Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Berenang

Imej
(Nota - Entri kali ni bersifat santai sahaja..) Baru-baru ni aku menjumpai satu perkongsian ilmiah di laman facebook, lantas menarik perhatian aku.. Jom lihat gambar rajah.. tips nasihat mengelakkan lemas dalam air Yang menarik perhatian aku ialah aku self learn   (*maksudnya takde siapa-siapa bagitau => discover sendiri) teknik ni ketika mengharungi aktiviti berkelah di pantai dan sungai sepanjang masa belajarku. Tak sangka pula, memang ada fakta rasmi tentang ni ^-^ "Ketika mana aku berenang sendirian di laut dewasa ni, seringkali aku baring dan menikmati langit biru dan awan putih sambil dihanyutkan arus.. a moment of relax, i would say.." Aku rasa la, kebetulan tengah musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia sekarang ni maka risiko untuk lemas itu ada, terutamanya bagi mereka yang tidak mahir berenang. Jadi mungkin oleh sebab yang demikian, tips ni berlegar-legar dikongsikan di laman facebook untuk manfaat bersama. Rasulullah s.a.w bersa

Sedeqah (3)

Imej
"Encik, mohon sumbangan untuk baiki masjid X yang berdekatan.." - tegur seseorang kepadaku.. " (hmm, boleh la derma...). Tapi.. "  Live action trigger! Dalam game FFX pun ada situasi yang sama (minta sumbangan bantuan).. Ada orang minta sumbangan untuk baiki surau.. Adakah benar niatnya tersebut? berapa banyak yang akan aku sumbangkan?? a) (entah-entah dia nak menipu aku kot..) Nah ambillah RM1 je.. ( aku pun tengah takde duit ni) b) kau memang bertuah bertuah! nak ambik ni RMxxx Lantas mengingatkan aku tentang nasihat dari entri yang lalu. Antaranya.. " Beserta dengan nikmat harta, Allah juga turunkan satu ujian (yang kita selalu tak perasan) iaitu bagaimanakah nikmat ini akan digunakan? adakah kita sekadar bersyukur di lidah sahaja..? Apakah kita akan membantu orang lain dengan nikmat harta tersebut, atau kita hanya gunakan untuk diri sendiri semata-mata.. " - entri sedeqah (2)

HO Arc! Episod 29

Imej
Pengalaman bekerja sepanjang Houseman (HO) di HKL. Kisah setakat ni.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 -23 : posting medical Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula.. Episod 24  : tagging SCN paed Episod 25  : SCN story Episod 26  : tagging general paed Episod 27  : general paeds (level 1) Episod 28 : paed surgery " Paeds periphery adalah sekadar pendedahan awal kepada para HO terhadap pengkhususan isu / kes paediatrik " Episod 29 - paeds cardio (23 - 29 Jun 2014) Usai posting periphery di surgery, seterusnya aku dijadualkan pengkhususan cardio pula. Latar tempatnya adalah di wad asas aku KK2. Wad KK2 juga menempatkan pesakit-pesakit kes cardiology (jantung) dan juga neurology (saraf) , tentulah quota untuk pengkhususan ni terhad (maksudnya bilangan pesakit tak sebanyak pesakit kes umum). Namun, selain bertugas di wad, aku juga turut serta meli

[Lagu] Gemuruh Suara

Imej
Entri yang bersifat bersahaja, sempena perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki terbaru ni.. Seperti mana entri sepak bola , aku bukanlah begitu meminati sukan bola sepak. Namun, apabila terdapat penglibatan peringkat negara, semestinya aku sangat berharap agar Malaysia dapat memberi saingan sehebat negara-negara antarabangsa.. Jadilah aku pun turut ambil tahu tentang perkembangan negara Malaysia.. Go Malaysia! Some other stream of thought Setiap kali Piala Dunia FIFA diadakan, aku pun selalu berharap agar setidaknya Malaysia tersenarai dalam senarai pendek. Walaupun banyak kali dikecewakan, namun insya-allah, suatu hari nanti.. "Then again, bila aku main game FIFA pastinya aku akan main Team Malaysia mengharungi kejuaraan tersebut.. " --> besarnya harapan.. :P

Animasi M'sia (4)

Imej
(Nota - entri ni pun bersifat santai dan bersahaja) Baru-baru ni, satu lagi animasi keluaran tempatan oleh Les' Copaque.. Animasi berjudul "Puteri" "Animasi Puteri ni berkisar tentang sebuah kerajaan limau yang mempunyai 5 orang puteri limau. Masing-masing mempunyai alat magik tersendiri yang dikatakan mampu memelihara keselamatan dan kesejahteraan kerajaan tersebut.."  Setakat ni baru beberapa episod telah pun diterbitkan. Ada beberapa faktor yang buatkan aku tertarik dengan animasi ni.. Animasi ni adalah hasil produk tempatan (aku sokong produk malaysia. Ye la, takkan nak sokong anime Jepun sepanjang masa je..) Grafiknya yang sangat cantik serta teliti. (aku berpendapat ni adalah hasil dan pengalaman Les Copaque sendiri melalui hasilnya terdahulu "Upin dan Ipin", serta "Pada Zaman Dahulu" --> dah lebih 5 tahun dah..)   Jalan ceritanya yang unik dan tersendiri (tak seperti yang lain, biasanya animasi/ kisah 'puteri' a

Qada' Solat (entri 1)

Imej
Sejak akhir-akhir ni penat sangat kerja. Banyak kali balik kerja terus rebah dan 'pengsan' berjam lamanya.. Terbaru ni, aku shift malam (10malam - 1 tengah hari esoknya) , walaupun sempat tidur kejap tapi masih lagi pengsan bila sampai di rumah..  "Setidaknya 'pengsan' ni memberi ruang untuk badan berehat, tapi sejujurnya rasa tak best pula kalau pengsan ni membuatkan aku tinggal solat.." - idea seperti mana  psikologi tinggal solat?! Fokus - Qada' Solat  (*ganti solat) - sumber asal dari blog asyraf khalib/jom ganti solat "Solat adalah perkara pertama yang dihisab pada hari akhirat kelak.."   Jadi semestinya kita tak boleh lalai dalam hal solat ni. Hal ini kerana meninggalkan solat adalah satu dosa besar. Kalau ikut hukum hudud, meninggalkan solat boleh dijatuhkan hukum bunuh (terutamanya bagi mereka yang sengaja meninggalkannya dan tidak mahu bertaubat) . Imam Ahmad --> hukuman mati dijatuhkan kerana kufur Fuqaha Syafi'e dan Ma

Rekreasi Hati

Imej
(Nota - aku masih berniat untuk terus menulis blog ni. Maka, terkadang entri adalah bersifat sahaja semata-mata ^-^!) Ketika outing sendirian lagi, tak semena-mena aku singgah lagi ke kedai buku (seperti mana entri blog ni  hobi ketika outing ) , dan kali ni aku tertarik kepada sebuah buku berikut: Sebenarnya buku ini adalah koleksi hadith yang dipetik dari buku 300 hadith bimbingan karya Dr. Zahazan & Ustaz Hasan, cuma kali ni lebih ditambah ilustrasi oleh kartunis Nik. Berdasarkan tajuknya, ada 101 hadith nasihat yang disampaikan untuk teladan bersama. "Secara jujurnya aku bukanlah ulat buku, namun entah mengapa aku tetap tertarik untuk beli (dan baca) buku. Semoga aku manfaatkannya sampai habis juga kali ni.." Maka untuk tujuan tersebut, aku mengandaikan kalau aku kongsikan sehari satu hadith di media sosial. Insya-allah akan sampai masanya ia habis.. ^-^ (sebab itulah baru-baru ni aku banyak kongsikan hadith di facebook.. ^-^! semoga bermanfaat kepada semu

Dari ortho..

Imej
"Doktor, ada new case. Nanti doktor clerk, ya?" - beritahu staf jururawat yang bertugas Pada shift tersebut, tiba giliranku pula bertugas di i*-care (i* merujuk kepada istilah intermediate) di kecemasan. Tempat ni adalah perhentian sementara bagi pesakit (sama ada kes ortho atau kes medical) dari kecemasan, yang baru sahaja mendapat perawatan awal. Di tempat ni, pesakit akan dinilai semula (selepas menerima rawatan ie. bagi kes ortho, mungkin tangan patah --> kena simen --> nilai semula) untuk tentukan perlu masuk wad atau boleh pulang ke rumah.. Maka aku pun meneliti nota awal yang ditulis ketika di wad kecemasan.. "28 year old, allerged MVA (MB vs car) today at 4pm when he tried to avoid hole in the road and slidded on his right, sustained closed fracture of distal third right femur.." "33 year old, allerged MVA (MB vs car) today at 12pm, when he hit the car in front of which suddenly make u-turn, fall over his left side.. and had sustained

Makan, prioriti..

Imej
(nota - entri dianggap sebagai kalau makan luar (siri 5) la ye..) Sejak aku bela kucing ni, acap kali sampai masa aku makan (eg. makan malam) , secara tak langsung akan terlintas dalam fikiranku tentang kucing rumah ni.. "Kucing rumah dah makan ke belum agaknya? Patut ke aku pastikan dia makan dulu..? Kot-kot tengah berlapar ke.." Demikianlah pemikiran yang timbul. Maka banyak kali aku bertindak melihat si kucing ni dan beri makanan kepadanya terlebih dahulu. Namun, datang pula konflik dalaman, seringkali menyebabkan aku teragak-agak dalam tindakan.. "Tak payah fikirkan yang lain. Yang penting, perut sendiri ni mesti diisi dulu.." "Ala, pandailah dia cari makanan sendiri. Bukannya dia tak boleh cari pun. Tuhan dah cipta dia mampu untuk hidup sendiri"  "Sibuk je kucing ni!! Tau tak aku tengah lapar sekarang ni!? Pergi la main jauh-jauh!!"   (ayat diubahsuai agar tak nampak terlalu kasar ^-^!) (idea konflik tersebut adalah hasil peris

HO Arc! Episod 28

Imej
HO Arc adalah siri kisah pengalaman kerjaku sebagai HO di HKL, setakat ni kisah ni telah pun berkisar tentang Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 -23 : posting medical Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula.. Episod 24  : tagging SCN paed Episod 25  : SCN story Episod 26  : tagging general paed Episod 27 : general paeds (level 1) "Baru seminggu di general, dah dijadualkan ke periphery pula.." Paeds periphery adalah sekadar pendedahan awal kepada para HO terhadap pengkhususan isu / kes paediatrik. Dah kata pengkhususan, maka kes-kes yang akan dihadapi mencakupi bidang-bidang department tu tersendiri. Misalnya cardio, neuro, respi, Daycare, Onco.. "i wonder if i get the chance to go through all of them.." Oh ya, disebabkan posting periphery ni hanyalah bertujuan pendedahan awal, maka HO tak begitu berperanan aktif dalam rawatan tersebut... Ep

di sebalik ucapan "sama-sama"

Imej
Nota - entri ni hanyalah andaian semata-mata.. Pada suatu ketika ni, aku mengalami kesulitan sedikit dalam menjalankan tugasku. Maka kenalah minta bantuan sedikit pada sahabat ni.. seusai pertolongannya.. "Terima kasih" "Kasih diterima~" - balasnya  "Apa (maksud) jawapan tu?" - tanyaku kekok ^-^! "Ala saja gurau-gurau la tak boleh ke? Skema la kau ni.."   "Tapi kenapa ye? Budaya melayu menggunakan kata-kata 'terima kasih' dibalas 'sama-sama' ? Apa maksud sama-sama ni sebenarnya..?" - tanyaku ingin tahu..

Bela kucing..

Imej
"Syed, kau berminat nak bela kucing tak? " - tanya seorang sahabat lama secara rawak.. "Kenapa tiba-tiba ni? Random nye tanya aku..." "Takde la, aku jumpa kucing ni kena kejar anjing hari tu. Jadi aku selamatkan la dia. Tapi masa tu dia sakit, Aku bawa dia jumpa vet (doktor haiwan) dan jaga dia sampai dia sihat.. Tapi wife aku allergic dengan kucing. Tu yang aku cari orang ni.."   "Erm, boleh la kot..."  Maka dah sampai tarikh (entri) ni masuk hari keenam aku bela kucing.. " (Dah lama tak bela kucing...) "   kucing pertama namanya "Odie" Fokus - bela kucing ".... aku antara insan yang mesra-kucing.. " - entri i want to touch dog   Kalau dari entri lalu, adanya idea bahawa aku seorang pencinta kucing, malah dalam situasi makan luar ( siri 4 ) pun aku tak berkira untuk berikan sedikit makanan kepada mereka.. Maka semestinya ramai menjangkakan aku membela kucing juga. Itu benar, berlaku pada suat

munafik

Imej
Ok, entri ni activated secara spontan kebetulan aku baca-baca kitab dan terjumpa.. Maka aku tuliskan dalam blog, semoga berpengajaran buat semua. --------------------------(Nota - ayat-ayat berikut adalah berdasarkan surah An-nur 24: 47-51)-------------------------------- 47: Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan kepada Rasulnya kami taat" kemudian sepuak daripada mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang beriman yang sebenar 48: Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta sepuak daripada mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu) jika keputuasan tidak menguntungkan mereka.. 49: Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak ke

'i want to touch dog'

Imej
Terbaru ni Malaysia digemparkan dengan acara "i want to touch dog" yang diadakankan di Bandar Utama. Tujuannya agar untuk membiasakan masyarakat Malaysia agar tidak takutkan anjing.. Serta merta aku teringat satu kenangan silam lalu berkenaan hal ailurophobia (terjemahannya 'takutkan kucing') . Walaupun nampak macam takde kaitan dengan peristiwa mutakhir Malaysia, namun, sebaiknya harap baca dulu. Nanti aku kaitkan isu ya.. Kisah dimulai dengan gambar hiasan seperti berikut: "GET IT AWAY FROM ME!!" - tegur seorang kawan secara refleks apabila seekor kucing mendekatinya.. "You are scared of cats, aren't you?" - tanyaku terkejut dengan fakta tersebut..   "NO, I DON'T. JUST... GET IT AWAY, PLEASE!" - balasnya secara denial  "But why? do you have allergy or something.." "No! 'Cause it may bite your hand if you're not careful.."   "Haha ^-^! i wonder.." - balasku sambil mengu

[Lagu] Unimas gemilang

Imej
Dah lama tak share lagu.. kali ni bercirikan 'patriotism' sikit tentang tempat belajarku suatu masa dulu.. Ni lagu tema universiti aku dengan nama lagu UNIMAS GEMILANG.. "Masihku ingat lagi hari-hari menghadapi peperiksaan akhir supplement di universiti dulu. Hari pertama peperiksaan tersebut jatuh pada hari isnin. Sedangku melangkah masuk melalui pagar fakulti, kedengaran lagu ni dari medan perhimpunan pagi mingguan di depan lobi.. terkesan mendengar lagu ni, aku juga turut mendabik dada dan semakin bersemangat untuk berjuang (menghadapi peperiksaan nanti) . Oh, menariknya peranan lagu.." Teringatku pada satu babak lain, berkenaan perbualan dengan beberapa watak berbeza.. "Syed! where did you graduate from? "  "Sarawak.. UNIMAS .." " UNIMAS got medical (program) eh? Never heard of it.."   Demikian antara impresi kebanyakan apabila aku memberitahu asal usul tempat belajarku dulu. Kebanyakan ramai hanya memandang graduan da

HO arc! Episod 27

Imej
Bismillah.. sejak memulakan pekerjaan di alam kedoktoran ni aku menulis diari tentang pengalamanku sepanjang bekerja.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 -23 : posting medical Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula.. Episod 24  : tagging SCN paed Episod 25  : SCN story Episod 26 : tagging general paed Dah habis tagging 5 hari maka aku pun sambung bekerja rasmi di wad KK2 ni Episod 27 - general paeds (challenge level 1) (9 - 15 Jun 2014) Oh ya, wad kk2 adalah main wad aku di general paeds, aku mungkin akan dihantar attachment ke periphery sekali-sekala, tapi yang pastinya aku akan kembali ke wad ni dari semasa ke semasa. Jadi cabaran tahap pertama ialah kena bertugas oncall malam buat kali pertamanya di general paeds (kalau tagging hanya kerja 7am-10pm). Well, alhamdulillah takde la eventful sangat.. "A lot of new as well as returning character during this

Kompilasi entri "ibu"

Imej
Teringat kembali ketika 6 tahun lalu pada tarikh ni juga.. " 11 Oktober 2008 - aku beli tiket flight pulang ke rumah segera, apabila mendapat panggilan ayah bahawa Wan  (emak aku)  tengah nazak akibat   2ND  attack stroke . Sampai rumah malam tu, memang ahli keluarga dan saudara mara aku berkumpul mendampingi beliau pada saat-saat akhirnya. Memang sedih tengok keadaannya. Walaupun baru lepas operation untuk sembuhkan stroknya, namun ternyata Allah lebih menyayangi awah.. Dan pada Subuh esok harinya, beliau menghembuskan nafas terakhir " - entri pergi tak kembali (2)   "Mungkin hadiah harijadinya yang terakhir 10 Oktober 2008 adalah sembuh sejenak selepas menjalani pembedahan (aku tak ingat pembedahan apa masa tu) .. Namun siapa sangka keesokan harinya beliau kembali melarat malah semakin tenat.." Dah 6 tahun sejak peristiwa tersebut. Maka aku dengan sendirinya mengumumkan tarikh 10-12 Oktober setiap tahun adalah hari sedih (berkabung) atas pemergian arwah terci

HO arc! Episod 26

Aku (HO) Hazran, bertugas di HKL sejak Disember 2012.. Setakat ni, kisahku di alam HO ialah Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 -23 : posting medical Dan siri HO arc kini berputar pada kisah paediatric pula.. Episod 24 : tagging SCN paed Episod 25 : SCN story Seterusnya aku melangkah masuk ke general paeds. Menghadapi kerenah budak-budak (bukan lagi bayi) serta ibu bapa mereka.. Episod 26: Tagging general paeds (2 Jun - 8 Jun 2014) Kena tagging lagi sekali ^-^! selama 5 hari juga kena kerja dari 7pagi sampai 10malam. Oh ya, aku bertugas di wad kk2. Sini ada 2 orang pakar, Dr. Nazrul Nizam, Dr. Nazatul Haslina. Dua-dua orang sangat best lagi baik. Dan MO pula, pada permulaan ni terhad dua orang je iaitu Dr. Dianah, Dr Ngau.. Selama 5 hari ni kena la adapt sikit dengan cara history taking dan procedure (venapuncture / iv line) . Walaupun memang sama je dengan SCN dulu secara u

Ada soalan?

Imej
Entri kali ni dimulai dengan komik Muslim Show versi Melayu seperti yang berikut: Kalau diperhatikan komik tersebut, digambarkan anak muda yang menghadiri sesi kuliah ilmu tersebut mengajukan pelbagai jenis soalan kepada ustaz. Dan persoalan utama yang cuba ditimbulkan dalam komik ni ialah kerisauan apabila tidak ada lagi yang bertanyakan soalan.. Fokus - tidak bertanya.. Aku perhatikan betapa fenomena ni memang sangat berlaku dalam kalangan diri dan sekeliling.. Apabila sampai pada sesi soal dan jawab, suasana sunyi dan suram pasti timbul. Hal ni tak terhad kepada sesi tazkirah / kuliah saja, bahkan ketika sesi pembelajaran pun memang kerap terjadi yang mana pelajar hanya berdiam diri apabila sesi soal jawab berlangsung.. Kalau nak rasionalkan tindakan tersebut, aku faham bahawa pihak pendengar ni bertindak cuba memendekkan sesi ilmu tersebut (dengan harapan agar dapat balik cepat meneruskan aktiviti sendiri eg. main game, internet) . Jadi perbuatan tersebut menggambarkan

HO Arc! Episod 25

Imej
Aku adalah HO Hazran, bertugas di HKL sejak Disember 2012.. Setakat ni, kisahku di alam HO ialah.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 -23 : posting medical Terbaru dari episod 24 yang lalu, aku meneruskan posting paediatrik sebagai tagger selama 5 hari. Seusai tempoh tagging, maka aku pun mula bekerja secara rasmi.. Episod 25: SCN story (1 Mei - 1 Jun 2014) Berlatarkan pesakit neonate (iaitu bayi lahir sehingga umur lebih kurang sebulan) , terbahagi kepada 3 wad berbeza.. stage 1 - Aku mulakan tempat kerja di wad KK8/ KK9 , fokus wad ini lebih kepada kes jaundice. Namun secara umumnya wad ni menguruskan pesakit (bayi) yang setidaknya berusia dah lepas beberapa hari sejak lahir. Ada yang datang semula lepas balik rumah (misal pada hayat hari ke-5 sebab jaundice) . Maka, banyak daripada skop kerja adalah ambil darah dan pantau keadaan bayi dari akibat jaundice teruk..  Seme

Qarin (entri 2)

Imej
Sambung dari entri lalu.. entri kali ni terlintas melalui trigger berikut.. (nota - teknik pewarnaan tulisan bertujuan membezakan dialog) " Eh, W (merujuk kepada rakan sejawat ketika posting terdahulu) ! Lama tak jumpa, kau masuk (posting) sini pulak ke? " - tegurku kepada seorang rakan kerja baru bertukar posting  "Haah la, Syed! Lama tak jumpa.." "Eh, korang dah kenal ke? " tanya seorang rakan sejawat yang lain yang merupakan senior poster  " Haah, W ni kawan masa posting surgical dulu. ." " Oh, bagus la kalau macam tu.. Kalau ada apa-apa tak tahu (untuk posting ni) tanya la Syed ni.. Dia baik orangnya.. " tanya si senior kepada orang baru ni.. "Haah, Syed masa posting dulu pun selalu tolong aku. Dia memang baik. ." - balas spontan si W  "^-^!"     Demikianlah antara testimoni rakan sejawat aku. Alhamdulillah, pada saat ni aku masih berusaha melakukan amal kebaikan terhadap sahabat handai dan ora

Qarin (entri 1)

Entri kali adalah berdasarkan satu bahan bacaan yang aku jumpa di media sosial Facebook. Jom baca dulu kat link ni -->   myibrah.com/Qarin . Hasil bacaan tersebut maka secara langsung mengaktifkan fokus seperti berikut.. Fokus 1 - konsep 'id, ego & superego' yang selari.. Bila diamati tentang Qarin ni, aku berasa ia menjelaskan konsep  id, Ego & Superego  yang aku belajar di bidang perubatan yang lalu, yang mana:  (tak pasal-pasal aku buka balik nota lecture psychology untuk ulang kaji ^-^!) "Freud  (ahli psikologi )  had proposed that individual personality structure can be divided into three, which are: --------------------------------------------------,1st division--------------------------------------------------------- id   - the unorganized, uninhibited and irrational seat of instinct  (the innermost core of the personality).  It operates according to the pleasure principle - it seeks immediate gratification / release regardless of rational con

Wanted! 2nd Wave

Imej
Entri ni sangat berkaitan dengan  Hobi di meja tulis , berkenaan karya agung aku  ( Wanted! ). Terdahulu dari siri pertama Syed mengakhiri tingkatan satu di sekolah berasrama. Maka siri ini disambung dengan peristiwa tahun kedua pula.. Fokus - Wanted! 2nd Wave Dengan kejayaan siri  Wanted! 1st journey  terdahulu, kisah Wanted! ni disambung lagi dengan tahun kedua di sekolah menengah. Berbekalkan kisah ringkas dari musim pertama maka plot cerita lebih diperkembangkan lagi.. Lihat 'isi kandungan' di bawah Musim kedua terdiri dari sejumlah 40 episod semuanya.. Sedikit kupasan tentang beberapa episod dalam siri kedua ni.. Siri ni dimulakan dengan pengenalan lebih banyak watak baru batch Syed di sekolah, kalau dulunya Syed di kelas 1A3 kali ni Syed menghadapi pesaing baru di kelas 2A1 pula.. "Aku lebih memperkenalkan banyak watak kawan-kawan lagi.. Kalau 1st journey, watak-watak lebih tertumpu kepada roommate aku (bilik 17) , dalam 2nd wave ni aku cuba mencakupi