MO-ship cardiac (Passive)

Bismillah, sebelum ni aku dah ceritakan tentang peranan utama cardiac MO oncall 1 dan oncall 2, jadi selain watak utama ni ada seorang lagi watak penggerak kuat Cardiac MO dalam sesuatu hari bekerja

MO-ship cardiac : Passive @ CRW2

Jadual kerja passive ialah 8am - 9pm (weekday), 8am-12pm (weekend)
  • Aku diberitahu tugas utama passive ialah membuat senarai pesakit yang akan menjalani angiogram untuk esok hari. Jadi passive akan mengikut round bersama specialist dan kenal pasti pesakit yang berpotensi (stabil) untuk menjalani prosedure angiogram..
"Namun aku percaya bidang tugas passive lebih adalah dari membuat senarai pesakit. Aku perasan ada rakan sekerja aku hanya mementingkan membuat senarai sampai mengabaikan isu pesakit acute..  "
Antara bidang tugas passive yang lain ialah
  • Escort pesakit ke hospital umum (nota - oh ya PJHUS adalah hospital yang berasingan dari hospital umum SGH, jadi rujukan kes bukan cardiac misalnya kes orthopedic atau mata perlu dirujuk ke hospital umum untuk penelitian pakar terbabit) untuk 
  • Menghadiri (escort) prosedur emergency (ie coronary angiogram) bagi pesakit jantung yang tak stabil, Standby kalau-kalau pesakit semakin teruk sampai perlu CPR
  • Kalau MO oncall 2 sibuk, passive akan ambil alih tugas ward (dalam tempoh masa bertugas)
Sejak Julai 2017, Ward CRW 2 telah dibuka di tingkat 8. Dahulunya, tingkat 8 merupakan tingkat bagi wad kelas pertama (ie. VIP), namun kes jantung selalunya perlu kepada perhatian berkala yang lebih kerap. Maka sebaiknya kes-kes sebegini ditempatkan di CRW/CCU. Maka timbulnya persoalan bagaimana memanfaatkan tingkat 8 ni. Setelah beberapa persidangan oleh pihak atasan PJHUS, akhirnya sampai keputusan untuk membuka CRW 2 di tingkat 8..
"CRW 2 lebih menempatkan pesakit kes elektif. Misalnya pesakit yang datang jauh dari Miri / Bintulu. Atas faktor logistik, maka mereka ditempatkan di wad ni untuk berehat. Selalunya pesakit ni dijangkakan stabil dan tidak bermasalah.. 
Namun begitu, beban kerja wad sini masih tidak kurang banyaknya. Disebabkan turnover rate sangat pantas..
  • Baru datang --> kena clerking / counselling untuk angiogram (paperwork), teliti keputusan darah sebelum  
  • Angiogram --> kena teliti laporan, kalau takde masalah kena discharge cepat (paperwork lagi) 
 "Namun secara umumnya, suasana kerja Wad ni selalu tenang.. Jadi aku suka bertugas di sini semasa passive.." ^-^
bersama staf CRW 2
-------------------------------------
Some other stream of thought
Antara peranan MO yang lain:

  • Oncall 1
  • Oncall 2
  • Passive
  • Clinic
  • Daycare
  • DSCT & INR
  • Research - bantu doktor pakar dalam hal research. Aku pernah tulis entry pasal TELAMI study (salah satu kajian baru di PJHUS)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)