Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

FQE Kita Jumpa Kat Akhirat

Imej
Bismillah.. Hari ini jumpa lagi video FQE yang menarik.. FQE Kita jumpa kat akhirat je  "Aku takkan maafkan kau! Kat akhirat nanti kita settle"  Ucapan si mangsa yang ditindas. Geram tak terdaya, memohon agar Allah yang Maha Adil memberi pembalasan yang setimpal kepada penindas.. Aku faham sangat situasi macam ni. Aku pernah kena musibah kecurian 28.4.2012 yang lalu, juga pengalaman kena tipu MLM One Community yang mana pesalah berlepas diri tidak ada apa-apa pembalasan.. Dan aku rasa ramai sangat orang jadi mangsa penipuan (scammer) yang menyamar pelbagai, semuanya terlepas dari penghakiman. Geram, sedih.. "Kau carilah aku kat akhirat nanti. Aku takkan halalkan apa yang kau tipu. Biar Allah balas seadil-adilnya di akhirat" Berhenti (anggapan sebegini)!! Hari akhirat ialah hari yang susah buat semua (termasuk aku sendiri) sebab dihitungnya pahala dan dosa. Ucapan sedemikian sebenarnya membuatkan pentas akhirat kita lebih susah buat kita. Sebabnya awal-awal lagi Kita

Diari Pesakit Covid (sendiri)

Dalam 2 tahun lebih sejak wabak covid-19, akhirnya aku dan keluarga aku kena juga akhirnya.. 8.8.2022 Isnin  Aku pergi kerja macam biasa. Kerja lepas cuti panjang membuatkan aku lebih bersemangat sikit dari biasa. Aku bertugas di unit MCH pada pagi tu. Memang sibuk sebenarnya sebab lebih masa rehat tengah hari. Tapi sebab aku puasa Asyura maka tak kisah lah.. Pagi tersebut memang aku tak bergejala langsung. Cuma dalam pukul 1130pagi aku dapat panggilan dari isteri.. "Haniya demam panas.." - ujarnya Lantas aku mengimbau kembali saat-saat aku nak bertolak ke kerja - Haniya tampak seperti biasa menyusu badan.  Dan diikuti pula oleh rakaman video oleh isteri akan babak-babaknya mandi hari ni. Nampak aktif macam biasa. Syukurlah tak ada tanda amaran bahaya.. Menjelang petang, aku kali pertama kerja bahagian admin MCH. Tak jumpa pesakit pun, hanya buat kerja-kerja pengurusan. Cuma aku mula berasa sakit tekak. Belum disusuli batuk yang ketara lagi masa ni. Gejala lain pun belum ada

FQE - Aku Tak Puas Hati Dengan Apa Yang Allah Jadikan

Imej
Bismillah.. jom muhasabah diri lagi melalui video ni FQE - Aku Tak Puas Hati Dengan Apa Yang Allah Jadikan Jadi video kali mengupas ringkas salah satu ayat dari Al-Quran (masa dengar video ni aku tahu ada ayat ni cuma tak disebutkan surah apa ayat mana) berkenaan punca utama kita mengubah ciptaan Allah (baik pada diri atau haiwan). Halnya sebab syaitan membisikkan perasaan "tidak tenteram" tentang sesuatu.  Membuat kita cenderung ke arah mengubah ciptaan Allah dengan dua tujuan 1) mengharapkan perhatian manusia semata-mata 2) salah satu bentuk khurafat (mempercayai dengan mengubah bentuk takdir akan jadi berbeza)

FQE - Respon balas yang lebih baik terhadap Ujian

Imej
Kali pertama aku dengar kisah watak Tabi'e ni. Jom tengok. Semoga bermanfaat FQE - Tindak balas yang lebih baik terhadap Ujian Di sebalik kita cuba tenangkan diri dan ringankan ibadah, video kali ini mengongsikan bagaimana Tabi'e Wahb menghadapi ujian beliau sebaliknya lebih banyak beribadah.. alasannya ialah...... (Lihat video)

FQE - Cegah Burnout Syndrome Amal ibadah

Imej
FQE. Kena istiqamah dalam tengok video yang baik ni. Dah la tak selalu turun kuliah masjid. Khutbah Jumaat pun banyak tidur pula..  FQE - "Anak saya banyak sangat buat amal ibadat" Video 3 minit lebih ni menyentuh 2 fokus utama 1) risiko burn out syndrome buat ahli ibadah. Maka adanya garis panduan buat ibadah sunat  - baca Al-Quran - puasa sunat - Qiamullail Paling penting tujuan agar sentiasa istiqamah, dan nak elakkan burn out syndrome. Sebabnya hasil ibadah ni tak nampak oleh mata fizikal, maka sering kita jadi salah sangka dan cepat terpengaruh 2) secara sampingannya menyentuh isu keibubapaan dalam mendidik anak-anak. Zaman sekarang bila anak perangai tak elok, mulalah bawa jumpa ustaz suruh doa .

FQE - Sabar & Ganjarannya

Imej
 Video kali ini bertemakan sifat sabar. Jom tengok FQE - Sabar dan ganjarannya Antara kalimah yang berulangkali disebut dalam video ialah ucapan انا لله وانا اليه راجعون (inna lillah) yang menjadi teras utama kesabaran

FQE - Jadilah sahabat kepada anak anda

Imej
 Video kali ini bertemakan keibubapaan (parenting). Jom tengok FQE - Jadilah sahabat buat anak anda Antara mesej penting dari video ni ialah ibu bapa perlu hands on luangkan masa bersama anak terutamanya zaman mereka perlukan perhatian.  Hubungan yang terbina akrab masa kecil akan membuatkan mereka beri perhatian kepada kita  pada usia dewasa. 

FQE - Google lebih mengenali anda

Imej
 FQE. Hari ni nak kongsi satu video yang agak klise FQE - Google mengenali anda lebih daripada anda sendiri Perkara ini agak mengejutkan ramai. Di sebalik kita bebas gunakan internet secara percuma, rupanya "internet" tersebut mengkaji pemikiran kita secara percuma melalui perisian dan peranti telefon tanpa kita sedar Tapi apa yang video ni cuba sampaikan sebenarnya ialah di sebalik kita gempar bahawa Google boleh mengenali kita melalui interaksi digital, rupanya kita perlu lebih gempar bahawa Allah Maha Mengetahui semua dan apa sahaja berkenaan kita, baik interaksi digital mahupun fizikal..

FQE - Pengikut yang buta

Imej
 FQE lagi.. Jom tengok video kali ini FQE - Pengikut yang buta Video kali ini menegur kebanyakan sikap kita (termasuk saya) dalam mengikuti sesuatu ajaran. Misalnya apabila kali pertama diajarkan sesuatu ilmu berkenaan agama (Al-Quran dan As-Sunnah), kita tak boleh sekadar ambil maksud pada nilai muka sahaja. Kena fahamkan juga apa senario asal yang mencetuskan dalil tersebut (muhasabah apakah sama sebiji macam senario kita) Bagaimana reaksi para sahabat dengan hadis tersebut Apa pula norma masyarakat pada masa tersebut Apakah hikmah yang telah berlaku disebabkan dalil tersebut?  Apakah kita faham sebagaimana para sahabat zaman nabi faham berkenaan dalil tersebut.. Sebab itu, perlunya mendalami ilmu agama lagi. Bukan setakat tengok YouTube dah boleh bahas-bahas hukum..

FQE - Jangan impikan kehidupan orang lain

Imej
Masa untuk FQE lagi. Dah dewasa ni selalu kita disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Alhamdulillah adanya teknologi serba canggih dan ikhtiar dari pendakwah hasilkan animasi video tazkirah Tanpa membuang masa, jom tengok video kali ni. FQE - Jangan impikan kehidupan orang lain Terdapat hadis berkenaan bahawa jangan melihat orang yang lebih atas dari kita, tapi sebaliknya lihat orang yang lebih bawah dari kita, nescaya kita akan lebih bersyukur Tapi video ni bukan tentang hadis tersebut. Penjelasan lebih uniknya setiap orang telah diaturkan senang dan susah masing-masing (hanya sesuai dengan individu tersebut sahaja). 

FQE - Jadikan dosa anda satu rahsia

Imej
 FQE datang lagi.. FQE - Jadikan dosa anda satu rahsia daripada sesiapa Betul sangat. Bila kita buat dosa selalunya dosa tersebut dalam keadaan tertutup, iaitu orang luar tak tahu pun dosa tersebut.. melainkan mereka terlibat sebagai mangsa atau saksi atau rakan dosa.. Contoh.. Bila kita mencuri duit seseorang, hanya kita (pelaku) sahaja yang tahu.. atau mangsa yang mungkin tahu.. kawan baik (pihak luar) tak tahu pun.. Anda boleh fikir contoh lain.. Hakikatnya, fitrah asal kita apabila buat dosa, kita tak nak orang lain tahu. Tapi berbeza golongan muhajarah ni apabila melanggar fitrah tersebut, bahkan bangga memberitahu orang lain.. Jom semak diri kita masing-masing. Sebab dunia digital ni, banyak kita menyangka kita bebas tulis apa saja

FQE - Jangan Putus Asa dalam laksana jihad yang baik

Imej
Baru ni aku terjumpa video animasi comel tazkirah hasil oleh FQE (Free Quran Education). Ada pelbagai video dengan aneka mesej nasihat agama. Jadi saja aku nak tuliskan nota dalam ni sebagai panduan.. Jom tengok video FQE - Jangan putus asa dalam jihad yang baik hanya kerana beberapa ancaman Watak Abu Haitham merupakan seorang penjenayah yang telah ditangkap dan diberi hukuman tapi masih degil. Dalam pada itu, dia masih ber"degil" untuk tidak berubah. Siapa sangka dia ni yang beri nasihat berguna kepada Imam Ahmad Hambali..