Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

insya-Allah

Imej
Usai solat fardhu dengan isteri, aku cuba untuk istiqamah dalam mengaji Al-Quran bersama isteri, hendaknya amalan ni menjadi 'cahaya' yang dapat menerangi hati kami serta menghindari dari 'kegelapan'.. Jadi bacaan kami kali ni telah sampai surah Al-Kahfi. Secara umumnya, Al-Quran sarat dengan hikmah/nasihat/panduan, tapi satu nasihat yang aku jumpa kali ini adalah dari ayat 23-24 surah tersebut; (23)   Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi... (24): .. kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah” . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”. AlQuran jenis ni jadi pilihan sebab ada terjemahan serta sedikit sebanyak tazkirah yang berkaitan ^-^ Dalam Al-Quran itu juga disertakan sedikit terjemahan/ulasan ringkas tentang sebab penurunan ayat tersebut: " sebab turunnya dua ayat di

Fun Run

Imej
Sejak akhir-akhir ni aku mula menjebakkan diri dalam aktiviti Fun Run anjuran pelbagai organisasi luar 24 Ogos 2017 Heart Walk anjuran PJHUS bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ada beberapa pilihan: 2 km Heart Walk / 5 km Fun Run / 12km Competitive Run "Debut kali pertama bersama isteri ialah heart walk ^-^! Warm up dulu.. Kebetulan adik-beradik aku yang lain (Kak yong, Abang Ngah, Abang Chik pun sertai larian di tempat mereka.." "Together we run! The power of sibling" - kata kak yong 15 September 2017 Charity Run anjuran Hospital Sentosa berlatar di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. Kali ni aku sertai secara solo (sebab isteri tak bersedia untuk jogging lagi) Mungkin ni satu permulaan untuk ke arah kehidupan sihat. Insya-allah.. Entah aku pernah termimpi suatu masa lalu, yang mana tiba-tiba aku tak mampu lagi untuk berlari. Bagi kebanyakan orang dewasa, mungkin takde makna apa sangat tak dapat kalau tak dapat berlari. Tapi bagi aku, macam

Curhat 12.10

Imej
Ulang tahun ke-9 sejak pemergian arwah Wan bonda kesayangan.. Entri kali ni hanya sekadar cur-hat (curahan hati) bersempena peristiwa tersebut.. "Assalamualaikum.. Ke hadapan Wan yang kini berada di sana.. Semoga sentiasa dicucuri rahmat dan pengampunan Allah.." Dah 9 tahun tak berjumpa, banyak perkara yang sebenarnya Ran nak cerita kat Wan yang berlaku sejak Wan takde di rumah.. -------------------------------------------------------- Mula dengan Ayah dulu.. Nak tahu, Ayah berkahwin lagi selepas beberapa bulan Wan pergi.. Dalam 4 bulan kot. Tapi perkahwinan Ayah dengan mak tiri Ran tak ikut sebab kebetulan Ran pergi exchange program UNIMAS-USM masa tu.. Jadi tak dapat nak cerita tentang suasana perkahwinan tu.. Dengarnya adik-beradik macam tak begitu terima berita tu secara mendadak, tapi bagi Ran paling penting Ayah kena bahagia sejak Wan pergi.. "Yang pasti, Ran rasa itu bukan atas kehendak hati ayah, tapi lebih kepada nasihat orang  (Wah kot)  agar ayah tak b

About mom..

Imej
Here goes..  (oh ya, aku akan berhati-hati agar tak terlalu mendedahkan semua maklumat peribadi  eg. nombor-nombor,  maka Biodata ni hanyalah berkenaan perkara yang subjektif dan abstrak sahaja) . Format sama macam entry / page about me.. Nama : terpaksa dirahsiakan sebab banyak security question melibatkan nama mak ^-^ Asal  (merujuk kepada tempat lahir)  :  Batu Gajah, Perak   Tarikh lahir : 10 Oktober 1955 Perwatakan Ceria  Penghubung silaturrahim "Diperihalkan arwah sentiasa menjadi penghubung bagi ahli keluarga. Sama ada antara anak-anak & ibu-bapa (selalunya memenangkan anak-anak), dan juga sesama keluarganya sendiri" "Antara contoh lain, Wan pun pernah menganjurkan rumah terbuka beberapa kali.. (tapi aku tak ingat masak sendiri atau tempah catering dari orang lain) " "Aku tak pasti Wan ni family-person atau friend-person tapi macam semua orang boleh ngam dengan Wan: Saudara-mara, jiran-jiran, AVON, Petronita dll.."  Hobi S

Suri Rumah

"T akpe ke saya kerja suri rumah je ni? " - tanya isteri Dah setahun lebih dah sejak kami berkahwin. Isteri dahulunya seorang quality control dalam sebuah syarikat kimia (swasta) tempatan. Pada saat-saat berkahwin, isteri telah mengemukakan pertanyaan.. "Kalau saya nak jadi suri rumah je lepas kahwin ni boleh tak? " - tanya isteri Dah setahun lebih sejak itu, memang isteri mengikut aku tinggal di Sarawak disebabkan kerjaya aku di sana. Sepanjang aku bekerja, memang isteri hanya tinggal di rumah. Menjadi tanda tanya dan misteri bagi semua orang (termasuk aku juga) tentang apa aktiviti hariannya di rumah seketika aku bekerja. Tapi soalan paling kerap yang akan/ bakal ditanya oleh ramai ialah "Takpe ke isteri hanya suri rumah je? "  Fokus - Suri rumah Ada beberapa isi (point) yang aku bersetuju agar isteri hanya jadi suri rumah sahaja... (Isi biasa) tugas suri rumah  untuk menguruskan hal-ehwal di rumah seperti kemas rumah, masak, uruskan paka

Homebaker

Imej
Entri ini adalah bersempena laman promosi  ChocoChip . Mungkin suatu masa nanti aku tertanya-tanya kembali bilakah bermulanya semua ini. Jadi ini menjadi catatan diari tentang saat langkah pertama.. Pada satu hari ni, ketika pulang dari kerja. Buka pintu rumah tiba-tiba aku terbau kuih bakar yang wangi.. kelihatan isteri sedang membakar kuih coklat cip ala famous amos di atas dapur api secara teknik pengewapan.. "Rawak betul idea dia (isteri) tiba-tiba bakar kuih pula? Mungkin ke dia (isteri) teringat aku pernah tulis entri blog resipi pasal ni (rujuk entri memasak (3) )  ke? " - fikirku Nota - sebelum berkahwin, aku pernah meminta isteri agar meneliti entri-entri di blog aku ini untuk dia lebih mengenali aku. Jadi mungkin sekali-sekala dia (isteri) rujuk mana-mana entri/topik yang berkaitan.  " Nak beli oven boleh tak? " - pintanya beberapa hari selepas kejadian tersebut.. Aku tahu isteri suka memasak. Dan dia memang pandai memasak. semua masakan d

HO Arc! Episod 44 (akhir)

Imej
"Nama aku Syed. Dulu aku seorang HO di HKL. Siri HO Arc berkisar sedikit sebanyak kisah pengalaman serta pendapat peribadi aku sepanjang mengharungi detik-detik sebagai houseman officer.. "  Sejenak mengimbau episod silam.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G  (posting pertama) Episod 6-8: pengalaman posting Surgery  (posting kedua) Episod 9 -23 : posting medical  (posting ketiga) Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik  (posting keempat) Episod 35-39 : posting kelima orthopedik Dan akhirya masuk ke posting terakhir dah iaitu Jabatan Kecemasan.. Episod 40  : tagging ED Episod 41  : battle zone Green & Yellow (part 1) Episod 42  : battle zone Red Episod 43 : battle zone Green & Yellow (part 2) Episod 44 : epilog HO & prolog MO-Ship (1 May - 28 May 2015) Alhamdulillah, selesainya peperiksaan viva pada 1 Mei 2015 dan aku dah pun lalu. Jadi aku perlu menghabiskan sisa-sisa masa postingku terus meng

TELAMI study

Imej
Nota - dialog berikut adalah alih bahasa perbualan asal. Saja-saja aku alih ke bahasa tempatan ^-^ " D, sampel TELAMI dah sampai bilangan ke-190 dah hari ni.. Masih nak terus cari lagi ke? Atau boleh berhenti cari rekrut ?? " " Cukup la tu. Syabas kepada semua pihak yang menjayakan pengambilan spesimen dari sampel TELAMI sihat.." "Lepas ni, saya boleh tolong menguruskan spesimen TELAMI 'sakit' pula. ."  Dah lepas 3 bulan sejak aku mula melibatkan diri dalam kajian TELAMI. Pada masa itu, ramai dari rakan seperjuangan aku telah melibatkan diri dalam pelbagai kajian lain, lalu datang la boss aku (sebab aku takde tugas khas lagi masa ni) meminta pertolongan aku mencari rekrut. Maka jadilah aku membantu boss pada setiap sesi pagi Selasa & Khamis. "Jadi apa dia TELAMI ni? Fokus - TELAMI TELAMI merupakan satu kajian baru yang dilaksanakan buat kali pertama di Asia Tenggara, iaitu mengkaji tentang nilai 'nasib' bagi panjang 

Rumah Terbuka

Imej
(Nota - sedikit retrospektif, berlaku 2 hari lalu.. baru nak tulis sebab penat dan nak travel balik kampung KL ^-^!) " Bila nak buat open house raya ni ?" - tanyaku rawak kepada rakan kerja " Eh apa pula.. Hazran la kena buat open house, dah kahwin kan ? Tahun lepas tak buat pun"  " Haha.. (Adoi, balas semula nampaknya..). Hm, nanti saya tanya isteri. ." Hm, betul la tu. Aku tak pernah buat open house lagi sejak di tinggal di Sarawak. Bahkan, sejak pemergian arwah Wan, rumah KL memang takde lagi majlis ramah tamah. Yang ada hanyalah makan-makan ketika raya, tapi aku tak rekomen untuk ajak kawan datang berumah. Sementara itu. rumah sewa di kuching kecil dan sederhana, dikhuatiri tetamu mendatang tidak selesa bertandang ^-^! oh, nanti apa orang kata.. Maka jadilah aku tak pernah menjemput sesiapa datang ke rumah. Tapi untuk tujuan rumah terbuka ni saja-saja la aku bawa ke perbincangan di meja makan.. "Nak buat open house raya ke? Tapi kena ha

Waran Udara

Imej
Maaflah kalau berharapan entri tajuk besar dari entri yang lalu ^-^! perlukan masa tambahan nak imbau masa silam, lagipula baru lepas travel pulang ke Sarawak tamat beraya di kampung.. Perjalanan musim raya ni kalau tak rancang betul-betul boleh memakan perbelanjaan yang banyak. Namun, alhamdulillah adanya keistimewaan waran udara bagi penjawat awam yang bertugas di luar wilayah asal (seberang laut sana) Waran udara ini adalah satu keistimewaan, yang mana setahun sekali penjawat awam boleh memohon untuk tambang perjalanan pulang melawat wilayah asal. Biasanya aku simpan untuk digunakan pada waktu puncak, terutamanya musim raya (sebab tiket kapal terbang menjadi mahal, tambah lagi aku perlu menanggung untuk isteri juga..) "Eh, Syed! Waran udara kau ambil flight mana? Air Asia ke Malaysia Airlines? Alang-alang dapat free waran tiket, naiklah MAS <-- promosi MAS nampaknya.. Fokus - AirAsia vs MAS (situasi bantuan tambang ^-^!) Secara umumnya, ramai orang tahu; AirAsia ial

Abang Chik kahwin

Imej
Entri bersifat retrospektif, peristiwa dah lepas beberapa hari.. ^-^! 1 Julai 2017 - maka berakhirnya penantian Abang Chik setelah 6 bulan 3 minggu sejak event pertunangannya (entri blog ni  tunang (lagi) ). Maka hari ini adalah hari penting buat abangku iaitu akad nikah dan persandingannya bertempat di dewan Crystal Ballroom, Mines 2 Fokus A - Semua adik-beradik kian membesar  "Membuatku teringat suatu masa dulu kami semua masih kecil lagi dalam jagaan (arwah) Wan.  Pantasnya masa berlalu. Dah besar dah masing-masing. Walaupun masing-masing mengambil haluan kehidupan tersendiri, alhamdulillah semua masih dapat berkumpul lagi untuk hari penting ni.. Keakraban antara adik-beradik selalunya hanya dapat digambarkan pada zaman kanak-kanak sahaja. Apabila meningkat dewasa, ramai mula mengabaikannya lantaran pelbagai faktor.. [entri siblingship ]  "Semoga hubungan baik ni masih berpanjangan.." Fokus B - Right hand man & most trustworthy Entah kenapa awal perm

P4G [Game PSVita]

Imej
Nota - Dah lama tak tulis blog lagi. Entri kali ni bersifat santai sahaja. (^-^! sebenarnya ada beberapa peristiwa baru ni mencetus idea untuk dituliskan, tapi kekangan masa sedikit sebab pergi beraya serta penat.. jadi entri hari ni bertujuan nak warm up dulu..) Aku beli PS Vita (mcm PSP tapi lebih 'next generation' dengan tambahan fungsi skrin sentuh depan & belakang serta kualiti grafik yang lebih level up lagi) sejak Jun 2013. Tapi sedihnya tak banyak game yang menarik perhatian aku untuk main. Maka secara rawaknya aku browse la kat internet apa game recommended untuk PS Vita. Banyak kali aku tengok pada website review pada pelbagai masa yang lalu, antara top 10 game ialah Persona 4 Golden. Tapi tak pernah terlintas nak cuba, sehingga la baru ni akhirnya tergerak hati nak cuba (sebab kesian PS Vita terbiar dan takde koleksi game ^-^!) Maka lagu pemula game aku kongsikan dalam blog ni.. Tak pasal-pasal aku berebut dengan isteri nak ambil lagu buat jadi ring

Dugaan MLM

Imej
Baru-baru ni selak-selak laman sosial facebook aku terjumpa tentang laman PseudoScience Watch yang membongkarkan tentang kegiatan 'sains-pemalsuan' oleh organisasi-organisasi.. Kebetulan baru ni sampai pula niat laman tersebut membongkarkan kegiatan 'One Community' iaitu satu syarikat yang pernah menipu aku dulu.. (semak pautan ni untuk penerangan lanjut --> FaceBook/PseudoScienceWatch/OneCommunityTheSeriesEp8 ) "Ya, aku juga turut tertipu dengan permainan MLM ni.. menyebabkan aku kehilangan sejumlah besar simpanan serta menjebakkan aku ke dalam kancah hutang" [nota - entri blog ini bersifat retrospektif, mengisahkan babak-babak penipuan yang berlaku sehingga aku tertipu dengan syarikat ni v_v untuk tujuan muhasabah dan agar pembaca lain tak kena juga..] Awal tahun 2014 -  Segalanya bermula apabila seorang kawan aku di universiti dulu ajak berjumpa.. “Syed, lama tak jumpa anta . Jom kita keluar main boling kat Times Square. Nanti ana datang ruma

Musibah 30.1.2017

Imej
Dah lama tak tulis blog.. Entri kali ni bersifat retrospektif iaitu tentang musibah yang melanda kami baru-baru ini.. ----- 30.1.2017 Dalam risiko keguguran! -----   Awal pagi tarikh ni, aku dikejutkan dengan peristiwa pendarahan dari bawah (per vaginal bleeding) pada pukul 230 pagi. Syukurlah aku sedang cuti rehat sempena Tahun Baru Cina maka tidurku mudah dikejutkan.. Bila kutanya lagi.. tiada lagi tanda/simptom lagi.. malahan pendarahan ini adalah tiba-tiba berlaku semasa tidurnya.. " Jom, pergi hospital. ." ujarku sambil dalam fikiran sedikit risau " (keguguran ke? Tapi sekarang ni isteri dah lepas trimester pertama.. harap-harap takde apa-apa) .." Pukul 3.30pagi mendaftar di kecemasan, kami diletakkan di zon kuning tatkala vital sign isteri nampak masih stabil. Suasana di kecemasan pagi tu agak sibuk dengan kepelbagaian kes. Faham, tunggu sahajalah sampai doktor oncall yang bertugas tampil.. Pukul 530pagi akhirnya doktor O&G tiba serta lantas mem