Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

[Jom Baca] Blogspot dalam Sehari

Imej
JOM BACA ! Sempena musim wabak covid-19 ini elok luangkan masa di rumah sahaja. Jangan keluar rumah (tanpa sedar boleh merebakkan penyakit kepada orang muda & tua, walaupun kita nampak sihat). Tapi takkan duduk rumah hanya menghadap TV, komputer & telefon pintar pula sepanjang masa? Jom alihkan tumpuan menjauhi skrin anda.. Blogspot Dalam Sehari (Siri Pasti Boleh) Penulis : Fahmi Idham Penterjemah (jika ada) - tiada Penerbit : SynergMedia Bil halaman/ muka surat : 171 laman bergambar hitam-putih Deskripsi buku (kulit belakang) Buku ini memaparkan kumpulan trik terbaik Blogspot untukmenghailkan bloganda menjadi lebihmenarik dan mempunyai pelbagai funsi. Kombinasi antara tutorial sederhana sehingga kompleksdisajikan dengan ringkas tetapi padat hingga mudah untuk difahami Beberapa tutorial yang disajikanadalahseperti mengimport blog dari WordPress, menggabungkan domain sendiri pada Blogspot, membuat e-mel pada domain sendiri, menghasilkan FavIcon, membuat ha

Covid19 - Siapa yang Perlu Pakai Penutup Mulut sebenarnya?

Imej
Baru-baru ni, wabak coronavirus (covid-19) semakin merebak.. Bukan sahaja di China, malah Malaysia, Jepun, Korea, Italy juga giat dalam pengesahan dan perawatan kes covid 19 ini.. Situasi di seluruh Malaysia menjadi semakin panik kerana penyakit tersebut boleh membawa kemalangan jiwa tatkala proses pencegahan (vaksin) atau rawatan masih lagi dalam usaha. Aku pasti pihak staf kesihatan bertungkus-lumus memikirkan tindakan terbaik buat semua.. Ada beberapa perkara yang menarik untuk dibincangkan berkenaan covid-19 ni.. Tapi yang aku nak sentuh dalam penulisan kali sebenarnya diambil dari siaran Facebook.. Fokus - Siapa yang perlu pakai Penutup Mulut untuk mengelakkan Coronavirus merebak? Untuk pengetahuan, coronavirus merupakan virus dalam sistem pernafasan (respiratori), maka secara mudahnya ditafsirkan virus ni merebak melalui pengudaraan / semburan. Jadi seluruh Malaysia sudah panik, habis semua penutup mulut di farmasi telah pun habis dibeli oleh orang ramai. Andaiannya, d

[JomBaca] Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual

Imej
Jom kita baca buku! Jadikan amalan membaca sebagai tabiat dalam kehidupan harian. Sasaran aku tahun ni sama macam tahun lalu, iaitu sebuah buku dalam sebulan. Susah sebenarnya. Tapi insya-allah aku akan berusaha.. Buku yang kedua untuk tahun 2020 Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual Mahu menjadi orang popular? Disanjung? Disukai ramai? Salah satu kemahiran yanh mesti ada pada diri kita adalah kemahiran bercakap-cakap & berbual-bual Penulis :   1) Abdullah Hassan 2) Ainon Mohd Penterjemah (jika ada) : Tiada Penerbit : PTS Publishing House Bil halaman/ muka surat : 362 Deskripsi (kulit belakang) Tip menulis dalam Media Sosial Tulis teks menggunakan ejaan, tatabahasa, tanda bacaam, dan format yang betul bagi mencipta persepsi positif tentang si penulis Posting kita membayangkan personaliti kita dan cara fikir kita Elakkan menulis posting yang menyindir ataupun mengkritik mana-mana individu ataupun pihak Markah (peribadi) : 3.5 / 5 Komen (periba