MO-ship cardiac (Daycare)

"Dalam banyak-banyak tempat bertugas (post), aku paling suka kerja di daycare.."
Entri blog kali ni adalah sambungan siri kenangan aku bekerja di PJHUS. Kali ni berkenaan kerja di daycare pula..

Fokus : MO-ship cardiac (daycare)
Daycare terjemahannya ialah (unit) rawatan harian. Pesakit akan datang dari awal pagi untuk menjalani prosedur elektif (elektif maksudnya 'secara terancang' / lawan bagi perkataan emergency iaitu secara tidak terancang). Bagi hospital ini, prosedur yang dirancang ialah coronary angiogram.
Prosedur coronary angiogram (aka COROS) ialah satu prosedur diagnostik dan therapeutik bersifat invasif (iaitu melibatkan pendedahan struktur dalaman badan terhadap instrumen/peralatan) yang bertujuan untuk menilai struktur salur pembuluh darah (artery) jantung. Prosedur ini dilakukan melalui urat tangan (radial) atau urat kaki (femoral) dengan bius setempat, selama satu jam lebih kurang dengan penggunaan pewarna dye dan Xray..

terhadap orang awam, aku bagitahu bahawa gambar salur darah jantung ni la yang doktor nak tengok melalui angiogram..
Jadi bidang tugas di daycare terbahagi kepada 3 perkara:

Pertama : Pre-coros assessment - 
Pesakit sebenarnya dijadualkan untuk menjalani angiogram pada keesokan hari, tetapi diminta datang sehari awal untuk pernilaian awal:
  • Status klinikal : iaitu adakah pesakit pada hari tersebut sesuai (secara kesihatannya) untuk menjalani prosedur angiogram. antara pemeriksaan klinikal yang dilakukan ialah 
(a) adakah pesakit mampu untuk berbaring rata setidaknya dalam tempoh 1 jam tanpa masalah/simptom? Ada sebilangan pesakit tak dapat berbuat demikian (ie, baru baring 10min dah batuk-batuk dan tak senang duduk jadi berkemungkinan mengganggu kelancaran prosedur tersebut)

(b) adakah pesakit sihat pada hari pemeriksaan ini. (terkadang ada yang demam selsema dan batuk-batuk --> pun berkemungkinan boleh mengganggu prosedur)

(c) pemeriksaan paru-paru dan Allen test
  • Status biokimia : iaitu melibatkan keputusan darah FBC, Renal profile, INR. Mana-mana keputusan yang tidak optimum perlukan tindakan & perhatian sama ada berisiko untuk teruskan kepada prosedur esok hari atau tidak..
  • Pemeriksaan ubat-ubatan : untuk prosedur angiogram ini, pesakit perlu kepada 2 jenis anti-platelet (Aspirin 75mg + Clopidogrel 75mg) paling kurang 5 hari sebelum prosedur. Jadi kalau pesakit yang tak cukup dos, kena top up secukupnya sebelum angiogram esok.. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sesi kaunseling oleh colleague ^-^
Selain pemeriksaan, adalah menjadi tanggungjawab doktor untuk sekali lagi menerangkan tentang prosedur angiogram ini. Masa aku mula-mula berkhidmat di sini, alhamdulillah ada seorang senior yang memberi aku guideline tentang apa yang perlu diceritakan kepada pesakit.. Asalkan ikut guideline, insya-allah tak terlepas/terlupa sebarang maklumat yang perlu disampaikan kepada pesakit. Jadi guideline tersebut ialah;

1) Apa tujuan (kenapa kena) buat angiogram ini sebenarnya? untuk menentukan punca utama masalah jantung (serangan jantung / jantung lemah)
"Ada sebilangan pesakit dijadualkan untuk angiogram sekadar diagnostic semata-mata. Iaitu untuk menilai keadaan salur darah jantung sebelum satu prosedur besar seperti pembedahan injap dll)"
2) Bagaimana kaedah prosedur ni? Untuk  mudah aku sering tunjuk video agar pesakit lebih mudah faham hendaknya..

3) Apa kemungkinan finding & pelan rawatan yang mungkin dilakukan.. (Biasa aku terangkan ada 4 salur darah utama LMS, LAD, LCX, RCA. Jadi daripada fakta ini...)

situasi W : semua salur darah takde sumbat ( = normal coronaries) --> tiada tindakan perawatan perlu dilaksanakan maka ubat jantung antiplatelet / anti angina akan dihentikan, pesakit akan dibenarkan pulang & sambung jumpa doktor sendiri..(tak perlu jumpa doktor jantung)

situasi X : saluran sedikit sempit (stenosis <70% = not significant disease). Maka cara perawatan ialah dengan medical therapy (ubat-ubatan). Pesakit akan dinilai semula risiko jantung yang lain serta simptom (kalau ada), Selalunya tidak perlu kepada sebarang stent atau pembedahan..

situasi Y : saluran ada sempit teruk (stenosis > 70% = significant) tapi salah satu je (dari 4 salur darah utama), biasanya dalam situasi ni rawatan ubat-ubatan tak cukup berkesan, maka pelannya pesakit akan terus menjalani stenting / angioplasty)

situasi Z : saluran darah sempit dan melibatkan banyak saluran darah jantung (lebih dari 2), jadi pada hari tersebut, pesakit tidak menjalani apa-apa rawatan. Namun, pesakit akan diberitahu tentang findings dan kaunseling tentang pembedahan CABG akan dilakukan.
- kalau pesakit setuju, mereka akan dirujuk ke klinik cardiothoracic sebagai pesakit luar (appointment)
- kalau pesakit tak setuju, pesakit masih balik rumah. Cuma sesama doktor, perbincangan akan dilakukan tentang rawatan yang terbaik

4) Apa komplikasi angiogram. Ringkasnya ada 4 komplikasi utama;
- allergic teruk (aka anaphylaxis). Biasanya masa ni aku akan tekankan soalan pesakit pernah ada allergic atau tidak
- contrast induced nephropathy (terjemahan pada bahasanya ialah 'gangguan fungsi buah pinggang disebabkan oleh pewarna/dye')
- risiko serangan strok (0.1%)
- risiko serangan jantung / arrthymia

BREAK - lepas tu aku akan berhenti kejap dan beri ruangan untuk sesi soal jawab (Q&A) pesakit lalu sambung

5) jenis-jenis stent yang available di PJHUS yang mana ada macam-mana jenis, namun dari terbahagi kepada 3 yang utama
  • BMS (bare metal stent) RM3500 (subsidi penuh oleh kerajaan bernilai RM3500) Maka matematiknya RM3500 - RM3500 = RM 0
  • DES (drug eluting stent) RM7000 RM3500 adalah nilai tambahan yang perlu ditampung oleh pesakit dan keluarga sekiranya stent jenis ini digunakan
  • BVS (biodegradable variant stent) - sebenarnya tak available dalam kerajaan (mungkin sesi private FPP atau swasta available). Tapi diperihalkan guna stent yang special dan larut (invisible)..
Penjelasan tentang jenis stent ini adalah untuk mengetahui status kewangan pesakit sama ada mereka mampu untuk menampung kos bayaran tambahan atau pun tidak. Tak kira apa jawapan mereka sekali pun, pada saat penting pakar kardiologi yang tetap akan berikan stent yang terbaik untuk pesakit (walaupun pesakit tak mampu bayar)..
"Namun, pihak doktor berbesar hati & berterima kasih kepada pesakit yang bersetuju untuk membayar nilai tambahan..
Habis cerita semua ni, maka aku perlu dapatkan tandatangan consent / persetujuaan. Kemudian pesakit dibenarkan pulang untuk datang lagi esok

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kedua : Post coros review
Bagi pesakit yang menjalani angiogram (pesakit ni dah datang semalam untuk pernilaian, dan hari ni adalah hari prosedur), seusai prosedur, pesakit akan direhatkan dahulu. Kemudian doktor akan datang menerangkan finding angiogram. Seterusnya pelan rawatan akan dilaksanakan, pesakit dibenarkan pulang pada petang hari, doktor sediakan dokumen/ubat/tarikh temujanji seterusnya..
"Terkadang, pesakit menjalani prosedur angiogram melalui urat kaki femoral. Pesakit sebegini perlu direhatkan lebih lama sedikit. Boleh jadi mereka perlu masuk wad overnight sebelum dibenarkan pulang esok hari. Jadi MO di sini perlu menyiapkan dokumen kerja clerking masuk wad.."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketiga : Emel Rujukan (referral email)
Pada sela masa yang tidak sibuk, MO di sini perlu menelaah inbox email cardiopjhus@gmail.com kalau-kalau ada emel rujukan dari hospital luar untuk appointment angiogram. Maka dia perlu tetapkan tarikh yang sesuai dan balas kepada hospital tersebut..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dalam banyak-banyak tempat bertugas (post), aku paling suka kerja di daycare.."
Oh ya, aku paling suka kerja di sini sebab aku boleh bekerja mengikut rentak sendiri. Jadual ideal aku..

8am - baca fail pesakit / surat rujukan bagi pesakit yang datang untuk angiogram esok hari (sementara ini, pesakit akan menjalani pemeriksaan ECG, blood test oleh staf jururawat). Kalau sempat, aku boleh tengok email dulu dan balas mana yang sempat

10am - adalah masa yang aku tetapkan untuk sesi kaunselling pre-COROS. Soal Jawab dan ambil consent

1130am - kaunseling tamat. Aku boleh ambil ambil kesempatan untuk post coros review

1pm - masa rehat

2pm - sambung post coros review. Dalam sehari boleh jadi ada maksimum 10 pesakit yang menjalani angiogram. Jadi mereka akan tamat angiogram secara berkala..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)