Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

The Adventures of Scampers The Penguin [kartun]

Imej
"Teringat aku akan satu kartun yang pernah ditonton zaman kanak-kanak dulu.." The Adventures of Scampers The Penguin [kartun] Filem animasi ni adalah asalnya daripada keluaran syarikat Jepun+Russia dengan nama " The Adventure of Lolo the Little Penguin " dalam 3 episod yang bersambungan. Namun, syarikat Amerika kemudian beli filem ni, edit dan gabungkan menjadi satu filem panjang. "aku teringat lagi seawal 6 tahun [1994] , ibu bapaku beli video tape [format VHS] untuk dipasang di rumah.."  Filem animasi ini bersifat sedikit unsur dokumentari tentang kehidupan penguin di benua Antartika. Kisah bermula daripada saat-saat kelahiran (penetasan telur) penguin comel bernama Scamper/Lolo hinggalah sampai usia dewasa.. Jom tengok iklan trailer ni;

Trip Singapore 2018 (part 6)

Imej
"Aku & isteri bercuti ke Singapura 3 hari 2 malam. Hari pertama kami lawati beberapa tempat seperti Bugis Street, Arab Street, Kampung Glam, Masjid Sultan. Juga ada melawat beberapa ikon utama Singapura seperti Singapore Flyer dan Garden by The Bay.. terbaru dari part 5 , aktiviti utama kami pada hari kedua ialah pergi ke Pulau Sentosa dan main di USS. Banyak permainan menarik di sini. Jadi memang sepanjang hari kami berada di sini sampai masa tutup 7malam. "part 5 mencakupi kisah di USS, sambung next part untuk kisah akhir la ye.. " ----------------------------------------------part 6 (akhir)--------------------------------------------------- Jadi turun dari Sentosa Ekspress, kami turun ke stesen bawah tanah pula naik tren MRT NE1 Harbourfront sampai ke stesen NE8 Farrer Park. Kemudiannya berjalan balik ke hotel yang sama NuVe URBANE . Cuma kami dah sesat jalan pula. Memang tak biasa jalan di Singapura ni. Sesat-sesat rasa lapar (di USS kali ni kami ta

Trip Singapore 2018 (part 5)

Imej
"Aku & isteri sedang bercuti di Singapura selama 3 hari 2 malam. Hari pertama agak kami dah lawat beberapa tempat di sekeliling hotel seperti Bugis Street, Masjid Sultan, Kampung Glam, Zam Zam Restaurant dan kemudiannya check in di hotel NuVe URBANE   Terbaru dari  part 4 , kami naik Ferris Wheel (Singapore Flyer) , serta berkesempatan singgah di Garden by The Bay & Marina Bay. Dah penat-penat jalan seharian, akhirnya kami balik ke hotel untuk berehat.. "Jadi esok adalah aktiviti utama percutian kali ni... iaitu pergi ke  USS  di pulau Sentosa.." --------------------------------------------part 5 dah sekarang ni-------------------------------------------- Esoknya lepas sarapan pek kembara di hotel, kami bergerak dari hotel menuju stesen tren NE8 Farrer Park (pun dekat jugak la dengan hotel), naik tren pergi ke NE1 Harbour Front. Outfit hari ni. Macam selalu, baju kegemaran aku ialah dari jenis hoodie short sleeve..

Trip Singapore 2018 (part 4)

Imej
"Aku & isteri sedang bercuti di Singapura, selepas mendarat. Aku tak berjaya untuk check in awal sebab belum masanya lagi. Jadi kami isi masa berjalan-jalan di kawasan sekeliling dulu.." Previously dari part 3  , setelah berjalan pusing-pusing di kawasan berhampiran dah sampai masa untuk check in hotel dan rehat sekejap "Dekat-dekat pukul 5petang, kami bangun dan pergi ke destinasi seterusnya.." ------------------------------------------part 4 bermula sini--------------------------------------------------- Dari hotel kami naik stesen EW12 Lavender menuju ke CC4/DT15 Promenade . Laluan tren sedikit berbeza, jadi kena tukar tren di stesen EW13 Bugis . Kemudian dari stesen, kami berjalan pergi ke..

Trip Singapore 2018 (part 3)

Imej
Dari entri lalu - aku & isteri bercuti ke Singapura selama 3 hari 2 malam, setelah mendarat pagi hari. Kami bergerak menuju ke hotel untuk check in awal, tetapi tak berjaya. Maka kami jalan-jalan dulu di persekitaran di Bugis Street, Masjid Sultan, Kampung Glam dan juga makan tengah hari di Zam Zam Restoran.. "Akhirnya sampai masa check-in hotel (pukul 230petang). Dari seawal subuh dah bangun, berjalan suku hari di Singapore, maka kami pun kembali ke hotel dan berehat sementara.." - part 2 --------------------------------------------part 3 mula---------------------------------------------------------- Dah sampai masa untuk tengok bilik hotel.. 5# Hotel Nuve Urbane Hotel pilihan aku, namanya Hotel Nuve Urban.  (aku rasa la)  paling tinggi pun bertahap 3.5 bintang. Harganya SG$100. Hotel ni tak besar (ada tak sampai 70 bilik) , tapi berkonsepkan binaan moden. Sangat cantik, dan canggih.. Terdapat juga hotel dari kumpulan yang sama: Hotel NuVe , Hotel NuV

Trip Singapore 2018 (part 2)

Imej
Sebelum ni dari entri part 1 , aku dan isteri mula berlepas ke Singapura dengan AirAsia seawal 7pagi lagi. Lepas mendarat, kami pun menuju ke hotel terlebih dahulu ingatkan dapat check in awal, tapi sangkaan kami meleset. Kebetulan, aku ada kawan-kawan PJHUS yang kebetulan melancong ke sini juga. Maka aku ambil kesempatan jumpa mereka sekejap. "Kemudian kami berpisah dan bergerak jalan menuju ke destinasi pertama." ------------------------------------------------part 2 mula--------------------------------------------------------- 1# Bugis Street [expenses fee: own shopping] Tempat ni umpama Jalan Tunku Abdul Rahman  (di KL)  atau Jalan Masjid India  (di Kuching) . Sepanjang jalan adanya kedai-kedai atau gerai-gerai jualan cenderahati dalam bentuk magnet peti sejuk, keychain, baju, kain, topi dan pelbagai lagi. Sesuai untuk pelancong belikan buah tangan sebelum dibawa pulang ke tanah air. "Isteri aku beli baju untuk keluarganya. Sementara aku tak beli sanga

Trip Singapore 2018 (part 1)

Imej
sebelum ni dari prolog , aku rancang satu percutian 3 hari 2 malam ke Singapura. Jadi ada beberapa persediaan rapi yang perlu dilakukan agar kembara ini berjalan lancar, termasuklah passport, duit tukaran, roaming, tiket, bekalan sikit dan lain-lain.. "Ok, kalau persediaan dah siap, jomlah kita mula.." ----------------------------------------------part 1 mulai-------------------------------------------------------- Untuk banyakkan masa di Singapore, sengaja aku memilih flight awal pagi dari Kuching ( KCH) . masih gelap lagi latar belakang Hendaknya mendarat di Singapura SIN , nanti ada masa lebih untuk jalan-jalan. Jadi flight kami pukul 7pagi. Selalunya penerbangan antarabangsa kena daftar masuk (check-in) awal 3 jam, tapi sekarang ni ada kemudahan web check-in & mobile check-in, u rusan check in boleh dilakukan dalam 14 hari sebelum hari berlepas. Cuma kalau nak check-in beg luggage masih kena datang awal 3 jam. Kami takde beg luggage jadi tak risau sanga

Trip Singapore 2018 (prolog)

Imej
Menjelang ulang tahun perkahwinan aku dan isteri. Saja-saja aku nak bawa isteri jalan-jalan. Setelah berbincang, dia berhasrat untuk pergi main di USS . Jadi aku pun merancang percutian kami. Alang-alang pergi ke USS , mungkin aku nak ambil kesempatan untuk jalan-jalan di singapore sedikit. Oleh sebab nak pergi ke negara luar selama  3 HARI 2 MALAM  jadi ada beberapa persediaan perlu dilakukan: (1) Passport buku biru DPT perlu untuk masuk Sarawak & Sabah Dah nak pergi luar negara kena la ada passport. Alhamdulillah aku dan isteri ada passport masing-masing, cuma perlu dipastikan tempoh masa laku belum tamat lagi.. "Kalau tak silap, sekarang ni bayaran untuk buat passport adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun. Kalau di Kuching, passport boleh dibuat di jabatan imegresen UTC Kuching siap dalam satu jam." 

Mati 2 kali

Imej
kebanyakan teks tazkirah ini hanyalah salin semula dari Al-kitab di atas. Best Al-Quran ni Sedangku baca-baca Al-Quran bersama isteri, lagi aku terjumpa ayat Al-Quran yang bagiku menarik perhatian. Jom saya kongsikan di sini bersama sedikit kupasan: "Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia sedang tidur, maka Dia menahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia telah lepaskan semula nyawa yang lain sehingga sampai pada waktu yang ditentukan *. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir" (Surah Al-Zumar 39:42)

Holiday Island [Game PC]

Imej
"Game adalah pesaing SimCity satu masa dahulu dengan sedikit perbezaan unik.." siapa ingat lagi cover CD ni Holiday Island [PC] Holiday Island adalah dari genre strategy (business simulation) yang dihasilkan pada tahun 1996 oleh Moritz Baer, Niel Kokkelink & Rainer Michael  dari satu syarikat Jerman ( Germany ) yang bernama Sunflower Interactive Entertainment .  "Aku mula didedahkan kepada game ni mesti sejak ayah beli PC di rumah (tahun 1998 ), jadi mungkin pada tahun yang sama ( 1998 ) atau tahun depannya ( 1999 ), masa tu belum ada banyak lagi game yang hebat-hebat macam sekarang. Sekali sekala aku masih suka lagi game sebegini.." Kalau nak main balik sekadar kenangan lama atau cuba-cuba (baru) maka aku sediakan hyperlink --> download   (nota - sumber aku copy paste dari blog / laman orang lain The Collection Chamber ) "This custom installer exclusive to The Collection Chamber uses  DOSBox  running Microsoft Windows 3.1 to get the

"Rombongan" di akhirat

Imej
Kalau ingat lagi entri blog aku yang lalu.. "Hari ni aku dan isteri menyertai larian amal  (charity run ) anjuran pusat membeli-belah Vivacity, Kuching. Jadi berkenaan peristiwa berlari ni ada 2 fokus utama yang aku nak tuliskan dalam blog. Semoga bermanfaat buat orang ramai.."  Sedikit latar tempat berkenaan larian amal ini. Program larian yang aku sertai ini hanya sejauh 3km, bertempat di dalam bandar Kuching juga. Kami berlari di sepanjang jalan raya. Dengan adanya bantuan pengawal keselamatan (untuk mengawasi keadaan trafik) , alhamdullillah larian ni dapat dijalankan dengan selamat. Terima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain (kereta, motor, lori dll) kerana memberi kerjasama yang baik. Takpe, jom masuk ke fokus entri kali ni.. Fokus : 'Rombongan' yang pelbagai Sedangku berlari-lari anak bersama isteri, aku baru perasan tentang suasana berlari ketika itu.. Pada ketika semua bergerak pada arah yang sama, masing-masing dengan keupayaan tersendiri

Sifat tamak

Imej
Hari ni aku dan isteri menyertai larian amal (charity run ) anjuran pusat membeli-belah Vivacity, Kuching. Jadi berkenaan peristiwa berlari ni ada 2 fokus utama yang aku nak tuliskan dalam blog. Semoga bermanfaat buat orang ramai.. [ nota awal - mungkin topik ini sedikit serius dan berbaurkan emosi, maka mari hadam dan rasionalkan bersama] Sempena larian ini, ada beberapa kaunter dibuka untuk pelari-pelari. Antaranya kaunter minuman (air mineral, air isotonik, roti bun, biskut). Sedikit kelainan baru ialah terdapatnya kaunter untuk print gambar kenangan untuk dibawa pulang. gambar kenangan kami "Cuma snap foto sendiri dan upload di instagram beserta hashtag [#vivacitycharityrun2018] maka gambar akan tersedia pada monitor. Cuma perlu tekan untuk print sahaja secara PERCUMA . Jadi aku dan isteri berbincang betul-betul dan masing-masing pilih satu je untuk print (maksudnya aku pilih satu, isteri pilih satu je). Bagi peluang untuk pengguna (pelari) lain nak guna juga.."

Ujian personaliti (kawan-kawan)

Imej
Sambungan daripada entri terbaru  ujian personaliti (sendiri) , timbul satu persoalan lain; "Agaknya aku dah pernah bersua/ berkawan dengan kawan-kawan dari pelbagai kumpulan personaliti ke belum?" Sebab rasa ingin tahu, maka aku nak buat bancian sikit la. Setakat ni, hasil dapatan aku ialah; [nota - aku dah set hyperlink setiap istilah personaliti ke website asal untuk maklumat lanjut, boleh klik untuk baca] Diplomats - kalau tengok definisi dari kamus ialah individu yang berkemahiran untuk menangani situasi yang genting pada cara yang tidak menyakiti/menyinggung orang lain ( CAMBRIDGE  definition; a person who is skilled at dealing difficult situation in a way that does not offend people)

Gagal temuduga..

Bismillah.. Hari ni keputusan interview HLP keluar.. (Rasanya aku tak pernah tulis dalam blog tentang perkembangan hal ini, jadi kena buat quick introduction sikit.. ^-^!). Sebelum ni.. "Bagi pekerja kerajaan terdapat satu tawaran Hadiah Latihan Persekutuan ( HLP ) iaitu berupa biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda/ sarjana (bergaji). Tawaran ini dibuka setiap tahun (suku ke3) , yang mana permohonan perlu dibuat secara online, tapi tentulah perlu melalui saringan sama ada ujian bertulis / temuduga atau kedua-dua, sebelum tawaran diberikan.." Jadi aku pun memohon HLP secara online untuk lanjutkan pengajian dalam sarjana bidang perubatan keluarga ( family medicine ). Alhamdulillah, permohonan aku diproses dan aku dijadualkan ujian saringan: 13 Disember 2017 : peperiksaan kemasukan bertulis dalam format Multiple Choice Question. Ada 60 soalan dengan 5 pernyataan. Jadi (60 x 5=) 300 pernyataan yang perlu dijawab betul atau salah berkenaan topik yang b

Ujian personaliti (sendiri)

Imej
Saja-saja la aku buat ujian personaliti. Taip je "personaliti test" di Google Search, akan keluar sejumlah hasil carian. Maka secara rawaknya aku klik di pautan www.16personalities.com dan masuk ke laman web tersebut. Nampaknya ada set beberapa soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu untuk mengetahui jenis personaliti. Soalannya cuma tentukan tahap setuju/tidak setuju pernyataan yang diberi. Dan nasib baik tak ambil masa lama sangat (dalam lebih kurang 10 minit, kalau pandai bahasa inggeris mesti lagi cepat) . Kemudian, semua jawapan akan dikumpul dan dianalisa sebelum keputusan akhir ditentukan. Dan keputusan aku ialah:

Stream of thought 2.0

Imej
Terbaru ni aku jumpa iklan di YouTube tentang satu software/applikasi website creator, maka aku save dan kongsikan di sini.. Menarik kan? Boleh buat macam-macam.. Jadi aku pun berniat nak cipta website baru : Stream of Thought 2.0 " version 2.0 of the original Stream of Thought blogspot. A bit more organized content with many more feature to come.. " - subheader

Cabaran 10,000 langkah

Imej
Baru-baru ni di tempat kerja, ada program baru dianjurkan untuk golongan staf. Antaranya program KOSPEN Plus.. "KOmuniti Sihat PErkasa Negara ( KOSPEN ) adalah satu program  inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit ( Non Communicable Disease,  NCD ) di negara ini.. " - sumber laman web  Infosihat.gov.my Program KOSPEN disasarkan kepada semua golongan masyarakat bagi meningkatkan mutu kesihatan awam. Namun, tak dilupakan juga staf KKM juga masih perlu diberi penekanan untuk program ini juga. Maka " KOSPEN Plus" dilancarkan dalam golongan sesama staf KKM.. "Hendaknya staf KKM ni tidak la hanya pandai berbicara tentang gaya hidup sihat semata-mata. Mereka pun hendaklah merasa sendiri program tersebut, baru la duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.." Salah satu cabaran / usaha untuk meningkatkan mu