Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Borneo Samariang Waterpark

Imej
بسم الله. السلام عليكم Hari ni aku dan isteri pergi ke Borneo Samariang Waterpark yang telah dibuka sejak 31 Mac tahun ini. Seperti namanya, ini adalah taman rekreasi air yang dibina sebagai satu lagi daya tarikan pelancong ke Sarawak. Dah hampir 9 bulan sejak perasmian pembukaan, barulah kami pergi ke sana.. "سببڽ كالاو داتڠ تروس بولن 4, تاكوت باڽق لاݢي اكتيۏيتي ماسيه بلوم سديا" --- sedikit imbas kembali --- Satu masa lalu (bulan 8) , sedang kami jalan-jalan di kompleks beli-belah, kami terjumpa gerai promosi taman rekreasi ini dengan harga yang lebih murah. Promosi tersebut berupa tiket pra-bayar (boleh digunakan sekali saja sebelum tarikh tamat 31.12.2018) Harga pra-bayar (promosi) = RM28 seorang (dewasa) Harga asal di kaunter = RM38 seorang (dewasa) , RM28 (kanak-kanak/warga emas) "الڠ٢ ده ادا دسراواق, اكو فيكير با‌ءيقڽ ڤرݢي سهاج باڽق٢ تمڤت مناريق دسيني سبلوم ڤينده ڤولڠ سمننجوڠ" --- habis imbas kembali --- Beli dah beli, tapi selalu tertan

Trip Europe 2018 (Hari 11 - pulang)

Imej
Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu; Hari 1  - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates Hari 2  - Di Franfurt (Jerman) Hari 3  - Di Heidelberg (Jerman) Hari 4  - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman) Hari 5  - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt Hari 6  - Di Amsterdam Hari 7  - Di Zaanse Schaan Hari 8  - Perjalanan tren dari Amsterdam ke London (UK) melalui Brussel (Belgium) Hari 9 - Jalan di sekitar HydePark, Kensington Palace, Oxford Street & Central London Mosque Hari 10 - Pergi ke British Museum, East London & East London Mosque "Dah nak balik, baru la berpeluang untuk gunakan pengangkutan awam sini.."

Trip Europe 2018 (Hari 10 - British Museum & East London Mosque)

Imej
Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu; Hari 1  - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates Hari 2  - Di Franfurt (Jerman) Hari 3  - Di Heidelberg (Jerman) Hari 4  - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman) Hari 5  - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt Hari 6  - Di Amsterdam Hari 7  - Di Zaanse Schaan Hari 8 - Perjalanan tren dari Amsterdam ke London (UK) melalui Brussel (Belgium) "Terbaru pada hari 9, kami mulakan berjalan di kawasan Hyde Park yang besar, Kensington Palace, kemudianya solat jumaat di Central London Mosque, dan kemudiannya pergi ke Oxford Street. Apa agaknya aktiviti seterusnya?" 24.11.2018 Sabtu Ayah nak pergi Muzium. Ada banyak pilihan muzium di London sini, tapi yang percuma adalah Muzium British. Jadi seusai sarapan pagi, terus kami naik teksi ke sana. Sepatutnya muzium tersebut terletak di pengh

Trip Europe 2018 (Hari 9 - Hyde Park, Kensington Palace)

Imej
Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu; Hari 1 - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates Hari 2 - Di Franfurt (Jerman) Hari 3 - Di Heidelberg (Jerman) Hari 4 - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman) Hari 5 - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt Hari 6 - Di Amsterdam Hari 7 - Di Zaanse Schaan Kemudiannya, terbaru Hari 8 Kami bergerak ke London naik keretapi laju Thalys dan Eurostar dan akhirnya sampai ke London.. Menariknya suasana sosial di persekitaran London lebih rasa familiar sebabkan bahasa komunikasi adalah bahasa Inggeris piawai. Berbeza dengan di Jerman atau Netherlands, mereka lebih menggunakan bahasa tempatan masing-masing, maka nada bahasa Inggeris mereka lebih sukar untuk ditangkap.. Tapi, apa-apa pun, Bahasa Inggeris orang luar ternyata berbeza dengan Bahasa Inggeris Malaysia. 23.11.2018 Jumaat Bangun p

Trip Europe 2018 (Hari 8 - Tren ke London)

Imej
Bismillah.. Nama aku Syed. Sekarang aku bersama keluarga sedang melancong ke negara Eropah (bukan semua la T_T) selama 11 hari total. Terdahulu; Hari 1  - hari perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates Hari 2  - Di Franfurt (Jerman) Hari 3  - Di Heidelberg (Jerman) Hari 4  - Di Mannheim & Luisenpark (Jerman) Hari 5  - Perjalanan tren dari Mannheim ke Amsterdam (Netherland) melalui Frankfurt Hari 6  - Di Amsterdam Hari 7  - Di Zaanse Schaan --- Sekarang dah masuk hari ke-8. Maka catatan diari kembara kali ni bermula di sini--- 22.11.2018 Khamis Pagi hari kemas beg dan check out hotel. Disebabkan banyak bagasi, jadi kami naik teksi pergi ke Amsterdam Central. Singgah sebentar beli bekal makanan. Kejap lagi, kami akan naik keretapi laju ke London pula. Tapi, akan berhenti di Brussel, Belgium untuk pertukaran Oh ya, dalam 3 hari ni, aku perasan restoran banyak tak buka untuk sarapan. Mungkin ada tapi aku tak tau la.. Jadi kebanyakan sarapan pagi sama ada beli bek

Trip Europe 2018 (Hari 7 - Zaanse Schann)

Imej
Bismillah. Bertemu kembali.. "Nama aku Syed Hazran. Baru ni aku & keluarga berpeluang ke negara Eropah, negara lawatan kami ialah Jerman, Netherlands dan UK. Perjalanan ini berlangsung selama 11 hari termasuk perjalanan.. Setakat ini, Hari 1  - Perjalanan pergi dengan penerbangan Emirate. Ambil masa 16 jam dengan 2 penerbangan berbeza Hari 2  - lawatan di Frankfurt Hari 3  - pergi ke Heidelberg Hari 4  - Jalan-jalan sekitar Mannheim & Luisenpark Hari 5  - Perjalanan tren ke Amsterdam Hari 6 - Muzium & Canal cruise di Amsterdam Dah masuk seminggu di negara asing.. Jom, diari hari ni (Hari 7) 21.11.2018 Rabu Selepas sarapan (masing-masing), kami berkumpul di lobby. Hari ni nak pergi jauh skit. Di kawasan Zaandam (takde la jauh sangat, tapi sedikit di luar bandar Amsterdam juga), terdapat satu kawasan pelancongan kincir angin. Jom kita pergi. Untuk keselesaan ayah, jadi kami naik teksi saja pergi ke sana. Perjalanan dalam 1 jam juga. #19 Zanse Schaan

Trip Europe 2018 (Hari 6 - Bandar Amsterdam)

Imej
Nama aku Syed. Baru ni aku & keluarga berpeluang ke negara Eropah, negara lawatan kami ialah Jerman, Netherlands dan UK. Perjalanan ini berlangsung selama 11 hari jumlah. Setakat ini, Hari 1 - Perjalanan pergi dengan penerbangan Emirate. Ambil masa 16 jam dengan 2 penerbangan berbeza Hari 2 - lawatan di Frankfurt Hari 3 - pergi ke Heidelberg Hari 4 - Jalan-jalan sekitar Mannheim & Luisenpark Hari 5 - Perjalanan tren ke Amsterdam Hari ini hari 6 di negara eropah. Catatan bermula di sini.. - -- 20.11.2018 Selasa --- Dimulai sarapan pagi di hotel. Walaupun diiktiraf makanan halal, tapi tak banyak pilihan pun. Ada bijirin, buah, wafel & lempeng serta daging. مينو سارڤن هوتيل Selepas makan, kami bergerak pergi melawat kawasan pelancongan. Ayah nak pergi Muzium Van Gogh.. "Siapa dia Van Gohn ni? Kenapa ada muzium sendiri pula?" ^-^

Trip Europe 2018 (Hari 5 - Tren ke Amsterdam)

Imej
"Nama aku Syed Hazran. Alhamdulillah aku & isteri berpeluang pergi melawat negara Eropah. Pada asalnya kami nak melawat Abang Chik yang kebetulan menjalani latihan kerjaya di Jerman, tapi alang-alang boleh la jalan-jalan di persekitan. Turut sama menyertai trip kali ni ialah Ayah, Mak Dah & Nawar (adik aku).."  Perjalanan kali ni dirancang selama 11 hari (termasuk 2 hari perjalanan). Jadi beberapa hari dah pun berlalu.. Hari 1 - Perjalanan pergi dengan penerbangan Emirates. Singgah kejap di Dubai dan terbang lagi (jumlah masa perjalanan termasuk singgah 21 jam) Hari 2 - Mendarat pagi di Frankfurt dan terus melawat di persekitaran kawasan. Petang hari check in di bandar Mannheim  Hari 3 - Melawat bandar dan istana lama Heidelberg Hari 4 - Melawat sekitar Mannheim dan Luisenpark. Singgah sebentar di aparment Abang Chik sebelum balik ke hotel ---- Jadi catatan perjalanan disambung lagi mulai sini--- 19.11.2018 Isnin Alamak, Abang Chik dah masuk

Trip Europe 2018 (Hari 4 - Luisenpark)

Imej
Siri entri Trip Eropah 2018 bersama keluarga Hari 1 - Penerbangan pergi yang mengambil masa selama 16jam lebih, melalui 2 penerbangan berturut-turut Hari 2 - Dah sampai Jerman, terus berjalan-jalan di kota Frankfurt sebelum daftar masuk hotel di Mannheim "Terbaru ( Hari 3 ) Abang chik bawa pergi ke kawasan Heidelberg beserta kotanya dengan jambatan merentasi Sungai Neckar. Pada sesi malamnya, kami berjalan di bandar Mannheim.." 18.11.2018 Ahad  دكت هالمن هوتيل Lepas sarapan pagi di hotel. Sekali lagi, aku & isteri jalan-jalan pagi. Pergi jauh sikit ke dataran bandar (ada la dalam 500m), untuk melihat suasana pagi pula. Tempoh hari tak nampak sangat sebab dah malam. Mungkin siang nampak suasana yang berbeza ^-^! Hari ni hari Ahad. Diperihalkan hari Ahad tak banyak kedai perniagaan dibuka bagi memberi masa bersama keluarga (family time). Jadi pagi ini di bandar nampak lengang sebab banyak kedai tak buka. Bergambar sakan la kita..

Trip Europe 2018 (Hari 3 - Heidelberg)

Imej
"Nama saya Syed Hazran. Alhamdulillah, aku & keluarga berkesempatan pergi ke negara Eropah selama 11 hari. Jadi ini adalah catatan diari kembara aku dan keluarga.." [nota - turut pergi bersama aku ialah seorang ayah yang berkerusi roda, jadi kembara kali ini agak terhad. namun, aku tetap cuba nikmati apa yang ada..] Hari 1 - penerbangan pergi selama total 16 jam lebih, melalui 2 penerbangan yang berturutan.. Hari 2 - sedikit jalan-jalan di Frankfurt dan masuk hotel. Waktu malamnya dari pukul 5petang hingga 7 pagi (14 jam langit gelap) "Antara yang baiknya musim sejuk di negara Eropah ialah malam yang panjang. Sesuai sangatlah untuk berehat secukupnya selepas melalui 2 hari ini. (tidur di airport/dalam kapal terbang tidak begitu selesa berbanding dengan tidur atas katil). Tapi ye la, datang Eropah ini kalau boleh tinjau lebih masa sikit baru berbaloi.." 17.11.2018 Sabtu سهاج koko krunch ماكن  Pagi hari, kami sarapan dulu di hotel (kena caj baya

Trip Europe 2018 (Hari 2 - Frankfurt)

Imej
"Salam, semua! Nama aku Syed Hazran. Alhamdulillah aku berpeluang bercuti ke luar negara bersama keluarga nukleus (tak semua) aku asalnya nak melawat Abang Chik tapi alang-alang dah sampai kita lanjutkan lagi ^-^ Trip kali ni terdiri daripada aku, isteri, Nawar, Ayah & MakDah.." Nota - ini adalah trip keluarga yang mana salah seorang sedikit kurang upaya dan berkerusi roda. Jadi kebanyakan aktiviti adalah terhad, tapi insya-Allah kita cuba juga untuk nikmati sehabis baik.. 15.11.2018 - Hari 1, penerbangan pergi 16.11.2018 Jumaat  730 pagi di Eropah (bersamaan 130petang di Malaysia) kami dah sampai ke Lapang terbang Frankfurt. Jadi sementara tunggu ambil bagasi, dan juga tunggu abang Chik datang. Ayah sempat juga minum kopi di kedai berhampiran. سوده امبيل بيݢ, سدڠ توڠݢو ابڠ چيق داتڠ جمڤوت Sedikit laporan cuaca & musim - pada tarikh ini di Eropah sudah masuk musim Soltis Musim Sejuk (winter). Implikasinya: Suhu persekitaran walaupun cuaca baik adalah d

Trip Europe 2018 (Hari 1 - penerbangan pergi)

Imej
Sambungan dari entri Trip Eropah 2018 (prolog) . "Persiapan dah siap! Jom kita mula.." Nota awal - ini adalah trip bersama ibu bapa. Dan status bapa aku sedikit 'lain upaya' disebabkan perstiwa lalu  hardship - 2nd wave . Jadi implikasinya pergerakan kembara terhad dan tidak menyeluruh. Namun, aku cuba sedaya upaya agar tetap menikmati trip kali ni. 15.11.2018 Khamis Seperti entri lalu, tiada penerbangan langsung dari Kuching ke negara Eropah. Jadi aku & isteri terbang ke Kuala Lumpur dulu. Kami ambil penerbangan pertama (awal pagi) Kuching ke Kuala Lumpur pada hari tersebut, supaya cukup masa untuk ambil penerbangan utama nanti. KLIA د لاڤڠن تربڠ 7.00 pagi : berlepas dari Kuching ke Kuala Lumpur (KLIA2) 9.00 pagi : mendarat di KLIA2 dah. Lepak dan berehat dulu, sambil kemas beg. (nota - penerbangan antarabangsa menyediakan khidmat daftar bagasi 30kg seorang) . Jadi nak sumbat dan cukupkan sebanyak yang boleh. 12.00 tengah hari : pergi ke KLIA m