Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Tunang (lagi)..

Imej
12 Disember 2016 adalah hari besar seorang lagi ahli keluarga aku - Abang Chik kini mengorak langkah pertama ke alam rumah tangga. Tapi episod kali bertunang dulu ^-^! insya-allah dipanjangkan jodoh ke alam perkahwinan bila sampai masanya.. Persediaan menghadapi hari-hari ni tak ubah macam masaku yang lalu. Cuma peranan masing-masing dah bertukar. (cepatnya masa dah berlalu ^-^!) Aku pula yang memandu bawa saudara-mara / tolong bawa hantaran / berjumpa dengan tuan rumah kali ni.. Fokus - kahwin doktor?! "Diperihalkan tunang Abang Chik adalah berkerjaya doktor di sebuah hospital besar.." Teringat aku akan satu perkongsian yang pernah aku jumpa di laman sosial. Maka aku ingin sekali kongsikannya di sini pula..