Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

[JomBaca] 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

Imej
Bismillah. Buku kedua untuk 2021. JOM BACA 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat Penulis - Mohd Razali Kamarudin  "..lebih dikenali Cikgu Razali Kamarudin (CRK) adalah pendidik di kolej vokasional pertanian Chenor, Pahang. Merupakan pengamal dan trainer teknik Faham Arab Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab kaedah Hafal Kata. Beliau juga telah menulis lebih 13 judul buku bertemakan pembangunan diri." Penerbit : usahasama Faqih Media & An Naafi' Community Bil halaman/ muka surat :  132 (bergambar, ringkas)  Deskripsi (kulit belakang):  Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat? Teknik bagaimana memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab al-Quran tanpa asas Bahasa Arab Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian memotiasi diri sendiri bagi meny

[Jombaca] Bukan Doktor Gugel

JOM BACA! Sasaran tahun 2021 ialah setahun 15 buku (ni sasaran asas bagi rakyat di Malaysia). Adakah akan berjaya?? Baik, buku pertama tahun ini ialah.. Bukan Doktor Gugel - Salah Faham, Mitos & Isu Semasa dalam Perubatan Penulis : Dr Suhazeli Abdullah - Dr Hana Hadzrami - Dr Kamarul Ariffin - Dr Noor Hayati Yasmin - Dr Fadh Rasy - Dr Shakirah Mohamed - Dr Tauhid Tarmuin - Dr Nor Anita Omar - Dr Jacknaim - Dr Suhaidin Che Ngah - Dr Hazreen Abdul Rashid - Dr Firdaun Hariri - Dr Mazlyn Mustapha - Dr Tengku Nur Atiqah - Dziehan Mustapa - Fahmi Hassan - Ruqayyah Muhd - Ustaz Zahiruddin Zabidi Penerbit : Penerbitan Kata-Pilar Bil halaman/ muka surat : 300 (padat tulisan) Deskripsi (kulit belakang) Vaksin penyebab autism? Ujian air gula penyebab diabetis ibu mengandung? Mandi ketika berpeluh penyebab panau? Resdung berpunca daripada ulat? Mandi malam penyebab paru-paru berair? Bolehkah menyusu bayi selama 2 tahun tanpa makanan lain? Sebelum era digital lagi telah banyak kepercayaan mel

Azam 2021

Bismillah..  Dah 2 minggu baru nak tulis azam?? Walaupun dah lewat tapi bagi aku azam tetap perlu tuliskan. Sebab dengan azam kita lebih peka dengan hala tuju tahunan. Dalam insya-allah pada setiap pencapaian azam membuktikan setidaknya kita telah berubah menjadi lebih baik.  Baik, jom tengok azam tahun ini. Kalau semak balik reviu azam tahun lalu, pencapaian tak begitu memberangsangkan. Jadi rasanya tahun ni lebih kurang sama, tapi ada penambahan lagi.. Agama Baca Al-Quran - sasaran khatam 5 kali setahun pertama : 19.3.2021 kedua : 8.5.2021 Hafazan Habiskan hafazan juz 28 Ulangkaji hafazan 30-29-28  Hafazan baru tahun ini rehat sikit dari penomboran. Tapi aku nak lengkapkan hafazan 10 surah popular (rujuk  [JomBaca] Mudahnya menghafal Al-Quran guna kaedah Jibril ) Tingkatkan kualiti solat Solat sunat sekali sehari Sedeqah 10% Lebih masa untuk Allah - sasaran 60 minit sehari "Kalau ingat lagi, dalam sehari ada 1440 minit, jadi berapa banyak masa kita luang untuk Allah? " - pe

Reviu Azam tahun 2020

Bismillah, macam tahun sebelumnya aku perlu introspeksi (muhasabah diri) azam, sama ada dah tercapai atau belum. semoga dapat dijadikan panduan untuk azam tahun 2021 pula..  Agama Habiskan Hafazan dari Juz 29  alhamdulillah dah habis pada 18.6.2020 Tambah sedikit hafazan dari Juzuk 28  Ada mula dah tapi hafazan juzuk 28 tak teguh sebab susah  Hafaz semula surah Yaasin, Al-Munafiqun (dulu pernah hafaz) Yaasin? - belum ulang hafaz lagi. (gagal) Al-Munafiqun? - alhamdulillah , sebab termasuk dalam progress juzuk 28 Tingkatkan kualiti solat (gagal)  - Aku tak pasti kualiti solat aku lebih baik.  Solat sunat sekali sehari (gagal) -  tak istiqamah juga Khatam Al-Quran 4 kali tahun ini - alhamdulillah Nota tambahan - jangan baca Al-Quran telefon, tapi cari Al-Quran di masjid atau surau. Pelbagaikan sentuh naskhah yang berbeza-beza.  pertama - 5.3.2020 kedua - 5.5.2020 ketiga - 20.6.2020 Keempat - 3.10.2020 Kelima - 25.12.2020 Sedeqah 10%  (gagal) -  tak begitu istiqamah juga Lebih masa untuk