Burger O Myy (AkuRasa)

"Need to keep this blog going somehow.."
Bismillah~

Jadi entri kali ni adalah percubaan pertama aku blog melibatkan makanan. Terbaru ni aku melawat kawasan Kota Samarahan untuk urusan perpindahan rumah. Oh ya, aku dah bertukar tempat bertugas, tidak lagi berkhidmat di PJHUS, tapi mencari pengalaman baru dalam suasana klinik pula..

Jadi, sedang-sedang mengemas barang-barang di rumah lama untuk berpindah, maka rasa lapar pula. Keadaan dapur rumah tidak lagi cook-able (boleh masak), jadi aku dan isteri pun keluar untuk mencari makan di luar..
"Jarang makan di luar sebab isteri sangat pandai memasak.. Banyak masakannya sedap.."
Fokus : Burger O Myy (Samarindah)
Pernah terbaca di laman sosial Facebook Burger O Myy suatu masa lalu tentang promosi kedai ni. Ada cuba datang sekali (lepas marghrib), tapi nampaknya salah timing sebab ramai orang!!
  • Kedai ni beroperasi 4pm sampai 1am Isnin sampai Sabtu (Ahad cuti)
Kali ni aku datang awal sikit. (Kebetulan pagi tadi cuma brunch (breakfast+lunch) je sebelum mula mengemas rumah). Agar tak sesak ketika peakhour orang makan malam, maka aku datang pukul 6pm

setting tempat di kawasan perumahan (agak jauh dari jalan utama)..
Lokasinya agak jauh ke dalam. Bagi orang tempatan mungkin dah biasa dengan jalan-jalan kawasan perumahan, tapi bagi aku dan isteri memang bergantung dengan Apps Maps la gamaknya. Kedainya adalah daripada sebuah rumah corner lot yang diubahsuai. Persekitaran sunyi (sebab kawasan perumahan dan jauh dari jalan besar), memang sesuai untuk makan-makan santai..

Kedai ni utamanya menyediakan menu western (burger/ chicken chop) tapi ada juga menu masakan panas (nasi goreng / nasi ayam penyet).
"Walaupun aku biasa makan nasi goreng je kat mana-mana kedai (entri kalau makan luar), tapi kali ni saja nak cuba la menu kedai ni.."
Jadi aku order Royal Cheese Burger (burger homemade daging beserta cheese) yang mana ditambah fries (RM9).. Air ada edisi XL. Untuk tujuan kongsi dengan isteri, kami hanya order air XL satu tapi kongsi berdua.. Yang mana, harga satu XL lebih jimat berbanding dua air saiz biasa.

Harga kedai ni berpatutan juga la.. Paling mahal set makanan kalau tak silap ialah Kambing penyet (RM20). Dan kalau dibanding saiz makanan dengan harga, boleh dikatakan berbaloi makan sini..

Yang penting ialah kena pandai pilih timing datang. Kalau datang masa peak hour, memang akan menunggu untuk didudukkan jadinya... Oh ya, cuma lokasinya agak berjauhan di bandar Kuching, kena perlukan kesungguhan untuk datang baru dapat menikmati makanan kat sini..

Insya-allah akan datang lagi kalau berpeluang..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)