Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Projek 5912-1925

Imej
logo projek Dah lama habis lukis komik Wanted!, aku masih rindu melukis. Cuma bila fikir-fikir balik aku tak boleh nak lukis kertas lepas tu imbas & muat naik.. Tapi entah kenapa mesin pengimbas tak berfungsi lagi, manakala cubaan guna aplikasi telefon pintar tidak memberikan hasil terbaik.. Tak memuaskan.  Maka cara terakhir ialah melukis secara digital! Bersempena musim beli-belah Shopee 7.7 yang lalu, aku hadiahkan diri sendiri beli tablet melukis. Beli murah je (jenis tanpa skrin, sambung ke laptop/telefon pintar).  Mula-mula sangat kekok melukis. Berlatih sikit barulah aku bersedia untuk laksanakan  3 Pelan Karya  (sila baca penulisan tersebut untuk lebih lanjut). Cuma aku perasan sesuatu.. Budaya Tulisan Jawi  semakin pudar dalam diri masyarakat kita (yang Melayu terutamanya). Tulisan Jawi tulisan warisan budaya, tapi aku tak jumpa pun orang rancak menulis jawi. Walaupun menteri agama umum hari jumaat hari jawi. Tapi, betapa ramai orang tak ambil kisah.. Bahkan lebih rancak u