Mati 2 kali

kebanyakan teks tazkirah ini hanyalah salin semula dari Al-kitab di atas. Best Al-Quran ni
Sedangku baca-baca Al-Quran bersama isteri, lagi aku terjumpa ayat Al-Quran yang bagiku menarik perhatian. Jom saya kongsikan di sini bersama sedikit kupasan:
"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia sedang tidur, maka Dia menahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia telah lepaskan semula nyawa yang lain sehingga sampai pada waktu yang ditentukan *. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir" (Surah Al-Zumar 39:42)
*Sebenarnya kedua-dua orang mati dan orang tidur Allah s.w.t akan ambil/pegang nyawa (roh) masing-masing. cuma bagi orang yang telah ditetapkan ajal (mati), Allah akan tahan (roh) tersebut daripada pulang kepada badan, sementara bagi orang yang tidur pula, apabila sampai masa untuk (terjaga bangun), Allah akan lepaskannya pulang kepada badan..

Ada beberapa hadith lagi yang menyokong ayat tersebut
Daripada Ibnu Abbas r.a menjelaskan, " Telah sampai khabar kepada saya bahawa ketika seseorang sedng tidur, maka rohnya bertemu dengan roh orang yang telah meninggal duniak lalu terjadi perbualan di antara mereka. Maka Allah memegang roh orang yang telah meninggal dunia, dan melepaskan roh orang yang masih hidup kembali ke jasadnya (Riwayat Ibn Mandah)
Daripada As-Sudi mengatakan, Allah s.w.t mematikannya ketika dia tidur, maka roh orang yang masih hidup bertemu dengan roh orang yang telah meninggal duinia, lalu mereka saling berkenalan dan saling berbicara. Setela itu, roh orang yang hidup akan kemabali kepada jasadnya di dunia sehingga ajalnya datang menjemput, dan roh orang yang meninggal kembali ke jasadnya di alam kubur sehingga tertahan di sana. (Riwayat Ibnu Abu Hatim)
Dari hadith tersebut sokongan tersebut, jadi dapatlah difahamkan ada 2 masa Allah telah mematikan manusia;
  1. Allah mematikan ketika manusia tidur. Allah pegang sekejap, dan bila sampai masa untuk berjaga, maka Allah lepaskan semula masuk dalam jasad. (nota - disebabkan aktiviti tidur itu berulang-ulang kali berlakunya, maka hanya dikira sebagai sekali saja. Seperti mana tatabahasa english juga menyatakan ALL/ EVERYDAY / ALWAYS dikategorikan sebagai SINGULAR term)
  2. Allah s.w.t mematikan apabila telah sampai ajal. Masa ni, Allah ambil jasad dan hantar semula (tapi ke alam barzarkh) untuk dipersoalkan sebelum hari kebangkitan 

Jadi patutlah doa sebelum tidur dan bangun tidur adalah sedemikian.. Subhanallah~
Meanwhile, other stream of 'random' thought ^-^
  • Tentang perkara mati 2 kali ini, adakah komik Dragon Ball mengambil konsep yang sama (iaitu manusia hanya mati 2 kali sahaja..) ? Kebetulan saja ke?
  • Novel fiksyen For One More Day.. yang aku pernah baca dulu, sebenarnya berkonsepkan roh bertemu roh ketika tidur ke.. Mungkin ke??


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)