MO-ship cardiac (DSCT & INR)


Assalam & bertemu kembali, entri ni adalah sambungan siri kenangan bekerja di PJHUS, sebelum ni aku dah ceritakan tentang peranan kerja sebagai MO iaitu;
Fokus : MO-ship cardiac (INR & DSCT)

a) INR 
Seperti sesi klinik, INR juga bertempat di klinik yang sama. 
  • Cuma bezanya dari aspek masa, INR clinic adalah pada waktu petang (2pm - 5pm). masih pada hari Isnin, Rabu, Jumaat (nota : hari Selasa & Khamis tempat klinik ada slot klinik paediatrik.)
  • Dari aspek giliran, kumpulan cardiac dan cardiothoracic telah bersetuju untuk berselang-seli untuk bertugas di INR clinic. Maksudnya kalau pada hari Isnin kami dah bertugas, maka slot seterusnya pada hari Rabu adalah tanggungjawab kumpulan cardiothoracic pula.. Dan begitulah seterusnya..
"Suatu masa dulu, cardiac & cardiothoracic bersatu hati untuk bekerjasama bertugas pada hari yang sama setiap slot. Namun, telah muncul salah faham bahawa cardiac selalu lewat turun.. Maka akhirnya jadilah berpisah & ada jadual giliran" - komen staf jururawat klinik..
Oh ya, INR ni sebenarnya merujuk kepada salah satu parameter keputusan darah (coagulation profile) bagi pesakit yang mengambil ubat warfarin. Warfarin adalah satu ubat anti-coagulant (diringkaskan halnya bertindak menyebabkan proses pembekuan darah lewat daripada biasa seterusnya membuatkan keadaan darah sentiasa kekal dalam bentuk cecair). Biasanya ubat ini menjadi penting bagi beberapa kes tertentu (seperti AF, mechanical valve, dll) yang boleh membuatkan darah berkemungkinan menggumpal (jadi darah beku)..
"Maka disebabkan kesan ubat warfarin tidak terjangka atas faktor kesihatan semasa (mungkin dipengaruhi oleh jangkitan kuman/pemakanan seharian/ubat-ubat lain), maka pesakit perlu kepada monitoring yang secara berkala supaya keputusan darah INR sentiasa dalam julat rawatan..
Jadi bidang kerja INR clinic sangat ringkas. Teliti keputusan darah INR pesakit, dan tentukan dos warfarin yang bersesuaian dengan pesakit..

b) DSCT (dual slice computer tomographed scan)
Dalam setiap hari ada beberapa orang pesakit luar yang dijadualkan menjalani CT scan ni untuk memastikan keadaan coronary artery.
"Pesakit sebegini mempunyai tanda-tanda penyakit jantung (tapi sebenarnya berisiko rendah untuk mengidap penyakit jantung.), pelbagai ujian fungsi jantung (ECHO / stress test) masih tidak berjaya untuk mengesahkan pesakit bebas dari masalah jantung. Oleh itu, pesakit akan dirancang untuk CT scan. 
Pesakit akan datang ke jabatan Xray, menjalani CT scan seperti yang telah dirancang awal. Kemudian, keputusan akan diteliti oleh MO untuk tindakan lanjutan.
"Kalau DSCT masih tidak dapat memberi keputusan yang tepat, maka akhirnya mungkin angiogram sebab langkah terakhir..
-------------------------
Bersambung...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)