Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Kerja paling susah

Imej
  Salah satu dari episod dari Siri Mina Mila (eksklusif di Durioo) yang membuat aku terkesan ialah "Ketua Pengarah Operasi" Musim 1 Episod 23 berkenaan kembar Mila Mina sedang buat kerja kursus pembentangan tentang pekerjaan. Baba mencadangkan "Ketua Pengarah Operasi" yang disandang oleh Umi mereka - sinopsis aku buat sendiri Iklan kejap - siri TV Mina Mila hanya boleh didapati di aplikasi Durioo sahaja setakat ini. Bagi menghormati hak cipta penghasil dan menghargai penat lelah mereka, maka aku memohon kepada yang berminat boleh langgan secara halal & sah melalui pautan berikut ->  iklan rasmi aplikasi Durioo   Kenapa aku terkesan? Aku dapati episod ini membawakan mesej yang sedikit unik berbanding nasihat tipikal siri TV kanak-kanak.  Ketua Pengarah Operasi  Aku setuju bidang tugas ni antara yang paling susah kalau nak dibandingkan dengan semua pekerjaan yang lain. Dah la susah nak buat.  Tempoh mula dari seawal bangun pagi, hinggalah malam.  Rehat ikut nas

Lepas hak

Imej
 Salah satu episod dari Mina Mila yang berkesan buat aku (sebab mesej nasihat tak kerap sangat. Jadi bila aku tonton episod ni aku rasa macam tak pernah dengar nasihat ini) Nota - ini hanyalah tangkap layar (screenshot). Bukan video Musim 1 Episod 18 ini berkenaan Mila seorang yang sangat menghargai barangan peribadi. Semua barangan dijaga dengan baik, sehinggakan ada rasa sayang untuk digunakan. Hinggalah pada suatu hari, Ummi menasihatkan agar memanfaatkan barang tersebut kepada yang memerlukan, Mila aku secara teragak-agak. Apatah lagi perangai Mina langsung tak menjaga barangan dengan baik. Iklan kejap - siri TV Mina Mila hanya boleh didapati di aplikasi Durioo sahaja setakat ini. Bagi menghormati hak cipta penghasil dan menghargai penat lelah mereka, maka aku memohon kepada yang berminat boleh langgan secara halal & sah melalui pautan berikut ->  iklan rasmi aplikasi Durioo   Ada banyak mesej nasihat tersurat dalam video sepanjang 7 minit ini, namun bagi aku apa yang paling

Anxieti Kerana Perangai Manusia

Dah agak lama sejak aku beli buku Psikologis Imran terbitan Iman Publication. Secara umum, aku rasa itu buku pendidikan yang baik. Dan aku tertarik dengan senario kes yang dibincangkan dalam buku tersebut. Secara ringkas.. Komik tersebut membincangkan watak Damia yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka buat video tutorial untuk kepuasan diri. Lantas masa berlalu, dia menjadi selebriti yang terkenal dan mempunyai banyak pengikut dan tontonan video. Apa yang berlaku, di sebalik keramaian yang menyokong, ada juga yang memberikan komen-komen negatif membuatkannya berasa tidak tenteram. Dia juga cemas kalau-kalau tak dapat memenuhi kehendak pengikut-pengikut yang semakin ramai.. Senario ini membuatkan aku berfikir panjang.. Fokus - Kita tak akan berjaya menggembirakan hati semua manusia..  Ada pepatah inggeris berkenaan hati manusia yang tak semuanya baik - there is always one bad apple in every bunch . Apatah lagi apabila terdapat manusia yang dengki apabila mendengki.. { وَمِن شَرِّ حَ