Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Homebaker

Imej
Entri ini adalah bersempena laman promosi  ChocoChip . Mungkin suatu masa nanti aku tertanya-tanya kembali bilakah bermulanya semua ini. Jadi ini menjadi catatan diari tentang saat langkah pertama.. Pada satu hari ni, ketika pulang dari kerja. Buka pintu rumah tiba-tiba aku terbau kuih bakar yang wangi.. kelihatan isteri sedang membakar kuih coklat cip ala famous amos di atas dapur api secara teknik pengewapan.. "Rawak betul idea dia (isteri) tiba-tiba bakar kuih pula? Mungkin ke dia (isteri) teringat aku pernah tulis entri blog resipi pasal ni (rujuk entri memasak (3) )  ke? " - fikirku Nota - sebelum berkahwin, aku pernah meminta isteri agar meneliti entri-entri di blog aku ini untuk dia lebih mengenali aku. Jadi mungkin sekali-sekala dia (isteri) rujuk mana-mana entri/topik yang berkaitan.  " Nak beli oven boleh tak? " - pintanya beberapa hari selepas kejadian tersebut.. Aku tahu isteri suka memasak. Dan dia memang pandai memasak. semua masakan d

HO Arc! Episod 44 (akhir)

Imej
"Nama aku Syed. Dulu aku seorang HO di HKL. Siri HO Arc berkisar sedikit sebanyak kisah pengalaman serta pendapat peribadi aku sepanjang mengharungi detik-detik sebagai houseman officer.. "  Sejenak mengimbau episod silam.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G  (posting pertama) Episod 6-8: pengalaman posting Surgery  (posting kedua) Episod 9 -23 : posting medical  (posting ketiga) Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik  (posting keempat) Episod 35-39 : posting kelima orthopedik Dan akhirya masuk ke posting terakhir dah iaitu Jabatan Kecemasan.. Episod 40  : tagging ED Episod 41  : battle zone Green & Yellow (part 1) Episod 42  : battle zone Red Episod 43 : battle zone Green & Yellow (part 2) Episod 44 : epilog HO & prolog MO-Ship (1 May - 28 May 2015) Alhamdulillah, selesainya peperiksaan viva pada 1 Mei 2015 dan aku dah pun lalu. Jadi aku perlu menghabiskan sisa-sisa masa postingku terus meng

TELAMI study

Imej
Nota - dialog berikut adalah alih bahasa perbualan asal. Saja-saja aku alih ke bahasa tempatan ^-^ " D, sampel TELAMI dah sampai bilangan ke-190 dah hari ni.. Masih nak terus cari lagi ke? Atau boleh berhenti cari rekrut ?? " " Cukup la tu. Syabas kepada semua pihak yang menjayakan pengambilan spesimen dari sampel TELAMI sihat.." "Lepas ni, saya boleh tolong menguruskan spesimen TELAMI 'sakit' pula. ."  Dah lepas 3 bulan sejak aku mula melibatkan diri dalam kajian TELAMI. Pada masa itu, ramai dari rakan seperjuangan aku telah melibatkan diri dalam pelbagai kajian lain, lalu datang la boss aku (sebab aku takde tugas khas lagi masa ni) meminta pertolongan aku mencari rekrut. Maka jadilah aku membantu boss pada setiap sesi pagi Selasa & Khamis. "Jadi apa dia TELAMI ni? Fokus - TELAMI TELAMI merupakan satu kajian baru yang dilaksanakan buat kali pertama di Asia Tenggara, iaitu mengkaji tentang nilai 'nasib' bagi panjang