalam kerja seharian di hospital ni..

Fokus : MO-ship Cardiac (Clinic)
Cardiac clinic beroperasi pada sesi pagi setiap hari sebenarnya. Namun ada hari-hari tertentu khas untuk pesakit tertentu sahaja. Jadualnya adalah seperti berikut:
  • General cardiac clinic : (pagi) Isnin, Rabu, Khamis
  • PPM clinic : (pagi) Selasa & Khamis
"PPM clinic adalah clinic pacemaker, khas untuk temujanji pesakit-pesakit yang bergantung pada device jantung (seperti PPM permanent pacemaker/  CRTD cardiac resynchronization therapy device / AICD automatic implantable cardiac defibrillator).. Biasanya clinic ni beroperasi di bawah penyeliaan pakar sebab melibatkan device check / calibration. Jadi MO tak berperanan ketika sesi klinik ni.."
  • Paeds clinic : (petang) Selasa & Khamis dilaksanakan oleh jabatan paeds kardiologi 
Tapi MO akan bertugas hanya general cardiac clinic. Tentulah, pakar cardiologist akan turut bertugas di sini selain kami. Tugas di klinik lebih kurang macam klinik-klinik yang lain:

New case (kes baru)
Biasanya kes baru datang dari 2 sumber rujukan, sama ada
  1. Dari hospital luar - pesakit pernah dimasukkan di wad hospital daerah (eg Serian/ Miri) ketika mengidap penyakit jantung, mendapat rawatan awal di hospital tersebut. Kemudian, pesakit dirujuk ke PJHUS untuk siasatan lanjutan (berkenaan masalah jantung). Jadi mereka akan diberi tarikh temujanji di klinik secara outpatient
  2. Dari emergency (bukan kes emergency hari yang sama)- mungkin tak lama dulu, pesakit pernah tiba di emergency PJHUS. Penelitian awal dah dibuat oleh MO Oncall masa tu, kemudian pesakit itu dibenarkan pulang (mungkin bukan serangan jantung ketika di emergency), namun MO berasa pesakit ada risiko penyakit jantung dan perlu disiasat lagi.. Jadilah pesakit tersebut datang lagi untuk siasatan lanjutan
Bagi pesakit baru sebegini, MO pun turut sama teliti kes pesakit. Kemudian kes akan dibawa berbincang dengan pakar kardiologi untuk tindakan lanjutan. Keputusan perbincangan akan dibentangkan kepada pesakit. Kalau pesakit faham dan setuju, maka bolehlah pelan tindakan boleh dilaksanakan..
"Misalnya kes lemah jantung (heart failure) perlukan siasatan lanjutan; adakah lemah jantung itu disebabkan masalah saluran jantung (coronary artery disease) ataupun bagaimana..? Jadi untuk pastikan, siasatan lanjutan sangat perlu seperti angiogram.."
Follow up case
Selain kes baru, klinik ni memang ada pesakit yang follow up untuk masalah jantung. Mungkin tindakan rawatan jantung dalam progress, jadi dari semasa ke semasa, pesakit perlu datang temujanji untuk bertanya khabar dan keadaan..
"Masa ni, ramai pesakit salah mind-set. Mereka selalu menganggap apabila temujanji dengan klinik pakar, semestinya mau jumpa doktor pakar (tak nak jumpa MO)..
"Saya faham semua ni! Kita nak pastikan (pesakit) dapat rawatan terbaik (dari doktor yang pakar).." (sila baca gaya iklan trivago~).
"Tapi hakikat sebenarnya semua pelan rawatan adalah digariskan oleh pakar kardiologi sama ada pelan baru atau lama. Oleh sebab itu, dokumentasi dalam fail pesakit itu penting, dan fail pesakit tak boleh hilang (kerana terdapat rekod pelan rawatan oleh pakar), jadi doktor secara umumnya akan tengok balik pelan tersebut dan optimumkan setakat mana yang boleh. Sekiranya timbul permasalahan baru (misalnya ada symptom jantung yang baru), kes akan sekali lagi dibawa berbincang dengan pakar kardiologi, kalau-kalau perlu tindakan segera."
Bagi kes yang stabil pula, biasanya apabila semua pelan perawatan dah pun terlaksana, pesakit sangat stabil, takde lagi masalah/simptom jantung. Maka pada masa tu, doktor akan berbincang dengan pesakit sebelum dilepaskan (discharge) ke klinik kesihatan biasa yang berhampiran untuk susulan..
"Tentang hal ni, satu lagi cabaran; Yang mana, kebanyakan pesakit sudah jadi terlalu selesa untuk terus berjumpa di cardiac clinic. Terkadang mereka berdegil untuk terus tinggal di sini..
"Namun, hakikatnya PJHUS adalah satu-satunya hospital tertiary jantung yang ada di Sarawak. Saban hari, semakin ramai pesakit dirujuk datang ke sini dari pelbagai tempat (Miri/Bintulu). Oleh itu, dapat dibayangkan semakin lama semakin padat jumlah pesakit yang datang berjumpa doktor. Untuk mengelakkan kesesakan pesakit pada masa hadapan, doktor akan memilih untuk melepaskan siapa-siapa je yang sihat stabil setelah sekian lama.. Kalau ada apa-apa masalah baru, mestilah PJHUS akan terima kembali.."
bersama staf clinic

 ----------------------------------------------------------
Oklah, sampai sini sahaja entri tentang clinic.. sambung next episode..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)